RUMAH AGAM PUAN BAHIRAH.
DELISYA menggeliat lenguh setelah sedar dari lenanya. Terasa begitu nyenyak tidurnya malam tadi walaupun dia mengalami mimpi ngeri semalam. Dia tersenyum kecil dengan mata masih lagi terpejam.
Ada ke patut aku mimpi jatuh tangga semalam. Uh! Lepas tu, jantan tu pergi dukung aku bawa hospital. Ni mesti tidur tak basuh ka....
Aik!
Senyumannya tiba-tiba mati. Lantas itu, matanya tercelik luas. Terkebil-kebil dia melihat sekeliling bilik yang asing baginya. Dinding bilik bercatkan kelabu, hitam dan putih itu diperhati lama.
Aku dekat mana ni... Mimpi lagi ke?
Tangan naik menggaru kepalanya yang tak gatal. Anak rambutnya diselit ke telinga.
Wait.. rambut?!
Mana tudung aku?!
Delisya pantas bangun dari baringannya. Terkejut. Apa dah jadi?
Duvet tebal yang menyelimutnya diselak kasar. Lalu Delisya turun dari katil mahu keluar dari bilik itu. Tapi, tiba-tiba kakinya menyengat hebat dengan rasa sakit.
"Argggh!" Delisya tidak sempat mengimbang tubuhnya dan dia pasrahkan saja kalau pagi ini dia jatuh seperti nangka busuk.
Hening.
Delisya pelik kerana badannya tidak bercium dengan lantai. Namun, tangan kekar yang melilit pinggangnya membuatkan dia bertambah seriau.
"Sayang okay?" Suara maskulin yang amat dia kenali itu menyapa gegendang telinganya.
Delisya toleh laju. Matanya terbuntang luas. "Kau?!"
"Kaki sayang sakit lagi, ke? How about your waist? Still hurt?" Tanya Asytar lembut. Jari-jemarinya menggosok lembut sisi pinggang wanita itu.
Delisya termangu-mangu sebentar selepas ditanya. Jadi.. dia tak mimpi semalam? Semuanya betul?
"Kenapa dengan aku?" Soalan yang agak kurang cerdik meniti di bibir.
"Sayang tak ingat, ke? Semalamkan sayang jatuh tangga. Lepas tu, kita pergi hospital sama-sama rawat kaki dan pinggang sayang. Kenapa ni?" Naik risau Asytar melihat isterinya seperti bingung. Wajah putih itu ditilik risau.
Jangan cakap otak Delisya terhentak sekali. Sekarang juga dia bawa pergi CT scan nanti.
Delisya mati kata. Dia melihat katil di mana di tidur untuk semalaman itu. Ini bilik jantan tu, ke?
"Semalam aku tidur sini?" Tanya lagi.
"Yelah. Abang angkat sayang naik atas sebab sayang tidur lena sangat. Tak sampai hati abang nak kejutkan."
"Habis semalam kau tidur mana?"
"Sinilah." Asytar menunding jari ke arah katilnya dengan wajah tak bersalah.
Delisya mendengus kasar. "Eeeh! Blah lah kau!"
Geli!
Dia mahu bangun tapi kakinya terlampau sakit sekarang ni. Spontan tangannya berpaut pada lengan kekar Asytar dan Asytar pula kemas memang sisi pinggang isterinya.
"Wait. Let me see." Kaki isterinya yang berbalit itu ditilik berhati-hati.
"Kaki sayang dah bengkak ni. Ni mesti sebab sayang pergi merayau semalam tu."
Diam.
Nak melawan. Tapi, Delisya malas nak bertekak pagi-pagi buta macam ni.
"Come. Let me carry you to bathroom. Sayang kena mandi dulu. Lepas tu, baru breakfast." Asytar bersedia mahu mencempung tubuh Delisya.
YOU ARE READING
SAKIT YANG TERBALAS
Short Story"Nur Efrina Delisya, aku ceraikan kau dengan talak satu! Sekarang, kau kemas pakaian kau dan aku nak kau berambus dari rumah aku! Malam ni juga aku tak nak tengok bayang-bayang kau ada dalam rumah ni! Keluar!!!" Sejarah mengajarkan kita untuk tidak...