BAB 6

48 5 2
                                    

ZARIF memandang pelik ke arah Asytar yang duduk termenung di atas bangku di tepi tasik. Dia baru saja tiba sejurus ditelefoni oleh lelaki itu. Kaki menghampiri sahabatnya.

"Ehem! Jauh termenung. Dah sampai mana?" Tegurnya sarkastik.

Asytar menoleh sekilas tuan suara itu. Sudah diagak.

"Air. Aku beli ni je. Tak sempat nak singgah kafe tadi." Zarif menghulurkan sebotol air tin kepada Asytar yang tidak beriak itu.

Asytar menyambut huluran itu lalu membuka klip penutup. Air diteguk rakus kerana sudah lama dia bertapa di tepi tasik ini. Kehausan dibuatnya.

"Kau kenapa ni tiba-tiba ajak aku datang sini?" Soal Zarif musykil.

Asytar meletak tepi tin yang sudah separuh isinya. Dia mengeluh kecil.

"Saja. Hujung minggu, kan? Tak boleh ke nak ajak lepak?"

Zarif mengerutkan keningnya. "Sejak bila kau suka lepak ni? Setahu aku sejak dari zaman uni lagi kau ni bukannya kaki lepak. Tapi, kalau ada orang cakap yang kau ni kaki perempuan, aku orang pertama yang percaya!"

Asytar menjeling tajam wajah selamba badak Zarif. "Kau mengata diri sendiri, ke? Cakap tak tengok cermin."

Kalau nak dibandingkan yang mana playboy. Sah-sah si Zarif tu nombor satu. Tapi, entah kenapa akhir-akhir ini sudah lama Asytar tengok si Zarif telah kurang bersama perempuan.

Dah insaf ke apa mamat ni?

"Itu dulu. Sekarang, aku dah taubat dah." Jawab Zarif bangga.

"Kenapa? Kau ada usyar anak pak imam mana-mana, ke?" Bidas Asytar.

"Ishh! Kau ni. Ke situ pula. Suka hati akulah nak taubat ke, nak insaf ke. Sekurang-kurangnya, aku reti nak bertaubat. Tahulah juga silap aku dekat mana. Daripada kau yang tak sedar diri tu!" Balas Zarif sinis sambil menyindir halus.

Asytar terdiam sejenak. Tiba-tiba, dia tergelak kecil seraya melempar pandangan ke arah tasik yang indah di hadapan. Lama.

Zarif menjeling sekilas wajah Asytar setelah lama lelaki itu berdiam diri. Kening berkerut halus.

Aik? Sentap, ke?

"Betul kata kau." Kata Asytar tiba-tiba.

"Apa yang betul?"

"Perempuan. Bila dah sakit hati, buatlah apa sekalipun untuk dia, semuanya akan sia-sia. Tunjuklah effort sebanyak mana pun, dia tak akan nampak dah." Ucap Asytar perlahan.

Zarif menghela nafas panjang. "Itu bukan sakit hati. Itu dah tawar hati namanya, Asy."

"Ada beza, ke?" Kening Asytar terjongket sebelah.

"Mestilah ada. Sakit hati maksudnya dia masih ada rasa sayang dekat kau. Tapi, kalau dah tawar hati. Kau katalah yang kau meyesal beribu kali pun, menangis airmata berdarah sekalipun, dia dah tak pandang kau dah. Kau ugut nak bunuh diri pun dia buat tak tahu. Silap-silap dia yang tolak kau dalam gaung." Jawab Zarif.

"Seriuslah kau ni?" Asytar pandang sahabatnya tak percaya. Dalam hatinya, dia sedikit cuak.

Zarif pandang wajah pucat Asytar lama sebelum dia menghamburkan tawa sakan.

"HAHAHAH!"

Asytar mendengus kasar. Dia ni. Ada yang makan benjol nanti kang.

"Relax arr. Jangan serius sangat, bro." Kata Zarif dengan sisa tawanya.

"Tapi, kan. Betul apa yang aku cakap. Perempuan yang tawar hati ni maksudnya dia dah tak pandang kau dah. Kau nak mati ke, nak hidup ke. Dia dah tak kisah. Yang penting kau dah berambus dari life dia. Dan kalau perempuan tu ada ikatan antara kau dengan dia, dia akan sedaya upaya putuskan ikatan tu. Asalkan dia bebas dari kau." Sambung Zarif panjang lebar.

SAKIT YANG TERBALAS Where stories live. Discover now