BAB 5

56 6 2
                                    

"DEL, dah balik?" Datin Qadira menyapa menantunya yang baru pulang itu dengan senyuman.

Delisya sudah mengeluh malas. Tangan naik menggaru belakang telinganya.

"Dah nampak aku ada dalam rumah ni. Maknanya aku dah baliklah tu! Tak akan hantu pula." Gerutu Delisya geram perlahan.

"Boleh bonda minta tolong? Tolong hantarkan makanan ni dekat bilik nenda. Nenda belum makan malam lagi sebab petang tadi nenda muntah-muntah. Bonda nak kemaskan dapur sekejap." Pinta Datin Qadira lembut.

"Dalam rumah ni dah tak ada maid, ke?" Soal Delisya sambil renungan tajam matanya menghala kepada Datin Qadira. Malah ibu mertuanya melempar senyuman manis buatnya.

"Malam ni malam minggu. Semua maid boleh balik ke tempat masing-masing dan dia orang akan datang semula esok pagi. Termasuklah Kak Siti sekali. Jadi, apa salahnya Del bawakan makanan naik atas? Boleh jumpa dengan nenda." Ujar Datin Qadira lembut.

"Salah tu memang salah. Sebab aku kena jumpa orang tua tu!" Jerit Delisya dalam hatinya.

Dengan hati yang berdongkol geram, dibawakan jua dulang makanan itu naik ke bilik Puan Bahirah. Sambil mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah!

Dia tak tahulah berapa banyak dosa dia buat jika terus duduk dalam rumah ini!

SUDU dihempas kasar ke atas dulang. Delisya memandang bengis ke arah wajah tua yang sedang merenungnya dengan soratan mata penuh redup dan sayu kepadanya.

Dia ingat aku kesian?!

"Kau dah tak boleh makan sendiri, ke?! Kau ada tangan, kan?! Makanlah sendiri!" Ujar Delisya dengan nada yang tertahan-tahan marah.

Puan Bahirah hanya memandang sayu sambil menundukkan kepalanya. Salahnya kerana meminta Delisya untuk menyuapkannya makanan. Dia bukan tidak boleh makan sendiri. Tapi, hatinya teringin mahu merasa kemesraan bersama cucu arwah adiknya ini. Satu-satunya peninggalan dari arwah adiknya.

"Kalau nak makan bersuap macam raja sangat, kau panggil cucu-cucu kesayangan kau. Bukan aku!" Cemuh Delisya kasar. Langsung tak hiraukan perasaan orang tua yang menunduk muram itu.

"Dahlah. Buang masa aku je! Nanti menantu kau naik, kau suruh dia suap kau."

Mengada! Nak bersuap-suap bagai.

Dia ingat aku bibik dia?

Delisya bingkas bangun dari kerusi yang menempat di sisi katil. Wajahnya tegang.

"Del..." Panggil suara serak Puan Bahirah perlahan. Membatalkan niat Delisya yang baru ingin mengangkat kaki keluar.

"Del pun cucu nenda. Kan?" Sambung Puan Bahirah takut-takut.

Terus Delisya menoleh sigap dengan wajah bengis. "Aku. Tak pernah anggap kau nenek aku! Kau tak layak jadi nenek aku! Jangan kau sebut lagi hal ni depan aku!"

Usai kata, Delisya menghempas dulang di tangannya ke atas meja kopi di sisi katil. Kasar. Kuat.

"Nenda nak minta maaf." Kata-kata itu membuatkan Delisya terjeda.

"Del..."

"Nenda nak minta maaf pada Del. Nenda banyak dosa pada Del. Ampunkan nenda. Nenda tahu mesti semua orang dah tahu yang kejadian tangkap khalwat antara Del dengan Asy adalah rancangan nenda. Tapi, sebenarnya..." Suara Puan Bahirah mula bergetar sebak.

"Niat nenda nak perangkapkan Del dengan lelaki lain. Bukan Asy. Asy hanyalah kesilapan nenda sendiri. Asy tak salah. Nenda yang salah. Nenda upah lelaki lain untuk masuk bilik Del malam tu. Tapi, Asy tersilap masuk bilik Del. Maafkan nenda.. maafkan nenda." Menangis-nangis Puan Bahirah mengenangkan masa lalunya.

SAKIT YANG TERBALAS Where stories live. Discover now