BAB 26

2.9K 127 11
                                        

HUMRA berdiri di tepi jalan, menyembunyikan dirinya di balik sebatang pokok kecil sambil menahan tawa. Di sebelahnya, Ezrin berdiri dengan wajah masam, tidak senang dengan pakaian yang dia terpaksa kenakan. Dengan wig panjang berwarna hitam, pakaian ketat yang serba tidak selesa, dan kasut tumit tinggi yang jelas sekali bukan pilihannya, dia kelihatan seperti seseorang yang telah dipaksa masuk ke dalam peranan yang tidak pernah dia mahu.

"Ez... Ezrin? Ya Allah! Aku ingatkan Mak Nyah mana lah yang berdiri sebelah aku," ujar Humra sambil cuba menahan gelak. Tawa yang dia tahan pecah juga, hingga dia terpaksa menutup mulut dengan tangan.

Berdekah dia ketawa apabila melihat pakaian dan reaski Ezrin.

Ezrin menjeling tajam ke arah Humra. "Bisinglah kau ni! Seksa gila aku pakai macam ni! Ish! Menyusahkan!" katanya dengan nada bengang. Dia menarik-narik hujung bajunya yang singkat sambil berdiri kaku. Anak matanya memerhati sekeliling tempat mereka berdua berdiri.

Humra ketawa kecil, menundukkan sedikit kepala supaya tidak terlalu ketara. "Sorry lah... aku rasa memang kau ni sesuai jadi Mak Nyah... Kau ni kan Ez, jadi laki kacak, jadi pompuan pun elok. Haih!" Humra pandang Ezrin yang mencebik.

"Aku baru nak baran, dengar kau puji aku kacak. Hmm... sejuk terus mak!" Ezrin menliuk lentok serupa cacing.

Humra terus ketawa, dan dia cepat-cepat menutup mulutnya lagi apabila beberapa orang yang lalu lalang memandang mereka dengan pelik. "Okey, dah. Jangan nak lembut gemalai bak sutera yang ditiup angin, Ez. We need to continue our mission now before disaster strikes, Ezrin." Humra pandang sekeliling jalan.

"Yelah yelah," balas Ezrin, menarik wig yang hampir melorot dari kepalanya.

Mereka berdua memerhati kelab malam di hadapan, memantau keadaan dengan penuh tumpuan, walaupun Humra sesekali masih mencuri pandang ke arah Ezrin, dia tidak dapat menahan senyuman geli hatinya.

"Ez... aku harap kita tak kantoi dengan Elhan," Humra berkata sambil menarik nafas dalam, cuba menenangkan debaran di dada. Rasa tak confident pula dia rasa sekarang. Entah, hati dia rasa berat pula berada disini. Haih, mainan perasaan je kot! Ah jangan fikir sangat Humra! Kau dah sampai sini, kau kena habiskan misi kau! Bisik Humra didalam hati.

Ezrin ketawa kecil, mengerling ke arah Humra yang kelihatan gementar. "Kalau kantoi, habislah kau. Aku kalau kantoi, aku dapat lari dari dia sebab aku tak duduk serumah dengan dia. Tapi kalau kau kantoi, habis kau nyah..." Ezrin tersenyum dengan riak menyeramkan. Mengusik si Humra. Tahu takut. Sebelum ni bukan main confident minah ni ajak dia ke sini.

Humra tersenyum tipis. Menutup rasa gementar.

Ezrin menggeleng kepala sambil, cuba mencari keselesaan dalam pakaian yang tidak selesa yang dia gunakan.

"Ala, jangan risau sangat. Lagipun, Elhan sibuk dengan on call sampai pagi. Kita buat kerja ni senyap-senyap, selesai cepat, terus cabut," ujar Ezrin mahu menenangkan dan beri semangat dekat Humra bila dia tengok muka Humra sudah berubah riak. Dia tersenyum lucu.

Humra mengangguk setuju, tetapi dalam hati masih ada sedikit kerisauan. Namun, dia tahu misi ini perlu diselesaikan. "Semoga semuanya lancar," ucapnya dengan nada berharap.

"Harapnya macam tu."

"Ez! Ez! Itu! Maya, dia dah masuk sana." Humra menunjuk ke arah Maya yang baru masuk kedalam club malam.

"Mana?" Ezrim turut memandang ke arah yang dikata Humra.

"Itu... ha dia dah masuk dalam." Humra tunjuk ke arah club malam.

"Okey, aku dah nak masuk ni. Kau masuklah dalam kereta," arah Ezrin apabila dia sudah bersedia mahu masuk ke dalam club apabila Maya sudah tiba di sana.

Mawar Untuk Elhan©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang