BAB 1

4 0 0
                                    

"Ikut cakap ayah, jika kamu masih hormat ayah sebagai ayah kamu jadi tolong terima permintaan ayah. Kahwin dengan Zafran Mikael."

Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga aku. Di umur yang masih berginjak 25 tahun, aku masih ingin meneruskan hidup dengan bebas. Lakukan apa yang aku mahu namun semua itu bakal menjadi angan-angan setelah keputusan ayah untuk mengawinkan aku dengan lelaki pilihannya. Zafran Mikael. Lelaki askar, itu sahaja setakat pengetahuanku.

Baru 4 bulan pulang selepas final year di universiti, perak. Semalam ayah terus panggil aku dari bilik untuk berbincang di ruang tamu. Pelik aku dibuatnya apabila semua berkumpul termasuk abang aku sendiri.

Bahkan ade seorang lelaki yang berbadan tegap, tinggi dan sawo matang kulitnya, duduk di sebelah ayahku. Kelihatan gusar dan terus menunduk. Bila bola mata hitam hitamku bertembung dengan mata coklatnya, terus dia menunduk dan memandang ke arah air minuman yang disediakan oleh mama.

Tanpa perasaan, aku terus duduk disamping mama. Rambut yang aku terhurai aku biarkan, terasa tatapan mata mamaku yang menyuruh aku untuk bertudung namun aku hiraukan.

"Apa ni ayah? serius semacam je siap panggil kakak lagi suruh keluar. Nak bincang pasal kahwin abang ke? bukan abang baru je tunang 2 bulan lepas. Cepat betul nak kahwin." aku meminum air sirap buatan ibu.

Ayah memandang ke arahku sambil tangannya menunjuk ke arah lelaki yang berbaju kemeja hitam. "Ni Zafran Mikael, bakal suami kamu"

Tersembur air sirap yang aku minum, tepat terkena pada abangku yang kerusinya berhadapan denganku. Terbatuk aku dibuatnya, hiraukan dengusan dari abang aku.

"huk.. huk.. huk..ugh apa?! bakal suami??" terbatuk-batuk aku sambil melihat muka ayahku dengan Zafran silih berganti.

Abang Shahir masih mengelap mukanya menggunakan tisu dengan muka yang tak puas hati. Habis baju putih nya jadi tompok-tompok merah.

Nampak dari riak wajah Zafran yang mengetap mulutnya apabila melihat reaksi aku. Menahan tawa.

"Zafran ni anak dari arwah kawan baik ayah. Ayah dah kenal lama dia ni, ayah yang didik dan ajar dia sejak dia masuk kem ketenteraan TLDM dulu. Ayah berkenang dengan dia, jadi ayah nak kamu kahwin dengan dia" terang ayahku lagi.

"Apa ayah ni?! ada kakak cakap kakak nak kahwin? kenapa ayah suka-suka je ambik mamat ni jadi suami kakak!? eh, engkau! aku tak kenal kau tau dan aku tak nak kahwin dengan askar macam kau!" dengan suara keras aku berkata, jari aku tunjuk tepat kearahnya namun Zafran hanya berdiam diri.

"Jaga bahasa kakak, ayah tak pernah ajar kamu kurang ajar" ayah berkata padaku dengan suara kerasnya.

Aku hanya melihat reaksi ayah.

"kakak kurang ajar?? kalau ayah berkenang dengan dia, itu masalah ayah! bukan masalah kakak! kakak tak hingin kahwin dengan mamat muka macam mintak penyapu!" keras suara aku membalas balik.

Zafran melihat tepat kearahku. First time dia dengar orang cakap muka dia yang hensem ni macam penyapu.

"SAREYNA" Laju mama memanggil namaku bila aku sudah mencapai batas.

Aku menarik nafas, tenangkan. "okay look, im sorry but this is too much. All of you are too much.  And you, Zafran ape entah. Mark my word, i never..ever accept you." tajam mata aku melihat Zafran lalu pergi ke bilik aku.

Semua terpaku dengan tindakan dan amaran dari aku. Ayah hanya menghela nafas, tidak pernah dia nampak anak perempuannya dengan keras menolak permintaannya. Baginya, anak perempuannya sempurna. Pandai, sopan dan taat pada arahannya.

"Pak Cik, tak apa. Saya faham. Pak Cik tak payah rasa bersalah apa yang Eyna cakap tu betul. Sikit pun saya tak ambil hati" Dengan tenang Zafran berata kepada Encik Mustafa.

"Pakcik minta maaf, Zafran. Pak cik pun tak tahu Eyna akan jadi macam tu." Encik Mustafa mengusap wajahnya dengan pandangan kesal dan bersalah kepada anak angkatnya.

Keesokan paginya, selepas solat subuh dan menolong ibu untuk membuat sarapan. Aku pergi ke luar dan menyiram pokok bunga. Rambut milikku aku ikat tocang, panaslah bila tak ikat.

Ralit aku menyiram pokok bunga sambil termenung. Terdengar bunyi kereta masuk kedalam kawasan rumahku. Honda civic berwarna merah pekat.

"Awal betul abang parcel datang, pagi-pagi hari dah hantar barang. Ni kejar bonus ke?" gumamku kecil, tangan masih memegang paip air.

"Mama! ni ade orang hantar barang! COD ke??" laungku dari luar tanpa melihat tuan punya badan. Biasa abang parcel ni letak je barang dekat tangga tu.

Terasa dia berdiri tegak didepan rumah aku, terus aku syak barang COD.

"Tunggu kejap ye bang, kejap saya panggil mama sa-" Terhenti perkataan aku apabila aku memandang wajah lelaki tersebut. Lengkap berseluar cargo dan baju tshirt kosong berdiri didepan aku. Satu meter dari aku.

Zafran Mikael.

Rambut yang agak panjang, dipotong rapi disisi. Terdapat parut dari hujung kening hingga ke kelopak mata. Anak mata yang berwarna coklat pekat dan- eh, asal pulak aku ni.

"Buat apa kat sini?" tajam mataku melihat muka Zafran dengan mukanya yang datar.

Lihat matanya memandang ke arah rambut pendek paras bahuku. Dah kenapa orang tua ni, pandang-pandang pulak. Pedophile makin ramai kat Malaysia ni.

"Nak jumpa ayah awak. Dia suruh saya datang breakfast kat sini sebelum gerak balik Johor" terangnya.

"Alang-alang awak ada kat depan saya ni, saya nak minta maaf pasal semalam. Saya tahu susah awak nak terima orang asing dalam hidup awak apatah lagi bakal suami sendiri. Saya tahu keputusan ayah awak bagi awak terburu-buru." Dengan tenang Zafran terus berbicara.

"Dah tu, kalau tahu asal awak terima juga. Saya ni tak nak ada satu pun hubungan dengan mana-mana lelaki tau. Apatah lagi S.U.A.M.I!" Tajam aku mengerling ke arahnya. Paip yang dipegang aku letak kebawah, pili air ditutup.

"I know, your father already said it. Guilty as charged but I'm never gonna take it back. Sareyna, I will chase you and make you mine." merinding aku mendengar tutur kata lelaki itu. Terasa macam baca buku dark romance je ni.

"Eh, otak askar memang sewel eh? Banyak sangat awak mengarut ni. I told you before, Zafran. Once I said no, it means no" terdengar suaranya yang ketawa kecil seakan ejekan.

"Sewel? Gila? Obsessed? You named it, Eyna. Askar sewel ni yang akan jadi suami awak nanti. By hook or by crook I will make sure you're gonna be my wife." ditutup mulutnya menggunakan jari. Ketawa sehingga menampakkan gusi.

Aku yang melihat suara ejekannya terasa amarah yang berkobar-kobar. Sah! Memang sewel! Banyak sangat makan biawak gamaknya.

"Zafran? Dah sampai? Marilah masuk. Eyna, ajak bakal suami kamu masuk tu. Mari makan sama-sama" terdengar suara mama dari pintu rumah utama. Dilambai tangannya seakan menjemput masuk.

"Jom, bakal isteri" sengeh muka Zafran melihat muka marahku dan berpapasan denganku masuk kedalam rumah. Diajuknya seperti mama.. Dasar lelaki tua tak sedar diri.

Aku masuk kedalam rumah dan terus pergi ke dapur. Setelah menyusun pinggan mangkuk di atas meja, aku terus menuang air kopi dalam cawan masing-masing sambil mendengar perbualan ayah dengan lelaki tua itu.

"Balik terus ke selepas makan ni, Zafran?" ayah duduk di kursi yang selalu didudukinya setiap hari.

Zafran mengangguk, mengiyakan sahaja. "Haah, Pak cik. Tapi saya nak singgah kat seberang tu. rehat-rehat kejap sebelum gerak, jauh juga berjalanan ni."

"Pantai? Eyna suka pantai, dia boleh temankan kamu sekejap." terbantut aku mahu mencedok nasi goreng. Aik, asal nama aku kena petik ni.

"Saya boleh pergi sorang, pak cik. Tak perlu Eyna temankan" ditolak lembut cadangan Tuan Mustafar tersebut.

"Eh, tak ada apa lah, Eyna boleh temankan. Kamu berdua pergi jelah, pantai dekat je pun..jalan kaki je tup tup sampai" aku mendengus dalam hati

"Ayah ni, orang dah tak nak jangan paksa" dengusku dalam hati

Ayah memandangku dengan tatapan tajam. Faham sangat.

"Yelah, boleh" kataku singkat dan padat. Tangan masih terus mencedok nasi goreng dan diisi di pinggan masing-masing. Tersenyum lembut Zafran dibuatnya. Ey, pandai berlakon mamat ni.

COMMON Soldier!Where stories live. Discover now