BAB 3

2 0 0
                                    

Malam itu, terasa amarahku berkobar-kobar apabila terdengar perbualan ayah dan mama petang tadi. Majlis akan diadakan satu bulan lagi, bukan merisik bukan bertunang tapi nikah! Gila ke apa?! Semua mngenai perkahwinan, ayah yang urus. Terasa nak menjerit aku masa itu. Selepas ayah dan abang balik daripada masjid terus aku pergi ke arah mereka. Terlihat ayah dan abang duduk disofa sambil berbual.

"Ayah, kakak tak nak kahwin!" sebaris ayat keluar daripada mulut aku terus ayah memandang aku dengan pandangan yang serius. Abang hanya terdiam, tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Apa salah kakak pada ayah?! Ayah atur semua hidup kakak sampaikan kakak tak boleh nak pilih jalan hidup kakak sendiri? Dari kecil sampai besar kakak ikut cakap ayah, ikut telunjuk ayah!" ternaik nada suara aku ketika berbicara.

Ayah terus bangun dari tempat duduknya. "Kakak jangan nak derhaka pada ayah. Kakak ikut cakap ayah, hormat ayah sebagai ketua keluarga!"

"Hormat? Ayah cakap pasal hormat?" sebak nada suara aku yang tak mampu aku bendung.

"Sejak bila kakak tak pernah hormat? Huh? Kakak hormat ayah. Tak pernah kakak cakap 'tidak' tapi sekarang ayah dah melampau! Ayah pinangkan Zafran untuk Eyna! Sedangkan ayah tahu Eyna masih mahu bekerja! Mahu sambung master!" terdengar serak tangisanku dihujung.

Mama dan abang hanya diamkan diri. Terpegun melihat bantahan kakak yang kali pertama melawan ayah.

"Ayah tak sayang kakak ke? Ayah, tolonglah...Eyna tak nak kahwin..kenapa ayah buat Eyna macam ni." tangisan aku semakin kuat.

"Sebab sayanglah, ayah buat macam ni. Ayah takut lelaki yang ayah tak kenal hati budinya dekat dengan Eyna. Eyna adalah anak ayah. Anak ayah dengan mama." mendengar ucapannya. Ayah terus masuk kedalam bilik.

Aku yang masih menangis dipeluk erat oleh mama. Dipujuk oleh mama, abang hanya terus berdiam diri. Dia tahu niat baik ayah tapi niat tidak menghalalkan cara. Keputusan ayah pada masa itu terlampau drastik, padahal ayah tahu Eyna masih muda. Baru nak kenal dunia pekerjaan, tapi dipaksa untuk berkahwin.

Tanpa orang tahu, disebalik pintu bilik. Ayah hanya memejamkan mata sambil mendengar tangisan anak perempuan manjanya. Dia tak mampu melepaskan anak manjanya ke tangan orang lain selain Zafran. Budak yang dia latih dan ajar sewaktu dia masih bertugas di kem tentera ditambah lagi, zafran anak kawan rapat yang sudah meninggal dunia sewaktu mereka masih muda dan baru dalam ketenteraan.

Seharian suntuk, aku hanya mengurungkan diri didalam bilik. Merenung laptop yang memaparkan tawaran sambung belajar "master" yang aku dapat sebulan lalu. Tidak sempat aku beritahu sesiapa termasuk kawan baik aku sendiri.

Sudah jadi begini, pikiranku kosong. Aku buntu. Perlu ke aku tolak tawaran ni atau tidak? Teringat janji lama sewaktu aku dibangku sekolah menengah.

"Aku nok sambung blajo sapa master! Target aku sapa master!" jeritku sewaktu aku dan kawan-kawan lain sedang mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan SPM. Masing-masing ketawa dan bersetuju, kami akan sambung belajar sampai master. Masih teringat cerianya wajahku sewaktu aku berkata demikian. Master impian aku

"Bapak ah, sapa master! Gaji mesti masyuk! Kerja pun jadi lecturer!" sahut kawan sekelasku. Masing-masing bercerita mengenai kos yang ingin diambil apabila nanti menjadi student diploma.

"Aku nak jadi lecturer bahagian business mat"

"Eh, aku nak jadi lecturer account!"

"Dak yoh lah! Kakak aku student account pon, ye royak rambut ye sapa takdok!gugur lake! Stress kire nak balance punya pasal'

Tergelak aku dan lain-lain apabila mendengar komen itu. Seronok mendengar ocehan masing-masing.

Tanpa aku sedar, aku ketawa dengan air mata yang kini gugur kembali. aku sudah lakukan sebaik mungkin sampai sekarang tapi kenapa jadi macam ni.

COMMON Soldier!Where stories live. Discover now