BAB 2

2 0 0
                                    


Mata aku tepat memandang kearah air laut yang berada tidak jauh dari tempat aku duduk. Terdapat beberapa budak dan orang dewasa yang bermandi-manda dikawasan persekitaran pantai disebabkan hari masih pagi, pukul 8:30 pagi.

Aku duduk berlandaskan selipar, tak nak lah terkena pasir..kotor. Kadang aku memandang ke samping kearah Zafran yang ralit bercakap di telefon. Tch, scandal lah tu.

Terdengar keluhan yang keluar dari mulutnya lalu dia duduk disamping aku.

"Eh, duduk jauh sikit. Bukan mahram" aku menjeling tajam. Suka-suka je duduk tepi kita

Digeser sedikit tempat duduknya jauh sedikit daripada aku.

"Cakap dengan siapa" tanyaku. Mata masih memandang kearah laut. Angin yang sempoi mengenai wajahku.

Terjongket keningnya sambil memandangku.

"Kenapa tanya? Risau saya cakap dengan scandal ke?" haa, kau yang cakap aku tak cakap.

"Baguslah, orang tanya jawap macam tu. Bagus sangat" jawapku laju, geram

Melihat jelingan tajamku terus dia ketawa. Terdengar macam gelak orang kaya lah pulak..eh

"Haha, awak kahwin dengan saya lah cepat-cepat. Boleh awak tahu dengan siapa saya call" masih dia ketawa sakan. Menatey abey ni.

"Malas saya cakap dengan awak. Pergi lah sana, jangan duduk dekat saya! Seghabuk" pasir disebelah kanan tanganku aku genggam erat, lepaskan geram. Nak aje aku sumbat pasir ni dalam mulut dia, biar tersedak mampus terus. Senang.

"Garanglah kaKak ni, orang gurau je tak boleh. Kerja call.. Esok dah kena lapor diri." keluhnya, tangan masih mengenggam telefon.

Aku melihat kearahnya, tak faham sangat dengan skop kerja askar ni. Macam ayah, kadang ada kat rumah tup tup kadang tak ada. Ada sekali tu sampai berbulan-bulan. Ingat dah lari dari rumah.

"Apa? Tak percaya? Kan saya dah cakap, kahwin dengan saya. Semua saya bagitahu awak, every detail, Eyna. Bukan kerja aja, everything.." tersengeh-sengeh dia berkata, rambut yang ditiup angin jatuh menutup dahinya.

Asal aku dengar macam pervert je ni, otak aku dah tak betul ke.

"Awak senang-senang je terima apa sahaja yang ayah saya cakap, memang awak ni tak ada pilihan hidup ke macam mane?" Pedas aku membalas atau lebih tepat memerli. Mata aku memandang tepat sungai yang berada tidak jauh dari rumahku.

"Pack cik arahkan saya, permintaan dia tak mampu saya tolak. Banyak jasa ayah awak dekat saya ni" perlahan suara itu menempa gegendang telinga aku.

"Awak tak malu ke kahwin dengan orang yang muda 10 tahun dari awak? Kalau saya, malu tau tak tahu nak letak mana muka saya ni kalau kawan saya persoalkan umur awak! Kahwin dengan lelaki tua! Awak ingat saya tak ada pilihan hidup?" Lagi pedas bibirku menutur kata. Sakit hati dengan jawapan lelaki itu.

Terdengar suara lelaki itu ketawa perlahan. Pantas aku memandang lelaki tersebut dengan pandangan yang ingin membara.

"Tua? I'm still in my prime, Sareyna. Am i look old to you? 35 tahun tak terasa lagi letih angkat batang pokok atas bahu" jawapannya seakan memerli aku. Zafran ligat memerhati wajah aku.

"Excuse me?! Eh, saya tak hingin lah kahwin dengan orang tua macam awak! Muka macam orang minta hutang!" mulut tak ada insurans.

Lagilah dia gelak besar.

"Tengok muka saya betul-betul awak, ada muka macam orang tua yang biasa awak tengok ke?" Didekatnya muka kearahku untuk diteliti.

Aku diam. Mukanya memang tak selaras dengan umur. Umur sudah berganjak 35 tahun tapi dari segi postur tubuh dan muka masih diawal 20 an. Badan tegap, tangan kekar. Rahang yang tajam dan bibir pink kemerahan...astafirullah.

"Aipp, fikir apa dalam otak tu,hm? Saya suruh tengok sikit je yang awak sampai terpegun ni dah kenapa" dijauhkan mukanya sambil mulutnya senyum mengejek. Memang menatey Zafran ni.

"Overall, awak cakap macam tu pun tak mengubah apa-apa. Selain tua, awak mesti mempertikaikan kerja saya bukan? Kerja askar, berapa sangatlah gaji bulanan saya ni. Betul tak, Cik Sareyna?" Zafran memandangkan dengan pandangan memerli. Lagi sekali dia memerli aku sambil tersenyum. Orang macam ni memang tak boleh bawak lawan. Dengan santainya dia cuba memancing kemarahan aku.

"Ye! Memang saya mempersoalkan benda tu! Awak ingat gaji awak mampu ke tanggung saya?! Saya ni masih muda, ada banyak yang saya nak dalam hidup ni. Baju baru, beg baru, semua baru!" aku mengatakan itu dengan lantang namun dalam hati tidak terniat sedikit pun mahu merendahkan rezeki lelaki itu.

"I should prove to you then, is it worth it to marry a soldier or not? Awak tak ada pilihan lain. I guess I'm gonna meet you again next week?" tersenyum lelaki itu sambil berkata-kata.

Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan kearah kereta. Bunyi 'beep' terdengar, aku hanya menghela nafas dan bangun menuju ke arahnya.

"Datang lagi, untuk apa?" soalku sambil melihat dia masuk ke dalam kereta.

"Untuk apa? Everything. Baju, pelamin, khusus nikah and so on. Ayah awak dan bagi nombor awak dekat awak. Nanti ada apa-apa saya update" terdengar bunyi enjin dihidupkan.

Terkelu aku dibuatnya. "Awak dan ayah buat saya macam saya ni tunggul" terkeluar ayat itu daripada mulut aku tanpa aku sedari.

Terdiam sebentar Zafran.

"Maaf.." satu kata keluar dari mulutnya.

"Saya pergi dulu, sayang. Assalamualaikum" laju keretanya pergi dari penglihatan aku.

sayang.....SAYANG?! Sape? Aku????

Speechless aku dibuatnya..

"Sayang....arghhhhhh" nak menjerit aku rasa bila dipanggil macam tu. baru dua kali jumpa dah panggil sayang. Orang tua ni memang PLAYER!

COMMON Soldier!Where stories live. Discover now