BAB 5

3 0 0
                                    

Selepas fitting baju akad nikah, aku memilih untuk memakai baju kurung satin moden warna putih cream. Simple tapi nampak klasik. Begitu juga Zafran. Baju melayu putih cream sama dengan aku beserta samping berwarna off white.

"Eyna nak makan dekat mana ni? Saya tak tahu sangat tempat kat sini. Awak suggest lah makanan yang sedap" tanya zafran yang masih memandu kereta.

Terdiam aku sekejap. Tengah fikir tempat mana yang sedap.

"Saya rasa nak makan ayam penyet dekat UTC, awak?" ujarku bagi pendapat. Rasa nak makan benda-benda yang pedas.

Zafran mengangguk. "Okay boleh. Kejap saya buka wave"

Tersenyum aku melihat zafran yang gigih mencari lokasi tempat tersebut walaupun aku tahu jalan mana yang patut lalu. Biar jelah, kita dera dia sikit AHAHA.

Sampai sahaja makanan diatas meja, aku terus makan macam biasa. Aku perasan Zafran macam teragak-agak nak makan bila dia nampak sambal ayam penyet yang banyak.

Baru tiga sudu masuk kedalam mulutnya, aku boleh nampak Zafran macam nak terbatuk, telinga dia kelihatan merah.

"Zafran? Awak okay tak?" aku menyoal. Dengan cepat dia angguk, cuba untuk menelan makanan yang dia makan. Terdengar dia terbatuk di hujung-hujung.

Aku bagi dia minum air mineral sejuk yang dia order manakala air aku pula limau tea o ais.

"Ni makan ni" aku suapkan tempe untuk redakan rasa pedas di dalam mulutnya. Dikunyah nya perlahan-lahan.

Merah padam mukanya menahan rasa pedas, penangan ayam penyet boh.

"P..Pedas sangatlah, sayang" terbatuk-batuk dia sambil minum air mineralnya lagi.

"Kenapa tak cakap awak tak boleh makan pedas?" soalku, menghela nafas.

"Manalah saya tahu ayam penyet pedas macam ni, saya tak pernah makan" jawabnya

Serius lah, 35 tahun hidup tak pernah makan ayam penyet.

"Kenapa awak makan juga kalau awak dah nampak sambal tu pedas?" tanyaku lagi. Air mineral dia dah tinggal separuh, nasi baru 3 suap. Alahai, bakal suami aku ni.

Terdiam Zafran, malu mungkin.

"Biar saya buat.. Kena jugak layan macam budak kecik" kataku perlahan. Sambal yang berada diatas ayamnya aku ambil lalu sisihkan ketepi. Kulit ayam yang terkena sambal tersebut aku ambil dan letakkan ke pinggan aku sendiri.

"Dah boleh makan.." kataku dengan bangga, function jugak aku ni.

Tersenyum Zafran melihat layanan aku. Dimakannya macam biasa sehingga habis.

Aku dan dia berjalan keluar daripada kedai tersebut namun kakinya seakan terhenti apabila terdapat satu kedai tudung bawal dan shawl yang pelbagai pattern. Ada satu corak tudung shawl yang berwarna purple muda menarik minatnya. Tanpa terfikir panjang, dia terus masuk kedalam kedai tersebut meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

Aku menunggunya dibangku duduk berdekatan. Nak masuk dalam kedai tu aku terasa janggal disebabkan aku ni tidak bertudung. Rambut hitam aku usap lembut, sejak bila kali terakhir aku pakai tudung? Sekolah menengah?

Termenung aku seketika sebelum terasa ada satu plastik betul-betul terhenti depan muka aku.

Aku memandang Zafran. "Untuk awak" aku terpaku, tudung. Terasa malu dan kecil pula diri aku ni bila Zafran membelikan aku tudung. Jahil sangat ke aku ni...

"Kenapa" aku menyoal. Plastik yang berisi tudung shawl purple tersebut aku genggam.

"Saja, saya nampak tudung ni cantik. Kalau awak yang pakai saya rasa makin cantik" senyumnya membalas pertanyaanku.

Aku tersenyum pahit. "Awak malu ke saya ni tak bertudung?" soalku perlahan.

"Awak bertudung atau tidak, awak tetap cantik di mata saya, Eyna. ini bukan pasal malu atau tidak tapi saya rasa awak akan bertambah cantik dan sopan bila bertudung" lembut kata-katanya kepada ku.

Di Dalam kereta, semuanya diam. Hanya kedengaran bunyi lagu dari radio. Otak aku melayang memikirkan kata-katanya tentang tudung sebentar tadi. Terasa seperti hati aku ditampar oleh satu rasa yang cukup asing.

Bunyi enjin dimatikan buat aku terjaga dari lamunan aku sendiri. Pantai..

Pintu kereta dibuka olehnya, memberi isyarat kepada aku untuk keluar. Tenang rasanya bila angin air pantai menyentuh lembut wajahku.

Aku membiarkan Zafran mengambil tikar kecil dari bonet belakang keretanya dan dikibarkan sebelum diletakkan diatas pasir.

Aku melepaskan kasutku lalu duduk diatas tikar tersebut. Dihulurnya air kopi yang kami beli tadi kepadaku. Tenang betul rasanya,

"Saya ada buat awak sakit hati ke? Awak senyap je dari tadi" ujarnya lembut. Matanya memandang wajahku.

Aku menggeleng pelan.

"Tak ada, saya okay je" jawapku perlahan.

"Zafran, awak cakap ayah saya banyak berjasa kepada awak sebab itu awak setuju kahwin dengan saya. Awak dengan mudah panggil saya 'sayang' tanpa ada rasa apa-apa ke?" soalku lagi dengan nada yang perlahan. Sedih rasanya perkahwinan kami nanti hanya berlandaskan jasa sahaja.

Terjongket kening zafran mendengar soalan aku.

"Saya ikhlas panggil awak sebagai 'sayang' saya. Masa ayah awak bercerita tentang niat dia nak jodohkan saya dengan awak, saya memang terasa berat hati untuk terima. Berkahwin dengan askar, siapa je yang nak ditinggalkan dalam jangka masa yang lama. Tiada siapa pun yang boleh bertahan." senyum zafran teruskan bercerita.

"Saya dulu tak terfikir pun nak berkahwin. Saya tak nak bina keluarga dengan kerja saya yang sentiasa memanggil. Bukan sehari dua tapi berminggu-minggu. Saya tak nak isteri saya rasa lalui semua tu."

"Saya tetap dengan prinsip yang sama, tak nak berkahwin sebab saya tahu pengakhirannya macam mana. Sehingga lah 5 tahun lepas, ayah awak tunjuk gambar awak berbaju kurung lengkap dengan kad matrik. Tengah fokus belajar, masa tu awak berumur 20 tahun dan saya 30 tahun" zafran memandang kearah laut

"Hati saya terjentik masa tengok wajah senyum awak, Eyna. Saya rasa berdebar dan gelisah tanpa saya tahu kenapa. Lima tahun saya tunggu sampai awak habis degree. Saya tunggu dengan sabar sehingga ayah awak call saya cakap saya boleh datang dan jumpa awak. Gembiranya saya waktu Eyna" terdiam aku mendengar luahan hatinya.

"Tipulah saya cakap, saya tak takut kalau awak reject saya. Apatah lagi bila awak tahu status dan kerja saya. Bahkan saya jauh lebih tua dari awak. Boleh awak bayangkan macam mana perasaan saya masa tu. Tapi saya dah terlalu suka. Terlalu mahukan awak sebagai isteri saya yang sah." terhenti ucapannya seketika dan memandang ke arah aku.

"Eyna, saya sukakan awak" satu ayat yang buatkan aku rasa berdebar-debar. Muka aku terasa membahang dan lemah longlai rasanya kaki aku bila dia kata begitu..

"Say something, please.." rintihnya sambil anak matanya melihat ke arah aku

"What should i say, zafran. Saya tak tahu. Saya nak awak tahu yang saya redha dengan perkahwinan kita. Saya terima awak sebagai bakal suami saya. Saya sebelum ni, tak ada perasaan dekat mana-mana lelaki. Awak yang pertama, zafran. Dan saya harap awak juga yang jadi terakhir" jelasku dengan membalas pandangannya.

Tersenyum zafran dibuatnya, dibalas dengan pandangan lembut.

"Insyaallah, saya akan bimbing awak dengan baik" lembut suara zafran berbicara

COMMON Soldier!Where stories live. Discover now