TEASER

4 0 0
                                    

Aku memandang tetamu yang semakin memenuhkan kawasan ruang tamu. Terdengar bunyi budak-budak berlari dan ketawa sakan dengan sepupunya. Tepat pukul 9 pagi, tok kadi akan datang, mata aku dengan ligat memandang jam dinding bilik aku sendiri, pukul 8 pagi. Masih ada satu jam lagi sebelum majlis lafaz akad nikah. Terasa sentuhan halus dibahuku, mama aku sendiri.

“Pengantin tak boleh monyok di hari perkahwinan sendiri. Cantik anak perempuan mama. Pandai kakak pilih tukang make up”. Aku melihat wajahku di cermin. Cantik, memang cantik makeup yang dilakukan oleh MUA tersebut namun kenapa hati aku sedikit pun tak gembira.

“Ma, betul ke apa yang ayah tentukan untuk masa depan kakak? Macam mana lelaki tu tak dapat jaga kakak macam mama dengan ayah jaga kakak? Macam mana hati kakak ni tak dapat terima dia? Berdosa ke kakak sebagai seorang isteri nanti?” bertubi-tubi persoalan yang aku lontarkan. Sejujurnya aku takut, tersangat takut dengan apa yang aku akan hadap nanti.

“Kakak, ayah dah lama kenal si Zafran tu, dia yang didik zafran awal-awal dia masuk kem askar dulu. Baik budi Zafran, ayah tahu. Tak mungkin ayah lepaskan kakak pada lelaki yang tidak tinggi sifat sabarnya dan lemah lembutnya terhadap perempuan. Percaya pada ayah dan mama”. Dipegang kemas bahuku. Bawal off white dibetulkan oleh ibu aku sendiri. 

“Mama pun tahu kakak masih nak bekerja dan bersuka ria macam perempuan yang lain. Dari kecil, ayah larang kakak itu ini, kakak nak bebas mama. Kakak tak nak kahwin… kakak tak boleh terima. Dari segi fizikal dan mental, kakak tak mampu jadi seorang isteri yang baik.” terdengar sebak dari suara aku. Jambangan bunga ros aku pegang erat. Sebak di dada. 

“Mama tahu dan mama faham apa yang kakak rasa, percaya Zafran boleh berikan apa yang kakak nak. Dia anak yang baik, kakak. Ayah buat semua ni untuk kakak. Banyakkan istifar, sayang.” dipeluk erat tubuhku. Terasa bahawa hubungan aku dengan mama akan renggang seiring selepas perkahwinan ni nanti.

COMMON Soldier!Where stories live. Discover now