BAB 4

6 0 0
                                    

Dua minggu sejak kali terakhir aku berjumpa dengan dia, entah kenapa setiap hari aku menanti text dan call darinya namun hingga sekarang tiada khabar berita darinya. Banyak yang berlaku sepanjang bulan ini dan aku cuba untuk redha dan terima semua yang terjadi sperti yang dinasihati oleh abangku.

Ralit aku tengah menonton drama bersama mama diruang tamu sambil memakan keropok lekor yang digoreng oleh mama, terdengar ucapan daripada mama.

"Kakak nampak tenang seminggu dua ni, kakak dah tak marah dekat mama dan ayah?" mendengar ucapan tersebut terus aku menatap muka mama.

"Marah? Sebab?" tanyaku. Keropok lekor aku cicah dengan cuka lada.

"Atas apa yang berlaku, kakak senyap je tak banyak membantah bila ayah cakap pasal tarikh nikah semalam" lanjut mama.

Aku menghembuskan nafas. "Entahlah mama, kakak cuba untuk terima dan redha. Walaupun kakak masih tak faham apa yang ayah cuba lakukan tapi mesti ada sebab disebalik semua yang berlaku, kan mama?" aku memandang wajah mama.

Terasa lembut usapan mama dirambutku.

Tiba-tiba terdengar ringtone dari telefon pintar milikku. Unknown number. Berkerut dahi aku cuba untuk mengingati nombor siapa.

Tah-tah scammer.

Dengan cepat aku menjawab panggilan tersebut.

"Helo?" aku menunggu balasan daripada panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, bakal isteri saya" aku mencebik. Tch, Zafran rupanya. Baru nak call selepas dua minggu. Lekas aku pergi kedalam bilik dan mengunci pintu.

"Waalaikumussalam, ye nak ape call anak dara orang malam-malam ni?" balasku dengan nada buat-buat garang.

"Garang betul awak. Saya just nak tanya khabar mana lah tahu kan awak tertunggu saya call. Maaflah, saya sibuk." terangnya dengan nada rasa bersalah.

Aku duduk diatas kerusi berhadapan dengan meja belajar.

"Sibuk kerja atau sibuk buat benda lain" tanyaku lagi dengan nada memerli.

Zafran diatas talian hanya ketawa kecil. "Cari duit nak halalkan awak lah, sayang oii"

Merah padam muka aku bila dia balas begitu. Cis, lain ditanya lain yang dijawab.

"Eh! Takda orang lah kerja sampai dua minggu tak pegang phone!" marahku

"Ada ada, saya lah tu. Garang sangat awak ni. Marah sebab saya tak call ke? Rindu eh?" soalnya dengan suara yang masih menahan tawa.

Aku mengetap bibir, geram

"Okay okay, tak main-main dah. Ni saya call sebab nak bagitahu awak pasal pelamin dan baju nikah kita. Esok lusa saya balik ke Terengganu, jadi saya cadang nak bawa awak ke tempat fitting baju. Ayah awak cakap, kita just pakai satu baju untuk majlis sebelah awak kan?" terangnya.

"Haah, awak okay ke dengan satu baju je untuk sanding dan akad nikah?" aku menyoalnya balik.

"Saya tak kisah, janji awak ada dekat pelamin nanti" usiknya lagi.


Aku menutup telefon selepas dia bagi salam. Kami bercakap mengenai beberapa hal random sebelum dia minta diri untuk melakukan kerjanya yang lain. Entah kenapa hati ni terasa lega mendengar suaranya.

Aku baring diatas katil, memandang syiling yang putih bersih. Seakan teringat tentang tawaran master tersebut terus aku turn on laptop. Cuba google website universiti tersebut, jari aku dengan lekas mengetik papan kekunci. Terserlah dokumen website surat tawaran belajar tersebut.

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembuskannya dengan perlahan.

"Aku percaya akan ada rezeki lain yang ada datang. Lebih baik daripada ini, aku serahkan kepadaMu dan aku redha dengan keputusan yang aku buat ini, Ya Allah"

Dengan itu aku klik button 'tolak'. Lalu aku menutup website dan shut down laptop tersebut.

Aku menutup lampu dan berbaring diatas katil, dipeluk bantal kecil aku. Cuba untuk tidur.

Betul katanya, keesokannya aku nampak dia dah terpacak didepan rumahku. Dengan berpakain casual dan seluar jeans serta kasut jenama nike. Aku yang terkejut dengan kehadirannya dan masih berbaju t-shirt kosong dan tuala mandi dibahuku.

"Gila mamat ni, semalam baru cakap esok atau luse. Dia ni drift dari johor ke" bisik aku perlahan.

Nampak ayah yang berbual dengannya, aku terus ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Mengambil masa 5 minit untuk memilih pakaian, aku buat keputusan untuk memakai seluar hitam panjang bootcut dan baju knitwear bewarna merah pekat. Rambut pula aku biarkan terurai. Makeup pula aku apply sedikit, lipmatte bewarna merah gelap aku oleskan sedikit bgitu juga dengan lipgloss.

Perfume berjenama victoria secret 'boombshell' aku sembur sedikit. Puas dengan pakaian aku, terus aku berlari keluar.

"Ayah, Eyna pergi dulu" aku bersalaman dengan ayah dan terus masuk kedalam kereta Zafran.

"Baik-baik jalan, bawa kereta elok-lok ye Zafran. Tolong jaga si Eyna tu" pesan ayahku ketika bersalaman dengan Zafran.

"Baik, pak cik" angguk zafran lalu meminta diri.

Aku hanya melihat keluar cermin tingkap semasa dia memandu. Kekok semacam hari ni.

"Kenapa awak senyap je ni, tak nak dengar bercakap dengan saya ke atau awak masih merajuk lagi?' tanya zafran yang masih mengemudi.

"Takde maknanya saya ni nak merajuk dengan awak" balasku singkat.

Zafran hanya meggelengkan kepala, aduhai susah betul nak pujuk perempuan ni.

"Tak nak tanya khabar saya ke? Sihat ke tidak, dah makan ke belum..." soalnya lagi

"Tak nak! Awak dah besar, pandailah jaga diri" dengusku

Ketawa besar zafran dibuatnya. Terhibur dengan jawapan aku.

"Kita pergi fitting baju dulu then kita pergi jalan-jalan okay? Sebelum Asar saya bawa awak balik..boleh sayang?" perkataan hujungny buat muka aku terasa membahang. Ade juga yang kena penumbuk aku ni nanti.

"Suka hati awak lah"

COMMON Soldier!Where stories live. Discover now