BAB 6

2 0 0
                                    


Aku terbaring atas katil wad yang baru sahaja aku duduki, selepas berlakungan kemalangan antara kereta dan motor. Aku hanya mengeluh, tak sangka perkara macam ni terjadi 2 minggu sebelum majlis. Niat hanya ingin pergi ke pejabat air untuk settlekan bil air.

Budak yang tadi terkena bumper kereta belakang entah lari kemana. Mungkin takut isu ni jadi isu besar sebabkan tu dia larikan diri selepas jatuh terguling di jalan raya, syukur tiada kereta masa itu kalau tak memang dah arwah.

Macam mana nanti nak terangkan dekat ayah dengan Zafran. Dua orang tu memang jenis overprotective. Aku hanya melihat kaki aku yang dibalut, terkehel di bahagian pergelangan kaki dan bengkak di tumit akibat brek secara mengejut kaki aku terhentak dibawah. Doktor yang baru sahaja merawat aku hanya mengatakan ini kecederaan yang kecil dan akan sembuh dalam masa seminggu.

Lega rasanya mendengar, dapatlah aku pakai kasut tumit tinggi untuk majlis aku nanti, memang aku dan terbayang nak pakai kasut tumit tinggi 3 inci. Semua yang berkaitan dengan majlis dah siap tinggal untuk edarkan kad kahwin, dulang dan goodies. Terbayang macam mana majlis aku nanti, Zafran sudah pulang ke johor 5 hari lepas atas urusan kerja.

"Eyna?? Mana anak saya?! Saya ayah dia" terkejut beruk aku mendengar suara ayah yang lantang dan panik. Setelah ditelefon oleh pihak hospital, terus dia dan mama datang ke hospital.

"Ayah? Eyna kat sini" aku berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat.

Terkejut ayah melihat keadaaku. "Macam mana keadaan kamu eyna? Sakit ke? Mana budak rempit tu!? Ayah nak jumpa dia!" ditengoknya kaki aku dengan berhati-hati, sayu hati dia tengok anak perempuan yang pernah cedera.

"Sabar ayah, kakak okay. Doktor cakap terkehel sikit. Seminggu dua ni okay lah" ujarku, perlahan.

"Macam mana ayah tak risau? Kakak tu nak kahwin. Ayah tak suka lah maca ni, kita dah bawak elok kereta tapi salah orang lain lawan arus kita pulak yang boleh sakit! Ayah tak terima kakak jadi macam ni" kata ayah dengan nada tak senang.

"Mama dah cakap, orang darah manis tak elok keluar selalu. Ayah boleh je tolong selesaikan bil air tu. kamu je bagi alasan nak keluar dari rumah" bebel mama. Aku hanya senyap bila mama bersuara.

"Takpe lah ayah. Kakak sakit sikit je. Ayah janganlah marah sangat." pujukku

"Tak boleh! Ayah akan cari budak tu. kawasan tu pun kawasan kampung jugak. Ayah dah bagitahu Zafran tentang kamu" terang ayah yang masih tolong memapah aku.

"Kenapa ayah bagitahu dia" cebik aku. Tak suka nanti kena soal dengan Zafran.

"Ehh, memang lah ayah kena bagithu. Dia tu bakal suami kamu. Daripada dia tahu sendiri lebih baik ayah bagitahu dia awal-awal" aku duduk diatas bangku yang berdekatan.

"Tak nak lah dia risau, susah lah nanti dia membebel dekat kakak" aku mencebik lagi.

"Padan muka kakak" aku kembungkan pipi bila mama cakap macam tu, tak suka betul!

"Nanti kita cuba berubat kampung. Ayah ade kenal orang yang boleh urut kaki yang terseliuh" mendengar kata-kata ayah, meremang badan aku.

"Tak nak! Sakit! Sampai hati ayah nak tengok kakak meraung sakit!" aku gunakan taktik kesian. Tahu berurut seliuh memang sakit, aku dah pernah kena perghhh memang padu aku menggelupur.

"Jangan nak drama sangat" jeling ayah. Ey, geram betul.

Sampai sahaja dirumah, aku terus masuk kedalam bilik untuk berehat. Terasa berdenyut-denyut. Dengan berhati-hati aku angkat kaki aku dan letakkan diatas katil. Baru sahaja aku rebahkan kepala terasa kepala aku diawan-awangan, terlena.

Tepat pukul 4 petang aku terjaga, itu pun mama bangunkan untuk makan tengah hari. Aku perasan ada miss call 5 kali daripada zafran tapi aku biarkan dulu, lapar.

"kakak dah bangun? Ayah baru nak kejutkan" ujar ayah yang baru masuk ke dapur.

"Kaki kakak berdenyut-denyut lah ayah, tu kakak tidur" ujarku yang masih memakan nasi ayam goreng kunyit, favourite betul.

Ayah mengangguk faham. "ayah dah call orang yang boleh urut kakak tu, malam nanti kita pergi"

Aku mencebik lagi. "perlu ke? Nanti baik lah kaki kakak ni"

"Perlu. Malam nanti lepas isyak kita pergi". Ujar ayah lalu berlalu ke atas tandas untuk mandi.

Usai selesai mandi dan solat isyak, dengan perlahan-lahan aku duduk dan menyandar pada tiang katil. Telefon dibuka, terlihat beberapa text whatsApp dari Zafran.

Dengan cepat aku call dia balik melalui video call, malas betul nak balas chat balik. Terdengar deringan sebelum diangkat.

"Sayang! Saya call awak sebelum Asar lagi, kenapa tak angkat? Kenapa tak balas chat saya? Pak Cik cakap awak accident. Sekarang ni macam mana? Dah ok? Macam mana boleh sampai accident ni? Macam mana awak bawak kereta tu? Kan mama awak dah pesan jangan kerap sangat keluar" terdengar suara kesal dan juga risau dari nadanya. Fuhh, laju betul boleh jadi rapper ni.

"Sabar sabar. Satu-satu lah kalau nak tanya pun. Saya tidur lah tadi, penat tau" aku pandang wajahnya masih lenkap berpakain uniform askar.

Terdengar keluhan daripadanya.

"Explain, macam mana boleh accident" tegas muka Zafran, belum pernah aku tengok dia macam tu, hehe saya suka.

"Macam ni, saya nak undur kereta sebab nak keluar dari kawasan parking tu. kawasan parking tu betul-betul tepi jalan jadi, saya undur sambil tengok side mirror. Ada budak rempit yang lawan arus. Macam mana saya nak nampak jadi motor dia terkena bumper belakang. Saya pulak brek mengejut. Kaki terhentak dekat bawah." ujarku panjang lebar.

"Haih, budak tu macam mana?" tanyanya lagi.

"Tak tahu, lepas je jadi macam tu dia angkat motor tu then blah macam tu je. Ade orang cakap dia anak kampung sebelah tapi ayah yang settle kan hal tu. saya tak tahu. Staff dekat jabat air tu yang call ambulance." wajah zafran pandang tepat kearahku bila aku bercerita.

"Terkejut saya bila ayah awak call bagitahu awak accident. Nak tercabut jantung saya tau. Sekarang ni macam mana keadaan awak? Sakit lagi" risau zafran bila nampak muka aku tengah menahan sakit.

"Sakit, rasa denyut-denyut macam tu. ayah cakap malam ni nak pergi berubat. Awak janganlah risau sangat, saya okay je. Boleh lagi nak bersanding dengan awak nanti' usik ku.

"Awak ni kan, kalau ada depan saya ni memang saya rotan. Gatal sangat nak keluar, dah tahu awak tu darah manis. Baguslah kalau ayah awak nak bawak pergi berubat. Always bagitahu saya apa yang terjadi, janganlah sampai saya jadi orang last yang tahu pasal awak. Awak tu jauh dengan saya. Saya pulak sibuk, ingat eh. ALWAYS keep in touch!" tergelak aku bila dia cakap macam tu. macam beri amaran keras.

"Iya tahu. Ni awak tengah buat apa? Masih dengan uniform lengkap tu" tanyaku. Lambang TLDM terpapar didadanya.

"Tengah kursus ni, sayang. Ni pun saya call sembunyi-sembunyi. Kena habiskan kerja dulu baru boleh cuti kahwin.. manja-manja.. dengan awak" usiknya dengan nada yang main-main.

Terasa panas wajah aku bila dia cakap macam tu.

"Gatal, pergi lah sambung kerja awak balik" tangan aku buat motion seperti menghalau.

Zafran hanya mencebik bila aku buat macam tu.

"Yelah, orang dah tak nak tengok muka kita, macam ni lah. Tahu lah tak handsome, bila kita tak call, dia tercari-cari' mahu je aku pelempang si Zafran ni bila dia buat ayat macam tu.

"Tak baik cakap saya macam tu!" balasku

Tergelak zafran bila melihat jelinganku.

"Yelah, saya pergi dulu, nanti balas chat saya tau. Bye, sayang. Sayang awak. Assalamualaikum" video call ended.

"Waalaikumusalam" jawapku perlahan. Terasa perangai zafran makin menjadi-jadi bila nak dekat kahwin. Malu lah!

COMMON Soldier!Where stories live. Discover now