Prolog

27 1 2
                                    

"Nissa!"

"Ya ma!" laung Zeanissa. Tergopoh-gopoh gadis itu menurun tangga.

"Kenapa?" soal Zeanissa kepada mamanya, Puan Sri Dr Suriana sebaik sahaja tiba di dapur.

"Oh ni ha, nanti kawan papa ada datang rumah. Nanti kamu bawa makanan ni kat meja makan ruang tamu ya?" ujar Puan Sri Dr Suriana.Berkerut dahi Zeanissa mendengarnya.

"Kenapa tak suruh bibik? kenapa tiba-tiba ni?" soal Zeanissa. Pelik betul selalunya bibik yang akan buat semua perkara tu.

Puan Sri Dr Suriana mengukirkan senyuman manis. "Nissa... ingat tak anak kawan papa yang nama Khalef tu?"

Zeanissa mengangguk. Puan Sri Dr Suriana mencuit lengan anak daranya itu sambil dihiasi senyuman. Terbuka luas mata Zeanissa bila sudah faham raut wajah mamanya itu

"Ma! jangan cakap nak jodohkan Zeanissa dengan Khalef tu!"

"Aloo apa salahnya? kamu dah 22 tahun kan? lagipun orangnya baik, hensem lepas tu..."

Zeanissa menekup mulut mamanya, kepala digeleng. Argh mula dah!

Puan Sri Dr Suriana memutarkan bola mata, dah tahu sangat perangai anak daranya sorang tu! Pantang sebut nama lelaki pasti mengelat!

"How about Zayeda? She's 22 too?" bisik Zeanissa sambil merenung ke luar jendela. Bila teringat akan kembarnya yang tak seiras itu membuatnya sedikit sedih hampir 5 bulan mereka berdua tidak bersemuka disebabkan Zayeda yang sibuk menyambung belajar di Edinburgh.

Puan Sri Dr Suriana menghela nafas sambil memegang bahu Zeanissa. " Zeanissa dengan Zayeda lain tahu? mama dan papa taknak Zayeda kahwin awal, she's future doctor. Memakan masa nak tunggu dia habis belajar, mama tak nak Zayeda stress disebabkan perkahwinan," ujar Puan Sri Dr Suriana panjang lebar.

Dia pernah rasa betapa stressnya untuk melanjutkan pelajaran ketika sudah berkahwin. Namun Alhamdulillah, Allah swt memberikannya kesempatan menghabiskan PhD walaupun dikurniakan  dua orang anak. Tetapi perjalanan untuk menghabiskan pelajaran ketika bergelar isteri orang sangat susah. Jadi, dia tidak mahu Zayeda merasa perkara yang sama.

"Baik mama. Nanti Zeanissa turun balik..."
__

"TAN Sri mereka ada di ruang tamu," ucap Pak Amin. Tan Sri Akhtar mengangguk Dan membuka langkah ke ruang tamu.

"Apa khabar Tan Sri?" sapa Dato Ilham ketika melihat sahabat baiknya itu.

"Hahahahaha, kau tak payahlah Tan Sri sangatlah dengan aku," gelak Tan Sri Akhtar sambil menepuk bahu sahabat baiknya itu.

"Aisha sihat ke?" soal Puan Sri Dr Suriana.

"Alhamdulillah sihat kak, ni perkenalkan anak teruna saya ni. Khalef Arden," ujar Datin Aisha. Puan Sri Dr Suriana menayang senyuman manis.

"Bik! boleh panggilkan Zeanissa? rasanya tidur budak tu." Tergeleng-geleng kepala Puan Sri Dr Suriana. Apa nak jadilah hai! Tahu sangat perangai anak daranya yang malas melayani tetamu. Perkara yang diminta tadi pun bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Makan lah dulu yea Sha. Khalef pun trylah yea?"

"anak kau, Zayeda belum balik ke?" soal Dato Ilham lantas menghirup air kopi.

"Belum lagi, tahun depan agaknya," balas Tan Sri Akhtar. Matanya merenung Zeanissa yang sedang menurun tangga.

"Ha tu anak dara akak, Nissa sini! Salam auntie Aisha." Zeanissa sengih bila lihat raut wajah mamanya mesti lepas ni kena bebel!

"Cantiknya anak akak." kembang kempis hidung Zeanissa mendengar pujian itu. Bebola matanya hinggap jejaka di kiri Datin Aisha.

O.M.G! Who's this hot guy?

Terus Zeanissa mengalih pandangannya apabila dia terpandang anak teruna orang. Argh habis merah mukanya!

Puan Sri Dr Suriana berdehem sambil memandang Datin Aisha. "Macam ada yang bersemutkan Sha?" seloroh Puan Sri Dr Suriana. Terjegil mata Zeanissa mendengar seloroh mamanya itu!

"Khalef kenalkan ni anak aunty, Zeanissa Alsabara... masih single mingle tau," seloroh Puan Sri Dr Suriana lagi. Zeanissa mencuit pinggang mamanya. Ya Allah malunya!

Terbahak-bahak Dato Ilham melihat Zeanissa yang tersipu malu tu. Macam bau-bau nasi minyak aje!
__

"Kitty sayang! Ya Allah mana ni?" terbongkok-bongkok Zeanissa mencari kucing kesayangannya itu.

"Meow! Meow!"

Terus Zeanissa angkat kepala. Kelihatan seorang jejaka sedang mengendong Kitty sambil mengusap kepalanya. Jejaka itu...Khalef! The hot guy!

"awak cari ni?" soal Khalef sambil mengukir senyuman manis.

"H-haah."

"Kucing ni comel."

Zeanissa sengih sambil mengangguk. Matanya merenung sepasang mata coklat yang mampu mencairkan mana-mana gadis.

Zeanissa mengalih pandangannya. Awkward sungguh!

"...macam tuan dia."

Hampir tersedak Zeanissa mendengarkan itu. Lantas dia berdehem.

"Thank you...awak pun!" tergelak kecil Khalef melihat muka merah padam gadis itu. Hujung tudung bawal dimain-mainkan. Perasaan apa ni Nissa? ah takkan kau dah jatuh cinta kut!

"Oh um awak suka kucing ya?" soal Zeanissa basa-basi saja mahu mengelak daripada berasa canggung. Senyum nipis melekap di wajah Khalef.

"Suka. Saya suka kucing."

Sampaikanlah Cintaku; His Imperfect WifeWhere stories live. Discover now