Bab 1

12 0 0
                                    

KOPI diteguk rakus sementara menunggu drivernya, Abang Osman di KLIA. Alhamdulillah, setelah setahun berlalu akhirnya dia pulang juga ke tanah airnya. Lagi gembira bila dia dapat bersemuka dengan keluarganya!

"Zayeda!"

Melilau mata Zayeda mencari figura yang memanggil namanya. Tersentak Zayeda apabila bahunya dicuit. Lantas, dia menoleh ke belakang. Terbuka luas matanya.

"OMG! sayanggg!"  terus Zayeda memeluk jejaka itu. Tergelak kecil jejaka itu.

"Nah bunga untuk you sayang." sejambak bunga ros dihulur oleh Ejaz Edzhan. Terharu Zayeda!

Ejaz Edzhan merupakan teman lelaki Zayeda dan Ejaz juga merupakan seorang juruterbang.

"Aw so sweet! Susah-susah je you ni..." lirih Zayeda sambil mulut dimuncungkan. Ejaz menyimpul senyuman dan menekup pipi Zayeda yang gebu itu lantas mencuit bibir mulus itu.

"Mana ada, sayang. Ni you balik dengan siapa? I hantar jom baby?"

Zayeda menggeleng kepalanya. Papanya sudah suruh Abang Osman  mengambilnya, jadi terpaksa dia menolak ajakan teman lelakinya. Lengan Ejaz dipaut lembut.

"I'm sorry Ejaz, tapi Abang Osman ambil I sekarang ni," pujuk Zayeda. Rambut yang terjuntai ditolak ke belakang telinga. Terus masam wajah Ejaz, baru nak dating dengan girlfriend!

Tergelak Zayeda melihat raut wajah jejaka itu. Kaki dijungkit dan mengkucup lembut pipi jejaka itu.

"I'm sorry okay, lain kali kita dating," sakat Zayeda sambil mengenyit mata, bukannya dia tak tahu yang Ejaz mahu berluang masa dengannya. Ejaz terus mencengkam dadanya, ah! blushing teruklah mat!

"Got to go. Sayang."
__________

SEBAIK saja membuka pintu rumah agam milik keluarganya Puan Sri Dr Suriana terus memeluk erat Zayeda. Zayeda membalas pelukan itu, rindunya Ya Allah!

"Zayeda anak mama dah balik! abang Zayeda dah balik!"

"Iya abang nampak, cuba awak bertenang sikit, awak peluk macam tak bagi anak kita bernafas."  Tan Sri Akhtar walaupun  terlihat cool namun perasaan rindu kepada anaknya semakin membuak-buak.

Puan Sri Dr Suriana meleraikan pelukan. "Zayeda rindu mama juga hehe." Kaki membuka langkah untuk memeluk papanya pula!

"Rindu papa!" perut papa dijadikan sebagai tempat rehat. Tersenyum Tan Sri Akhtar melihat anak gadisnya itu. Ubun-ubun anaknya diusap.

"Oh Za baru perasan macam sorang tertinggal. Where's Zea?" bertaut kening Zayeda selalunya Zeanissa orang pertama yang menyambutnya. Puan Sri Dr Suriana berdehem.

"Mama ada benda nak bagitahu tentang Zea."

Terangkat kening kiri Zayeda. Kenapa serius semacam ni?

"Zea bakal bertunang. Jadi, sekarang dia keluar dengan-"

"WHAT?" terjerit Zayeda. Bertunang? kenapa dia tak tahu langsung perkara ni?

"Mama Za tak tahu pun?" lirih Zayeda. Kecil hati dia! tak ada sesiapa pun nak beritahu perkara penting ni kepada dia! Dahlah rasa berat hati untuk melepaskan Zeanissa...

"Mama papa minta maaf. Sebab keluarga mereka pun baru meminang minggu lepas, kami pun sibuk uruskan pertunangan adik kembar kamu tu. Jangan kecil hati ya?" panjang lebar Puan Sri Dr Suriana memujuk. Zayeda mengukir senyuman nipis.

"Its okay, mama papa, Za faham. Ni Za nak naik atas boleh? nak tidur sekejap," ujar Zayeda. Badannya berasa sangat penat setelah duduk di kapal terbang berjam-jam! Lagipun boleh dia simpan tenaga untuk membebel kepada Zeanissa kerana sanggup tidak memberitahunya!

"Naiklah dulu Za, nanti mama kejut."

Sebaik sahaja figura Zayeda menghilang, Tan Sri Akhtar mendengus kasar. Puan Sri Dr Suriana mengalihkan pandangan, tahu dah apa yang bakal keluar dari mulut suaminya!

"Abang masih marah ke? soal Puan Sri Dr Suriana perlahan.
__________
Terganggu lena Zayeda bila terasa dirinya dipeluk. Perlahan-lahan matanya dibuka.

"Zayeda! bangun pun kau!"

"Zea? Ish tepilah!" tangan Zayeda menepis lembut lengan Zeanissa yang melingkar dipinggangnya. Lantas, Zayeda melarikan diri ke bilik air. Dari raut wajah Zayeda, Zeanissa tahu yang Zayeda merajuk dengannya! tak lain tak bukan mesti pasal pertunangan yang bakal berlangsung minggu depan.

"Ala Za sorry. Aku lupa nak bagitahu kau aku bakal bertunang," pujuk Zeanissa kepada kembar tak seirasnya yang baru keluar daripada bilik air.

"Yelah, diakan excited bakal bertunang. Kita ni masih belum ada orang nak."

Tergelak besar Zeanissa mendengarkannya sambil memerhati Zayeda yang sedang mengikat rambut itu.

"Ajaklah Ejaz kau kahwin. Asyik berbaby-sayang je. Meluat dengar tau?" seloroh Zeanissa sambil tergelak kecil. Memang patut pun terus kahwin! dah 5 tahun bercinta.

"Diamlah!" merah padam muka Zayeda.

"Oh by the way siapa yang bertuah tu?"

Zeanissa sengih. " Well you know Aunty Aisha? His son name Khalef Arden, and he so soo hot!" Zayeda menayang wajah geli. Kemain!

"So dia ustaz?"

"Nope." berkerut kening Zayeda, dah tak minat dengan ustaz-ustaz ke?

"Eh I thought you nak kahwin dengan ustaz-ustaz, yela kau kan solehah hm," balas Zayeda sambil mengerling ke Zeanissa.

"Habis kau tu apa? solehot? ha ni pakai baju crop top warna putih nak pergi mana?" soal Zeanissa tegas, sudah 150 kali menegur Zayeda supaya tidak memakai baju yang menjolok mata!

Zayeda mencebik. "Ala, mana ada pergi mana. Jumpa boyfriend kita jeee..."

Zeanissa menghela nafas. " Ikut kaulah, jangan cakap aku tak tegur pula." Lantas, gadis itu menutup pintu bilik Zayeda.
__________

"FINALLY AFTER setahun. Dapat kita face to face kan?"

Ejaz senyum nipis. " Ya, you pun makin cantik," puji Ejaz ikhlas. Tangan kecil gadis itu dipegang erat. Zayeda membawa tangan Ejaz ke pipinya.

"Ejaz...you tak ada rasa ke nak halalkan I?" soal Zayeda.

Tersentak Ejaz, dia bukan apa...cuma dia masih belum bersedia. "I... nak tapi boleh you bagi I masa lagi?"

Zayeda menghembus nafas perlahan. "I bukan apa, tapi kalau orang tengok kita tak kahwin-kahwin lagi, tak manis. I taknak I jaga jodoh orang lain, you faham kan maksud I?"
Zayeda faham perasaan Ejaz, tapi Zayeda cukup penat dengar soalan 'bila nak kahwin' yang dilontarkan oleh makcik-makcik. Lagipun, mereka sudah lama bercinta, apa salahnya mendirikan rumah tangga sekarang?

"I'm sorry, I akan tunaikan janji you. Thank you sanggup menunggu," ucap Ejaz lembut. Zayeda ialah gadis yang berjaya mengetuk hatinya, takkan dia mahu mensia-siakan gadis itu begitu sahaja? Zayeda ialah segala-galanya bagi dia.

Tersenyum Zayeda mendengarkan itu. Ah jejaka ini memang pencair hati!
__________

Sampaikanlah Cintaku; His Imperfect WifeWhere stories live. Discover now