Bab 2

18 0 0
                                    

"HOI apa senyum sorang-sorang tu!" sergahan daripada Zayeda membuat Zeanissa tersentak. Cepat-cepat dia sorokkan telefon pintar.

Zeanissa berdehem. "Er tak ada apa-apa pun. Sibuk je!" Zayeda melepaskan gelak kecil. Langkah dibuka menuju ke gazebo yang diduduki oleh Zeanissa.

"Mesej dengan bakal tunang dia lah tu eleh."

"Ish dia ni! dah lah aku nak bersiap, nanti bakal tunang tercinta nak datang," tutur Zeanissa. Namun pergerakannya terhenti apabila Zayeda memegang lengannya.

"Nanti lepas kau kahwin, tinggal aku sorang-sorang," lirih Zayeda. Diseka air mata yang mengalir.

"Ya Allah Za! aku baru nak bertunang je tau. Belum kahwin lagi!"

"Sorry, dramatic hehe. Dahlah aku kena tolong mama jap."

Mereka berdua membuka langkah masuk ke rumah.
__________

ZAYEDA melempar pandangan ke luar tingkap kereta. Haih apalah nasib aku Kali ni!

Al-kisahnya, sepatutnya petang ini Khalef Dan Zeanissa pergi berdua ke butik untuk mencari baju pertunangan tapi malang sekali, Zeanissa tidak dapat pergi kerana  katanya dia mahu melawat sahabat baiknya yang baru eksiden tengahari tadi. Zeanissa pun meminta pertolongan Zayeda untuk ke butik bersama Khalef, tidak sampai hati dia mahu kecewakan Khalef. Jadi sebagai kakak kembar yang baik dan sopan santun terpaksalah dia ikut!

"Macam mana adik I boleh jatuh cinta dengan you?" soal Zayeda.

Khalef mengerling sekilas ke arah Zayeda. "I don't know, jodoh kuat maybe."

Terangguk-angguk kepala Zayeda. "Well, tahniah! you je lelaki yang Zeanissa rapat selain daripada papa. Adik I hati batu sikit, tak pernah I nampak dia jatuh cinta," tutur Zayeda, bangga juga dia dengan jejaka ini kerana mampu mengetuk hati Zeanissa yang seperti batu itu!

Khalef menayang senyuman puas. Sejujurnya, dia juga tidak pernah jatuh cinta, Zeanissa ialah cinta pertamanya dan insyallah selamanya. Bagi Khalef, Zeanissa ialah gadis yang elok dibuat isteri, bertudung labuh dan menjaga auratnya dengan baik.

"Oh by the way, kita dah sampai."
__________

"ASSALAMUALAIKUM!"

Terlopong mulut Zayeda. Cantiknya butik ni! Matanya melilau-lilau melihat setiap sudut di butik ini.

"Omg Khalef! ni ke tunang you? Ya Allah cantiknya!" teruja Datin Nadesa sambil memeluk tunang anak buahnya.

Terkebil-kebil Zayeda dibuatnya, bila masa aku tunang orang!? Khalef terus berdehem. "Maksu, ni kakak kembar tak seiras Zeanissa. Zeanissa tak dapat datang."

Terus Datin Nadesa meleraikan pelukan. Dahi ditepuk berkali-kali.

"Ya Allah maafkan I ya? Nama siapa?"

Zayeda mengukir senyum manis. "Zayeda. Zayeda Almera."

"Panggil I aunty Nadesa ya? Tapi apa yang aunty cakap tadi betul! Zayeda cantik sangat. Bolehlah part time jadi model aunty?" pelawa Datin Nadesa. Memang sesuai betul kalau Zayeda menjadi model! hidung mancung, bibir heart shaped dan kening medium arch, ah senang cakap sempurna semuanya!

Bersinar-sinar mata Zayeda mendengar itu. Menjadi model memang cita-citanya sejak kecil! Tapi segalanya musnah kerana papanya tidak menyokong cita-citanya itu. Hidupnya bagai mainan, dikontrol semua oleh papa.

"Boleh! Nanti-"

Khalef menghela nafas. "Maksu, boleh rekomen baju apa yang sesuai untuk Zeanissa?" celah Khalef.

Sampaikanlah Cintaku; His Imperfect WifeWhere stories live. Discover now