MATA mula memandang sekeliling. Hujung mata hinggap di seorang gadis yang sedang berpeluk tubuh di bucu katil. Khalef terdiam lama, dia keliru. Gadis itu dalam keadaan tidak berpakaian, begitu juga dengan dirinya.
Matanya memandang keluarganya yang sedang menangis tersedu-sedan di pintu yang terbuka luas. Matanya membesar apabila sudah faham keadaan.
"Khalef! apa Khalef buat ni?" soal Datin Aisha keras. Dia mengusap air mata yang mengalir.
"Mommy? Khalef tak tahu apa yang jadi! Khalef balik je rumah tiba-tiba Khalef dekat sini! Mommy daddy tolong percaya!"
"Hoi perempuan! ni semua salah kau kan?" jerkah Khalef. Sehelai tuala di atas kabinet diambil dan lilit di pinggang. Khalef menerpa ke gadis itu, rambut panjang gadis itu tarik kuat sehingga kepala gadis itu mendonggak. Terbuka luas matanya bila melihat wajah itu.
Gadis itu...Zayeda?
"Zayeda? apa semua ni!" tengking Khalef, dia meraup wajahnya. Sumpah dia rasa sangat bingung!
"Khalef, mommy dan daddy nak kamu bertanggungjawab dengan dia," ujar Dato Ilman. Khalef menggeleng, apa semua ni? Dia rasa semua ini berlaku dengan pantas!
"Zayeda!"
Zayeda cuba mencari nafasnya saat mendengar suara itu. Papa...
"KAU BUAT APA NI HAH?!" jerkah Tan Sri Akhtar. "Papa! Tolong Zayeda tak tahu apa jadi! papa Zayeda tak buat!" puas Zayeda menidakkan namun Tan Sri Akhtar tidak mengedahkan alasan itu. Air mata Zayeda makin lebat bila lihat Zeanissa memaling wajahnya. Pada saat ini, tiada siapa yang percayakan mereka.
"Khalef aku nak kau bertanggungjawab dengan anak aku," ujar Tan Sri Akhtar tegas. Sungguh dia kecewa dengan tindakan anaknya kali ini.
"Pa!" Zeanissa menekup mulutnya sambil menggeleng, hatinya rapuh... bila dikhianat oleh dua orang yang dia sayang. Tangisannya dihamburkan. Puan Sri Dr Suriana mengusap lembut bahu Zeanissa.
"Papa! Zayeda tak nak-"
"DIAM," jerkah Tan Sri Akhtar lagi. Lantas dia meninggalkan tempat itu.
__________Zayeda merenung jauh, perasaannya sekarang bagai kaca terhempas ke batu. Air mata masih tidak berhenti mengalir sejak tadi, hidupnya terus hancur segala-galanya dengan pantas. Zeanissa pula tidak bercakap dengannya walau sepatah. Mungkin masih kecewa dan menganggap dirinya perampas yang memerangkap Khalef dalam sebuah perkahwinan. Padahal Zayeda langsung tidak bersalah! tiada guna menjelaskan kalau semua pekakkan telinga.
Dia seperti kembali ke alam nyata pabila memandang tangan Khalef digoncang papanya.
"Sah."
"Sah!"
"Alhamdulillah."
Zayeda berasa kosong mendengar ayat itu. Dia sudah menjadi isteri orang. Isteri kepada lelaki yang langsung dia tidak cinta.
Tangan diangkat untuk menadah tangan. Tiba-tiba tudungnya direntap kasar oleh Zeanissa.
"PENIPU! KAU PEREMPUAN MURAH!" jerit Zeanissa seperti orang hilang kawalan. Air matanya mula membasahi pipi. Zayeda merenung kosong wajah Zeanissa, sakit Ya Allah!
"Nissa sabar sayang!" pujuk Puan Sri Dr Suriana, tubuh Zeanissa ditarik dan dipeluk. Zayeda memandang papanya, namun Tan Sri Akhtar hanya memalingkan wajahnya.
Khalef hanya diam diri. Sakit dan kecewa. Apa dosa dia hingga diperlakukan sebegini? Melihat air mata Zeanissa membuat hatinya berkecai-kecai.
__________Zayeda menjejakkan kaki ke rumah banglo itu, matanya yang sembab melilau-lilau melihat setiap sudut rumah itu. Tiba-tiba tubuhnya ditolak kasar sehingga terduduk. Zayeda mendonggak dengan raut wajah sukar ditafsirkan.
"Puas hati you?"
"Puas hati kau?"
Mereka berkata dengan serentak, Zayeda membalas pandangan tajam Khalef.
"Apa sebenarnya motif kau?" Khalef menarik kuat rambut Zayeda sehingga gadis itu menjerit kecil. "DONT TOUCH ME!" Zayeda menampar kuat lelaki itu.
PAP!
Kuat bunyi yang dihasilkan, turun naik nafas Zayeda. Khalef menolak dinding pipinya dan mengunci tubuh Zayeda. Belakang badan gadis itu bertemu dinding.
"Kau dah buat aku sengsara, now let's revenge, darling. Welcome to my world," tutur Khalef garau. Bebola matanya hinggap di seluruh wajah Zayeda dan jatuh di bibir Zayeda.
Zayeda menolak kuat dada Khalef. "Tak guna!" Zayeda mengambil beg bajunya dan membawa diri ke atas.
Zayeda larikan diri ke bilik kosong, ah lantaklah orang cakap dia biadab kerana main masuk saja. Dia tak tahan dengan kelakuan Khalef yang seperti kurang siuman.
Zayeda menutup pintu itu dengan kasar, beg baju dicampak kasar. Zayeda menyandar di belakang pintu dan melepaskan tangisannya sepuas-puasnya.
__________"DRINGG DRINGG"
Nada dering milik iphonenya mengejutkan Zayeda, tangan menyeluk poket baju kurungnya. Nama yang tertera itu membuat Zayeda kehilangan nafas.
Ejaz
Zayeda apa yang family
you cakap tu tak betulkan
sayang? sayang kita kena
berjumpa.Zayeda berfikir sejenak, patutkah dia telefon Ejaz sekarang? Sekarang sudah pukul 1:30 pagi takut menganggu lena Ejaz. Ah lantaklah! dia kena berterus terang sebelum Ejaz berfikir buruk tentangnya. Butang hijau digesek.
"Zayeda! Are you okay?"
"N-no I'm not okay Ejaz. Please help me, I taktahu siapa perangkapkan I! tolong percaya kan I!! I tadi kena culik dengan siapa I taktahu...you kena percayakan I!" bergetar suara Zayeda.
"Percaya. I percaya. Jangan menangis Zayeda, I tak tahu cerita penuh tapi jangan risau. I percayakan you. Esok boleh kita berjumpa?"
"I... I tak tahu Ejaz kalau I boleh keluar ke tak. I takut dengan dia..."
"Siapa suami you?"
"Khalef. Khalef Arden."
YOU ARE READING
Sampaikanlah Cintaku; His Imperfect Wife
RomanceZayeda Almera | Khalef Arsen Benarlah kata orang, mencintai dalam diam itu lebih baik kerana dalam diam tak akan ada penolakan. Ini mengisahkan tentang seorang wanita yang cuba mempertahankan cintanya namun sia-sia. "Terima kasih, cukup sampai sini...