Bab 3

17 0 0
                                    

Zayeda merengangkan urat-uratnya.  Dia baru saja menolong Mak Esah memasak. Matanya merenung jam yang sudah pukul 2:00 petang. Langkah dibuka menuju ke bilik.

Sebaik saja membuka pintu, kelihatan Zeanissa sedang berbaring di katilnya. Lahai! ada bendalah tu nak minta.

"Za!"

"Apa?" soal Zayeda sambil mengikat rambut panjangnya.

"Er macam ni, Khalef ajak berjumpa dekat mall, tapi aku seganlah! lagipun haram keluar berdua-duan ni... Jadinya kau kena teman aku!" rayu Zeanissa. Zayeda mengetuk-ngentuk dagunya seakan-akan sedang berfikir.

"Kiranya date ke ni?"

Zeanissa mengangguk laju.

"Tak-"

"Aku belanja kau makan sushi. Promise!"

Zayeda senyum sinis. "Fine, ni Khalef tahu ke? nanti dia cakap aku penyibuk pula."

"Dia tahu. Dah dah cepat siap!" ucap Zeanissa sambil menolak lembut bahu Zayeda dari belakang.

"Ya la."

Baru saja kaki mahu melangkah ke dalam bilik air, lengannya dicengkam lembut oleh Zeanissa. Terjungkit kening Zayeda.

"Zayeda...jangan cantik sangat." ujar Zeanissa tegas tetapi terselit kelembutan. Tergelak kecil Zayeda mendengarkan itu.

"What? do you think I'm going to steal your man?" Zayeda menepis lembut tangan Zeanissa. Senyum manis diukirkan. Zeanissa mengigit bibir, dia pun tak tahu kenapa dia cakap begitu kepada Zayeda! cemburukah dia?

"Im not interested."
__________

Zayeda hanya pasang telinga mendengar perbualan Zeanissa Dan Khalef di hadapan. Pandangannya dicampak ke luar tingkap kereta. Dia berasa tak sedap hati, pagi tadi semasa dia di bilik dia berasa seperti seseorang sedang mengintainya. Atau dia hanya berhalunisasi saja? Ah! lantaklah malas nak fikir lama-lama.

"Khalef... awak rasa diri saya ni apa?" soalan Zeanissa menarik perhatian Zayeda semula.

"Perfect. Saya rasa awak sorang saja yang layak jadi isteri saya."

"Kalau... saya bukan jodoh awak, awak nak buat apa?" soal Zeanissa lagi.

Khalef diam sebentar sebelum berdehem. " that's a hard question, because I believe that you are my jodoh. Insyallah."

"Terima kasih, Arden." Zeanissa melemparkan senyuman manis.

"Oh by the way macam mana dengan kelas bahasa arab awak. Murid-murid semua ok?"

"Okay je, Alhamdulillah dah nampak penambahbaikan."

"Ustazah Nissa saya, memang hebat," puji Khalef sambil senyum manis. Tergelak kecil Zeanissa mendengar itu. Zayeda yang di belakang sudah berasa canggung.
__________

"ZAYEDA, kau rasa aku kekok sangat ke bila aku bercakap dengan Khalef?" soalan Zeanissa itu dibalas dengan anggukan Zayeda. Sekarang ini mereka berada di Sushi Pirates sementara menunggu Khalef di tandas.

"Hah?! sumpahlah?? hmm mesti Khalef bosan cakap dengan aku." keluhan berat dilepaskan oleh Zeanissa.

"Panggillah dengan panggilan manis. Sayang ke whateverlah, itu boleh buat hubungan kau lebih rapat," tutur Zayeda. Lantas air coklat diteguk.

"Mana boleh. Belum halal lagi, aku bukan macam kau tak jaga batas." Zayeda memeluk tubuhnya sambil dihiasi wajah menjengkelkan.

"Kau nak cakap aku murah ke Zea?" soal Zayeda perlahan tapi keras. Zeanissa menjungkitkan bahunya.

"Sapa makan cili dia pedas, easy. Oh dan my bad minta pendapat dekat kau. Dunia aku dan kau berbeza."
Zayeda mendengus kasar, dah kenapa pula Zeanissa mencari gaduh dengannya?

"Seriously tak fahamlah kenapa kau tiba-tiba cakap macam ni, period ke?"

"You don't understand when I said don't be too beautiful, dont you?" soal Zeanissa keras, tangannya digenggam erat. Zayeda mengerutkan dahi. "Apa masalahnya sebenarnya ni? Baju I dah cukup sopan dah kot ni. Dan kau sendiri minta aku teman, kenapa buat perangai macam ni pula?!"

"Zayeda aku minta teman sebab takkan aku nak keluar berdua dengan lelaki! Kau tak nampak ke cara Khalef pandang kau? dia pandang kau macam... dia minat kau, kau tahu tak?"

Zeanissa pun tidak tahu kenapa dia berkelakuan seperti begini, dia rasa...perasaan cemburunya membuak-buak. Walaupun dia tahu bukan salah Zayeda tapi entah mengapa dia rasa macam mahu marah Zayeda. Tapi kerana apa sebenarnya?

Zayeda merenung tajam Zeanissa Dan lantas meninggalkan Zeanissa
berseorangan. Tak kuasa aku nak layan benda remeh macam ni! Zayeda menyeluk tangannya di dalam beg tangan untuk mencari iphonenya.

BUSH!

Terduduk Zayeda akibat terlanggar seseorang, iphonenya pula tercampak jauh.

"Aduhh..."

"Zayeda?"

Suara itu...Khalef! dia mendongakkan kepalanya. Zayeda menayang wajah jengkel sebaik melihat wajah itu, iphone diambil dan berlalu pergi. Khalef meraup rambutnya, dah kenapa dengan perempuan tu?
__________

HAMPIR dua jam Zayeda menunggu driver papanya, tak sampai-sampai lagi! haish baran betullah! Zayeda mengibas-gibas wajahnya yang mula merah.

PIN! PIN!

Zayeda mendengus, sampai juga! Zayeda menutup pintu dengan kuat.
"Abang Osman, kenapa lama sangat?"

Berkerut dahi Zayeda bila melihat abang Osman diam membisu. "Abang Osman kenapa pakai mask hitam ni? dengan baju hitamnya, saja nak takutkan Zayeda? Haih Zayeda dahlah  tak ada mood lepastu-"

"Diam."

Terbuntang mata Zayeda mendengar suara garau itu. Itu bukan suara Abang Osman!

"Eh kau siapa? Mana abang Osman?" Baru saja Zayeda  mahu membuka pintu kereta, tiba-tiba pandangannya menjadi gelap.
__________

"ALHAMDULILLAH saya seronok hari ni dapat spend time dengan awak, Khalef," tutur Zeanissa sambil mengukirkan senyuman manis.

"Im glad."

"Yang pasal Zayeda tu... Maaf ya? kami ada salah faham tadi."

Khalef mengelap peluhnya  yang mengalir, dia pun taktahu kenapa dia berpeluh-peluh sejak tadi. Padahal sekarang aircond sudah dipasang.

"Khalef... awak berpeluh sangat kenapa? awak okay?" soal Zeanissa dengan nada risau.

"Saya okay, saya hantar awak balik dulu ya?"
__________

Apa perasaan korang baca chapter
ni? 🧐

Sampaikanlah Cintaku; His Imperfect WifeWhere stories live. Discover now