ZEANISSA merenung baju kurung songket putih yang disangkut di almari, sepatutnya hari ini dia memakai baju itu dengan gembira. Tapi semuanya musnah angkara Zayeda. Zeanissa membuka laci meja Dan mengambil gunting.
ZZAP!
Baju kurung songket itu digunting dengan kasar, dia tidak kisah walau baju ini mahal sekalipun tetapi hati dia tidak mahu menerimanya dengan baik. Bagaimana dia mahu reda? Khalef ialah lelaki berjaya mengetuk hatinya, dia tidak pernah memberi peluang langsung kepada lelaki lain. Malah, Khalef ialah cinta pertamanya.
Zeanissa menyandar di pintu dan merenung siling bilik. Kosong. Macam perasaannya sekarang.
__________Zayeda menatap wajahnya yang sembab dan pucat di cermin itu. Sudah pukul 9:00 pagi tapi dia mahu berkurung dalam bilik ini kerana tidak mahu bersemuka dengan Khalef tak guna tu. Biarlah lapar daripada hadap muka 'suami'nya. Sudah dua hari Zayeda mengurung dirinya dalam bilik ini, nasib baik dia ada bawa sedikit biskut dan roti untuk dimakan.
Tersentak Zayeda pabila pintu diketuk kuat.
KNOCK!KNOCK!
"Zayeda buka pintu ni sebelum aku tendang," tutur Khalef keras. Zayeda mendengus kasar.
"Takpayah kacaulah!"
"Zayeda. Bukak. Pintu. Sekarang."
"Tak-"
BOOM
Terjerit Zayeda apabila Khalef menendang pintu itu sehingga pintu itu tercabut! Zayeda menundukkan kepala apabila matanya bertentangan dengan Khalef. Lelaki itu sangat marah!
Khalef menerpa ke gadis itu, wajah bujur gadis itu dicengkam kuat sehingga Zayeda mendesis sakit. Air mata jernih Zayeda mula menitis apabila kuku Khalef terbenam ke kulitnya.
"K-Khalef s-stop." Menggigil- gigil suara Zayeda menahan kesakitan itu. Lengan Khalef dipegang.
"Kau tahu hari ni hari apa?" soal Khalef.
Zayeda menggeleng perlahan.
"Bodoh!" Khalef menarik kuat Zayeda ke dinding. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Zayeda terkedu.
"Hari ini, hari tunang aku dengan Zeanissa. Tapi kau... kau hancurkan kehidupan aku, Zayeda."
"You... you fikir I perangkapkan you ke?!" ternaik suara Zayeda, matanya merenung tajam bebola mata Khalef.
"Bodoh! Lelaki bodoh!" Zayeda menolak kuat badan Khalef sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.
Khalef mencangkung sambil menghemburkan tangisannya. Zayeda juga menahan air mata keluar. Dia penat, dia tak pernah minta hidup sebegini. Mengapa tuhan mengujinya sampai tahap begini?
Love doesn't hurt; loving the wrong person does.
__________
Zayeda memerhati makanan yang yang di atas meja, langsung tidak terusik.
"Zayeda?"
Ejaz menolak kerusi dan melabuhkan punggung.
Suara itu mematikan lamunan Zayeda. Pantas Zayeda mendonggak. Ejaz senyum kelat melihat wajah yang pucat itu, kalaulah dia dapat mengusap wajah itu dan kembalikan sinar wajahnya.
"Ejaz... Tolong I, I tak minta hidup macam ni Ejaz."
Ejaz menahan tangannya daripada menyeka air mata gadis dihadapannya.
"Zayeda... Please be strong, it's hurting me seeing you like this. Percayalah kepada takdir, pasti semuanya ada hikmah," tutur Ejaz lembut. Ya dia mahu marah, tapi dia mahu marah kepada siapa? takdir? Zayeda?
Dia tahu gadis itu tidak bersalah tapi siapakah dia untuk menidakkan takdir.Zayeda menggeleng sambil meraup rambutnya. "I... Tak boleh terima ni, please bawa I pergi dengan you."
Ejaz menggeleng bersama senyuman hangat, mata jejaka itu mula berkaca. Dia perlu reda, reda yang Zayeda bukan miliknya.
"I tak boleh, sayang. You isteri orang. I kena reda, you kena reda kita tak ada jodoh. Walau susah kita kena Cuba, Zayeda. I tak boleh cintakan isteri orang, you tak boleh cintakan lelaki selain daripada suami you. Anggaplah ini pertemuan terakhir kita. Apapun terjadi I pilih untuk percayakan you. Zayeda you akan selalu di hati I. Tiada siapa boleh bandingkan you. That's all from me, I love you."
Sebaik saja Ejaz mengatakan itu jejaka itu meninggalkan Zayeda dengan berat hati, mana mungkin sesenang itu dia melupakan gadis yang merubah kehidupannya. Walau sakit, tapi dia tak patut mencintai isteri orang. Dia tak boleh buat apa...
Zayeda menekup mulutnya dengan mata membesar. Adakah ini Kali terakhir? Hidupnya telah musnah dan hancur! Zayeda membiarkan air matanya mengalir. Sakit.
__________Zayeda merenung ruang tamu milik Khalef, selesa dan luas. Air mineral diteguk rakus. Ah! nak tengok tv pun tak senang bila dia rasa diperhatikan seseorang! Zayeda hanya mengabai pandangan tajam Khalef yang sedang duduk di kerusi meja makan.
Mereka berdua hanya berdiam diri walaupun jarak mereka tak adalah jauh mana. Dengan kejadian yang baru berlaku membuat mereka berdua bingung, siapakah yang memerangkap mereka ini?
"Zayeda."
Suara garau itu menganggu lamunan Zayeda. Zayeda menoleh kepalanya ke kiri, kening dijungkitkan.
"Come."
Zayeda mengeluh dan mengangkat punggungnya. Dia memeluk tubuh sebaik saja berdiri di sisi Khalef.
Terbuka luas mata Zayeda pabila Khalef membuka butang kemejanya. Khalef kini hanya mengenakan singlet
"You nak buat apa ni?" soal Zayeda berhati-hati.
"Ni, basuh. Kau fikir apa?" soal Khalef sdengan nada mendatar. Khalef terus mengangkat punggung meninggalkan Zayeda yang sedang terpinga-pinga.
Khalef mengukirkan senyuman sinis.
Aku akan pastikan hidup kau hancur, my beloved wife.
YOU ARE READING
Sampaikanlah Cintaku; His Imperfect Wife
RomanceZayeda Almera | Khalef Arsen Benarlah kata orang, mencintai dalam diam itu lebih baik kerana dalam diam tak akan ada penolakan. Ini mengisahkan tentang seorang wanita yang cuba mempertahankan cintanya namun sia-sia. "Terima kasih, cukup sampai sini...