02 : Pertemuan semula

20 2 6
                                    

"Sah?"

"Sah!"

Berderet ucapan syukur meniti di bibir tetamu yang hadir. Tidak semena momen indah sahabat yang terlihat ayu bersalaman dengan pemilik hati bertukar sayu. Air mata yang jarang berkumpul di kelopak mata mula terasa.

"Terima kasih." Huluran tisu disambut cepat-cepat. Rasanya sudah cukup tersorok Shanika melampiaskan rasa. Tak sangka masih ada yang perasan.

"Lah, makin melalak pula dia."

Tubuh Shanika kaku. Air mata yang deras mengalir tadi tersejat serta merta. Dahinya berkerut, sebelum kepala diangkat.

"Behave, Rasha. Nanti orang ingat kau skandal Emrys pula."

Terundur setapak kaki Shanika. Tadi, sebaik sahaja suara garau menerpa cuping telinga, hampir luruh jantungnya. Kini ketika nama Shanika meniti dari bibir lelaki itu, bagai mahu tercabut rohnya.

"Aku makin handsome ke sampai kau tak berhenti pandang aku? Atas, bawah pula tu." Kepala ditoleh ke sisi membalas pandangan Shanika yang seakan nampak hantu.

Berlapikkan kaca mata hitam, dia amati wajah Shanika. Senyuman mula dilorekkan. Shanika berbaju kurung potongan moden berwarna sama sepertinya, merah muda lembut. Dulu, bukan setakat berbaju kurung, warna merah muda pun tidak akan dipandang Shanika. Dia tertawa kecil dengan memori sendiri.

'Dimple...' Desis hati Shanika. Tawa dan senyuman yang berpunca darinya langsung dia tidak sedar. Fokusnya hanya satu. Siapa mamat ni?

"Seriously, Rasha? Kau tak kenal aku?" Rasanya fizikal dan rupa parasnya tidak jauh beza dari dulu. Ketinggian sahaja yang menambah.

"Sha..." Lembut dia memanggil sebelum menyoal kembali, "masih tak ingat aku?"

Mata Shanika membulat, mulut pula melopong. Serentak lelaki itu membuka cermin mata hitam, Shanika hilang keseimbangan. 10 tahun menyepi tanpa berita. Tiba-tiba hari ini mereka dipertemukan di majlis kawan sendiri.

"Eh, Rasha! Hat-" Lambat! Tidak sempat dia memberi amaran, Shanika sudah berlanggar dengan orang yang berjalan di belakangnya.

DUG

"Eh!"

"Ah!"

"Woah! Aku rasa kita orang yang kahwin tapi kenapa kau orang pula yang berpeluk? Akad sekali ke tadi, An?" perli Emrys.

Usai perkara yang perlu, Emrys menghampiri mereka tetapi dihidang adegan ala-ala drama Korea pula. Terus dia menyilangkan jarinya bersama Nara. Biar dia tunjuk pasangan halalnya.

"Tch. Rasha, sana!" Tangan yang mendarat di bahu Shanika secara refleks tadi pantas diangkat ke sisi. Natijah dari perbuatannya, pipi Shanika mendarat elok ke dada.

Pantas Shanika berdiri tegak. Aduhai, tidak tahu hendak beriak bagaimana. Dari menangis sehingga terjatuh. Semuanya dalam tatapan Ihan.

Nara menggeleng. Sebelah tangannya menggapai bahu Shanika. "Awak okay?"

Wajah dan tubuh Shanika dibelek. Kesian tuan badan, muka yang dirias pun masih gagal menyembunyikan rona merah yang memekat di pipi Shanika.

"Ihan memang macam ni. Garang tak bertempat kalau dengan perempuan," ujar Nara.

"Rasha!" Tiada lagi nada lembut dari Ihan. "Make-up kau melekat."

"Huh?!"

Mata Shanika hampir terkeluar dari soket. 'Mak tak nak! Kalau betul ni tanggung malu tahap dewa ni... Ya Allah tolong!'

O G | Bahagiaku KeranamuWhere stories live. Discover now