07

7 0 0
                                    





12 minggu berlalu dengan penuh sabar. Akhirnya hari yang Andra nanti-nantikan tiba—hari kepulangannya daripada latihan khas komando. Di perkarangan, keluarga Andra dah berkumpul, menunggu penuh debaran di tepi padang tempat berlangsungnya perbarisan khas untuk ahli baru unit GGK.

Matahari pagi terpancar terang, memanaskan suasana namun tak memadamkan semangat di hati semua yang hadir. Suara dari pengeras bergema mengumumkan perbarisan dimulakan. Andra bersama anggota lain berjalan dengan penuh disiplin, setiap langkah teratur, irama yang sama. Keluarga Andra memerhati dari jauh dengan bangga, terutama ibunya, Khadijah, yang tak dapat sembunyikan rasa bangganya.

Akhirnya, selepas perbarisan selesai, tibalah saat yang paling dinantikan—penyerahan beret kepada semua ahli baru. Andra terima beretnya dengan penuh kebanggaan, rasa puas sebab dapat lalui latihan yang mencabar tu.

Selepas majlis berakhir, Andra berjalan kawad menuju keluarganya. Orang pertama yang dia sapa dan bersalam adalah ayahnya, kemudian ibunya, Khadijah, yang matanya berkaca-kaca menahan sebak. Rasa bangga jelas terpancar di wajah mereka.

Dan kemudian, Andra berdiri di depan Aeysha. Wajah Aeysha tenang, tapi ada senyum tipis yang Andra perasan. Dia masih lagi dalam posisi sedia, tegak dengan penuh disiplin. Tapi, saat Aeysha tiba-tiba bersuara, "Keluar baris," suara lembut tapi tegas itu buat Andra tersentak.

Tanpa ragu, Andra memberi tabik hormat sebelum berjalan ke arah Aeysha seperti biasa, dengan senyum melekat di wajahnya. Dia berdiri tegak di depan gadis yang selama ni mengisi fikirannya.

Andra senyum lebar, tak percaya Aeysha akan datang menonton dia dalam perbarisan. Dengan pakaian seragam lengkap, beret tersemat di kepala, dia rasakan ini saat yang paling sempurna.

"Maaf buat awak tunggu lama."

"Macam yang saya janjikan, Doktor Aeysha Hanna," Andra mulakan, suaranya tenang tapi penuh keyakinan. "Dengan izin Allah, dan mak, sudikah awak menjadi pasangan hidup saya buat selamanya?"

Aeysha terkejut bila Andra tiba-tiba berlutut di hadapannya. Mata mereka bertemu. Sekeliling mereka senyap seketika, seolah semua orang sedang menunggu jawapan Aeysha.

Andra menanti dengan harapan dalam hati. Dia nampak Aeysha sempat pandang ke arah maknya, yang sekarang tersenyum manis. Hajah Husnah kelihatan tenang, seolah-olah sudah tahu apa yang bakal berlaku.

Akhirnya, Aeysha angguk perlahan tanpa ragu-ragu. "Saya setuju, Andra."

Senyum Andra makin lebar, lega dan bahagia. Semua yang ada di situ, termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan GGK, bersorak kecil dengan penuh rasa gembira. Andra bangun, dan kali ni, dia pegang tangan Aeysha dengan penuh kelembutan, rasa sayang jelas di wajahnya.

"Terima kasih, Aeysha. Saya janji, saya akan jaga awak sebaiknya," Andra berbisik, cukup untuk Aeysha dengar.

Hari tu jadi saksi permulaan baru dalam hidup Andra dan Aeysha—sebuah janji yang diikat dengan rasa cinta dan kepercayaan.

...

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Hari pernikahan Aeysha dan Andra. Didalam masjid yang yang tenang. Tambahan lagi dengan suasana saudara-mara kedua-dua belah keluarga mereka.

"Baik, kita mulakan ya." Andra sempat berpaling ke kiri melihat wajah indah Aeysha dengan baju nikah yang sangat cantik. "Andra Zafran bin Rahman. Aku nikahkan dikau dengan Aeysha Hanna binti Iman, dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai." Jelas Tok Kadi.

Andra bersedia mengulai ayat tersebut. "Aku terima nikahnya Aeysha Hanna binti Iman dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai." Dengan sekali lafaz Andra sebutkan.

TOGETHER || SEUNGCHEOLWhere stories live. Discover now