08

2 0 0
                                    





Pagi yang menjelang. Sinaran cahaya matahari maduk ke dalam bilik Aeysha. Perlahan-lahan Andra membuka matanya, dia tersedar bahwa ada seorang gadis jelita dihadapannya.

Dan buat pertama kalinya Andra melihat Aeysha tanpa tudung. Tiada apa yang beza, baginya Aeysha tetap cantik dimatanya. Andra mengusap lembut rambut Aeysha sambil tersenyum. "Cantik.."

Baru ia tersedar bahwa kedua-duanya tidur dilantai. Andra takut jika Aeysha akan sakit. Lalu Andra mengangkat Aeysha ke atas katil. Aeysha mengeliat kemudian tangannya secara tiba-tiba menarik Andra rapat dengannya.

Andra terkejut kemudian dia terjatuh menindih tubuh isterinya. Seluruh tubuh Andra keras membeku dalam beberapa saat. Kemudian dia cuba bangun secara perlahan-lahan agar tidak mengejutkan isterinya.

Aeysha sangkakan Andra adalah bantal peluknya. Akhirnya gadis itu tersedar. Kedua-duanya terdiam sejenak. "Go-good morning sunshine.." Ucap Andra gugup. Tetapi dia tetap senyum.

"AHHH!!" Jeritan Aeysha yang begitu kuat, membuatkan Hajah Husnah panik dari dapur. "Awak buat apa hah?! Mesti awak dah apa-apakan saya kan?!" Aeysha menjauh dari Andra dan check seluruh tubuh badannya.

"Cari apa? kissmark? Apa awak ni. Kalau saya buat pun tak salahkan? Kitakan dah sah suami isteri." Ucap Andra sambil tersengeh-sengeh.

"Andra Zafran!"

"Sudahlah sayang, saya nak mandi. Kena gerak awal pagi ni. Awak nak ikut sekali tak?" Tanya Andra.

"Pergi mana?"

"Mandi sama-sama." Kemudian Aeysha langsung mencampakkan bantal kepada Andra sebanyak yang mungkin. Andra berlari cepat masuk ke dalam tandas sambil tertawa kecil.

"Baru semalam nikah. Harini dah sibuk nak ajak mandi sama-sama! Sah! Tentera semua red flag." Ngomel Aeysha.

...

Setelah bersarapan, masing-masing berangkat untuk pergi ke pejabat. Sebelum itu, Andra menarik tangan Aeysha kemudian dia mengecup bibir dan dahi Aeysha. "Sayang pergi kerja dulu. Take care." Ucap Andra sambil tersenyum.

Dia bergegas lari masuk ke dalam keretanya. Aeysha sentak terkejut melihat kelakuan Andra sekian tadi. "Dia.. betul-betul ikhlas..?"

Sesampai saja di ibu pejabat, suasana serta-merta berubah. Andra, yang biasanya tenang dan ramah, kini menunjukkan sisi yang lebih tegas dan berdisiplin. Wajahnya fokus, langkahnya mantap. Tak ada ruang untuk kesilapan, lebih-lebih lagi bila dia tahu hari ini bukan hari biasa. Panglima GGK mahu bertemu dengannya secara peribadi, sesuatu yang tak pernah terlintas di fikirannya sebelum ini.

Saat Andra melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat, suasana sunyi. Panglima GGK sudah pun menunggunya di sana, duduk dengan penuh kewibawaan. Mata Panglima tertumpu tepat pada Andra, menilai setiap langkah dan gerak-geri anggota mudanya itu. Andra memberi tabik hormat, tubuhnya tegak, jelas sekali dia menghormati lelaki di hadapannya ini.

"Terima kasih kerana hadir, Leftenan Andra," Panglima memulakan perbualan, suaranya tenang tapi penuh kuasa.

"Saya dengar banyak tentang awak. Bukan saja dari segi kepimpinan dan strategi, tetapi juga dedikasi awak terhadap unit dan negara. Dan saya kagum."

Andra hanya mengangguk hormat, tak mahu terlalu banyak berkata-kata. Dia tahu, bila panglima sebesar Panglima GGK mahu bertemu, pasti ada sesuatu yang penting.

Panglima kemudian menyandarkan badannya ke kerusi, memandang Andra dengan lebih mendalam. "Ada misi khas yang kami sudah rancang. Misi yang tak semua orang layak untuk dipilih, dan selepas meneliti rekod awak, kami yakin awak adalah orang yang paling sesuai."

TOGETHER || SEUNGCHEOLWhere stories live. Discover now