Dari jauh Daniea termenung memikirkan kejadian tadi.
.
.
.5 tahun yang lepas...
"Abang." Daniea berjalan menghampiri Andra yang sedang memakai kasut. "Ye Daniea. Kenapa ni?" Tanya Andra.
"Abang, tengoklah ni! Daniea lulus abang!!" Daniea menunjukkan kertas tersebut pada Andra. "Wow, Daniea dapat sambung belajar dekat luar negara?! Mesti Ummi Abah gembirakan?" Ujar Andra.
"Abang.. sebenarnya ada perkara penting yang Daniea nak cakap ni." Keadaan menjadi lebih serius. Andra menyiapkan peralatan kebunnya serta memakai topi. "Kenapa ni? Macam serius je."
"Sebenarnya bang, Daniea dah lama sukakan abang.." Jelas Daniea.
"Daniea, abang tak tahu nak cakap apa.. tapi Daniea baru je habis SPM. Abang ni dah 25 tahun. Daniea patut fikirkan masa depan Daniea. Fokus pada subjek utama." Ujar Andra.
"Tapi." Langkah Andra terhenti saat Daniea melanjutkan ayatnya. "Abang boleh tunggu Daniea kan?" Andra masih terdiam. Dia tak tahu bagaimana caranya untuk dia menjelaskan.
"Abang, tak tahu nak cakap apa. Abang anggap Daniea ni macam adik abang sendiri. Kalau ada jodoh, mungkin kita akan bertemu lagi suatu hari nanti." Jelas Andra.
"Abang tunggu Daniea okay?"
"Baiklah. Abang tunggu."
.
.
.Tetapi semuanya berubah. Hampir 5 tahun Daniea berada di Qatar kini pulang ke tanah air. Siapa sangka dia akan bertemu semula dengan orang yang dia sayang sekarang sudah menjadi suami orang.
"Mana janji abang.."
"Kenapa abang buat Daniea macam ni.." Setitik demi setitik air mata Daniea mengalir. Sedangkan Andra membantu ibunya didapur. "Andra ada nampak Daniea tak?" Tanya Khadijah.
"Tadi dia datang jumpa Aeysha lepas tu entahlah pergi mana." Jawab Andra.
"Haih, ibu suruh dia pergi kedai ajak Aeysha teman sekali. Tapi ibu tengok Aeysha elok je ada tengah layan Hayder dekat depan. Takkan Daniea pergi sendiri kot?" Kata Khadijah.
"Dia dah besarkan bu. Takkan tak boleh pergi sendiri?" Ujar Andra sambil membersih-bersihkan ayam. "Kamu lupa ke? Pasal kes Daniea hilang sebelum dia bertolak ke Qatar dulu?" Andra terdiam sejenak.
.
.
."Daniea tolong hantarkan bekal makanan ni pada Andra. Dia tertinggal lagi." Ujar Khadijah. Dengan senang hati Daniea mengambilnya. Dalam perjalanan Daniea menuju ke kebun, secara tiba-tiba datang sekumpulan lelaki membawa Daniea ke dalam hutan.
"Tolong!! Tolong!!?!" Dia menjerit meminta tolong orang kampung. Disebabkan hutan itu tebal. Tiada sesiapa yang akan dengar suaranya. Satu hari Daniea hilang. Andra bergegas mencari gadis tersebut.
Andra terjumpa bekalannya diatas jalan yang bersebelahan hutan tebal. "Sial." Andra bergegas berlari masuk ke dalam hutan tersebut. Disebuah pondok, Daniea pengsan terbaring. Dengan pakaiannya sudah pun ditanggalkan.
"Bangsat." Andra menyerang sekumpulan lelaki tersebut. "Sial kau Malik!!" Sehingga cedera parah Andra buat mereka. Mereka keluar lari litang-pukang. Sedangkan Andra.
membuka baju kemejanya dan menutup tubuh Daniea. Kemudian Andra mendukung Daniea keluar daripada tempat tersebut. Setelah kejadian itu, Daniea terus ke Qatas tanpa berjumpa dengan Andra.
Di Qatar ada mak saudaranya yang menjaganya. Cukup ketat, saat pergi akan ada driver menghantarnya. Dan pulang pun driver datang. Di dalam kawasan kolej juga tidak terlalu merbahaya. Kerana ada sepupunya yang menjaganya.
YOU ARE READING
TOGETHER || SEUNGCHEOL
Fanfiction"Mungkin jodoh kita sampai sini saja." "Saya percaya Zarith adalah yang terbaik walaupun dia adalah yang paling teruk." "Janji kita sampai disini saja." Betul kata orang, seorang itu lebih baik. Kadang kala pilihan sendiri yang memusnahkan impian k...