BANGUN sahaja lepas tidur yang nyenyak, aku terus bersiap untuk bergerak ke gerai akak Nur yang tak jauh dari rumah aku.
Baru sahaja menuruni tangga, aku terus disambut dengan ibu dengan ayah yang sedang bersarapan. Tapi.. Mana Maya?
Aku terus berjalan ke arah meja makan dengan senyuman yang memang ikhlas kali ini.
"Selamat pagi ibu, ayah.. " aku ucap sambil tersenyum.
"Mana Maya? Bukan ke selalunya dia yang paling awal bangun? "
Aku terus tanya, mestilah. Pelik kalau si Maya ni tak ada di meja makan waktu pagi. Sebab dia lah yang paling bising pagi-pagi ni.
"Ibu pun tak tahu lah, Lia.. Dia balik lambat sangat malam tadi.. Pukul 2 pagi ibu dengar pintu rumah ada orang buka.. Siapa lagi kalau bukan dia. "
Dahi aku terus berkerut, pukul 2 pagi? Dia buat apa sampai balik lambat? Pelik, sebab Maya yang aku kenal tak macam tu pun.
"Biar lah dia, ayah dah tegur jangan keluar malam. Dia tu anak dara! Kalau apa-apa jadi ayah yang bertanggungjawab. Tapi semakin lama semakin menjadi-jadi. "
Ayah dah mula bersuara, seram bila ayah dah mula marah ni. Boleh start perang dunia yang ketiga nanti.
Tapi apa yang ayah cakap tu betul, Maya memang selalu keluar malam. Tapi tak ada lah lambat sangat, mungkin dia keluar pukul 10 hingga 12,tapi kali ni pukul 10 hingga 2.
Tak ke pelik tu? Harap-harap dia tak buat benda yang tak patut lah. Aku mengangguk sebelum melihat ke arah jam dinding.
Dah pukul 8.30 pagi, terbuka luas mata aku dibuatnya. Tadi aku tengok jam baru pukul 8.00 pagi, cepatnya waktu berlalu.
"Lia dah kena pergi ni Ibu, ayah.. Nak keluar dengan kawan. "
Aku senyum sebelum memeluk mereka untuk kali terakhir
"Hati-hati dekat luar sana.. " ingat ibu dengan suara dia yang cukup lemah lembut itu.
Boleh cair bila didengar, aku senyum sekali lagi dan mengangguk sebelum berjalan keluar. Aku terus mengambil payung yang ada di depan rumah sebelum berjalan ke gerai akak Nur yang tidak jauh sangat dan tak ada lah dekat sangat.
Kenapa jalan kaki? Sebab aku ni tak pandai nak bawak kereta, apatah lagi bawak motor. Nanti tak pasal-pasal masuk longkang.
Jangan tanya kenapa aku tak pandai bawak motor dengan kereta pulak. Aku memang tak berminat nak bawak kereta dengan motor. Sebab tu aku nak cari lelaki yang pandai bawak kereta dengan motor, lepas kahwin aku tak perlulah risau macam mana nak pergi ke kampus atau tempat kerja. Sebab ada orang yang bawa aku.
SAMPAI sahaja di gerai akak Nur, aku boleh terus nampak susuk tubuh Hazim dengan Hani yang mungkin dah lama tunggu aku ataupun baru sahaja sampai. Aku terus berlari ke arah mereka berdua.
"Dah lama tunggu ke? Ke baru sampai? " aku senyum sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Hani.
"Tak ada lah, kita orang baru sampai. " jawab Hazim.
Alang-alang dah jumpa ni, terus semua benda yang terjadi kita orang cerita. Tentang kelas yang baru dan lain lain lagi.
Bila dah rasa lapar, kami terus pesan makanan. Aku cuma pesan nasi goreng kampung dengan air sirap sejuk. Sampai sahaja makanan, aku terus melahap makanan yang di depan mata aku tu.
Lepas sahaja habis, apa lagi? Sambung bergossip lah!
"Kau dengan Sharul macam mana? Dia ada buat apa-apa dekat kau? " tanya Hazim.
"Aku ok je dengan dia, dah kenapa kau tanya? " tanya aku balik.
Sharul tu siapa? Sharul tu kekasih aku, ya. Kami berdua suka sama suka tetapi tidak bercouple ya.. Tapi aku suka sangat panggil dia sebagai kekasih aku.
Maklumlah, sudah tiga tahun kami saling menyukai. Dia sekarang ni bekerja sebagai security di Hospital Kuala Lumpur.
Kami dah jarang berjumpa sejak dia mula bekerja dan aku muka sibuk dengan assignment. Tapi siapa kesah?
"Tak adalah.. Risau aje.. Kau jangan percaya sangat dekat jantan macam dia tu.. " pesan Hazim.
Aku cuma menjeling ke dia.
"Apa yang kau merepek ni? Dia tu baik, aku dah lama kenal dia.. Jangan nak memandai eh kau.. " jawab aku, memang tak puas hati betul.
"Betul jugak apa yang Hazim kata tu, Lia. Tak kesah lah berapa lama korang kenal, kalau dah jahat, jahat lah dia. " pesan Hani pulak.
Aku cuma menggelengkan kepala. Apa yang dia orang risau sangat ni? Sharul ni serigala jadian ke apa?.
"Ha yalah.. Korang memang selalu betul. " jawab aku dengan penuh sinis sebelum mengangkat punggung dari kerusi dan berjalan ke tempat pembayaran untuk bayar pesanan kami.
Alang-alang ada duit ni, apa salahnya belanja dia orang berdua kan? Lagi pun bukannya mahal sangat. Baru saja berjalan ke tempat pembayaran, ada pulak mamat yang potong barisan.
Ish! Geram betul orang yang jenis potong barisan ni, tak boleh tunggu ke?
Aku berdehem dan menyilang lengan aku ke dada dan menjeling tajam ke mamat depan aku. Dia terus memusingkan badannya yang cukup tinggi dan besar dari aku.
Kalau ditengok, tinggi aku ni cuma 153cm mungkin dia 180cm ataupun lebih. Aku terus mengangkat kepala untuk melihat muka dia.
Uish! Boleh tahan kacak dia ni! Tapi siapa kesah? Dia dah potong barisan aku, aku tak akan duduk diam.
"Encik ni, memang tak pandai berbaris ke? Sepatutnya encik dekat belakang, bukan depan saya. " aku tegur, dengan nada yang kesal.
Dia berdiam diri sambil menatap muka aku dengan sangat teliti.
Dah kenapa dia ni? Muka aku ni ada apa-apa ke? Mana lah tahu ada nasi dekat pipi ke.
"Tak akan lah sebab barisan pun nak cari gaduh? Tak matang langsung. " jawab lelaki itu dengan sangat sinis.
Geram! Rasa nak terpanjang aje dia sampai dekat planet pluto!
"Eh eh! Tak matang encik kata? Siapa yang tak matang sekarang ni? Dahlah potong barisan! " ujar aku, semakin lama semakin geram.
Dia terus menerus menatap aku, merah terus telinga aku dibuatnya. Siapa aje tak malu? Dahlah muka kacak, tinggi, hidung yang mancung, rambut kemas, pakaian kemas dan bau minyak wangi dia...
Apa yang aku merepek pulak ni? Rasa nak tampar diri sendiri pulak! Aku ada Sharul. I need to stay loyal to him.
"Pelik, aku tak pernah nampak Cina pakai tudung.. Kau ni mualaf ke?. " tanya mamat tu.
Terbuka luas mata aku, apa dia cakap!?
...
YOU ARE READING
DR. IS
RomanceMempunyai kembar bukannya senang, muka yang hampir sama membuat semua orang susah untuk membezakan mereka. Tetapi disebabkan perangai yang berbeza, senang untuk bezakan mereka. Lahir dengan kembar bukan pilihan Dahlia, kalau boleh dipilih dia tak ma...