Bab 11

75 7 1
                                    

"AKU terima nikahnya Nur Dahlia Atasha Binti Abdullah dengan mas kahwinnya RM 300 000 tunai.. " suara Iskandar kedengaran sangat percaya diri.

Apabila semua jawab 'sah', sudah dah lah aku menjadi isteri Iskandar. Rasa sangat pelik, tak pasti mahu rasakan apa sekarang ini.

Ibu yang di sebelahku senyum sambil memegang tanganku dengan erat.. Iskandar bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah aku untuk waktu menyarung cincin.

Ibu memberi ruang untuk kami berdua, hati rasa mahu meletup aje. Aku tak pernah dekat dengan lelaki seperti ini. Kaki kami saling bersentuhan.

"My wife.. "

Iskandar berbisik kepadaku sebelum menyarung cincin emas yang berkilat itu di jari manis ku. Aku pun lakukan yang sama, menyarung cincin di jarinya.

Dia mendekatkan tubuhnya sebelum mencium dahiku. Merah terus pipi aku yang putih ni. Tak payah pakai blusher pun tak apa! Sebab jelas sangat merah di pipiku.

Semua tetamu terus mengambil gambar kami berdua. Ya Allah, malunya..

Aku terus menundukkan pandangan sebelum mendengar suara Hani memanggil, bila aku angkat kepala. Hani baru sahaja sampai bersama dengan Hazim. Aku senyum kecil. Bila dah habis barulah dua orang tu sampai.. Nasib baik aku tak ada mood untuk marah-marah hari ini.

"Dahlia.. " kedengaran suara Iskandar dari sebelah telinga kananku.

"Hm? Ya kenapa doktor?.. " soalku.

Iskandar senyum dan tergelak kecil. Suka sangat gelakkan aku dia ni. Lagi-lagi masa memilih baju untuk akad nikah ini dah majlis lepas ini. Tak habis dia gelakkan aku.

"Kenapa panggil saya doktor? Kenapa tak panggil sayang? Abang? " dia memang tak bergurau.

"Err.. Doktor nak saya panggil apa? Abang? " soalku kembali sebelum membetulkan posisi duduk.

Iskandar mengangguk sebelum mengambil tanganku dan mengucup tangan aku dengan lembut. Tanpa aku sedar senyum terukir di muka aku.

"Aku sayangkan kau, Dahlia.. Jangan lupa kata-kata aku ni.. " dia berbisik dengan muka yang agak serius..


BISING suasana di dalam majlis perkahwinan aku dan Iskandar itu. Tetamu berborak, bernyanyi dengan pasangan dan menjamu selera.. Bahagia rasanya, tetapi yang membuat otak aku serabut ialah.. Maya dan Sharul datang di majlis perkahwinan kami.

Aku cuma undang Maya, tapi dia membawa Sharul dengannya. Tak serik lagi ke mereka berdua ni?

Aku menjeling ke arah Maya dan Sharul sebelum Iskandar mengdehem. Aku terus toleh ke arah dia.

"Ya? " soalku ringkas.

"Ignore them.. They not important now. " ujar Iskandar dengan nada yang serius.

Aku menghela nafas dan mengangguk. Tak mahu berlawan tekak dengannya waktu seperti ini. Nanti boleh merosakkan majlis.

Aku terus melihat sekeliling kembali. Hani dan Hazim sedang makan bersama-sama. Dua orang tu nampak sangat serasi. Ada apa-apa ke? Mana lah tahu tak silap bukan dia orang pula yang kahwin kan?. Haha.

Rasa lain daripada lain suasana hari ini. Mungkin aku sudah digelar isteri orang?

"Tak lapar ke, sayang? " soal Iskandar secara tiba-tiba.

Aku terus memusingkan badan ke arah Iskandar yang sedang mengangkat kening dan terdapat satu cawan air sirap yang sepotong buah tembikai di tangannya.

Mana dia dapat ni?

"Lapar, kenapa? Awak nak suapkan saya ke? " aku bergurau dengannya.

Iskandar tak membuang masa dan terus membawa tembikai itu di bibirku. Aku senyum sedikit and menggigit hujung tembikai. Manis!

"Manis tembikai ni.. " ujarku.

"Abang rasa, isteri abang yang manis sekarang ni. " bisik Iskandar.

Merah mukaku dibuatnya. Eh eh dia ni.. Pandai ya buat aku malu?

"Ish.. Awak ni! " aku menepuk lengan Iskandar.

Dia cuma tergelak kecil sebelum kedengaran suara Ibu memanggil. Kami menoleh bersama-sama ke arah Ibu yang memberi arahan untuk kami pula yang menjamu selera. Perutku terus berbunyi, macam setahun tak makan!

Iskandar terus mengambil tanganku dan berjalan ke arah meja makan untuk kami. Banyak makanan yang sedap-sedap!

Semua masalah hilang begitu saja, yang penting adalah makanan sekarang ni!


"BERSERI-SERI muka kau aku tengok, macam mana? Iskandar baik dengan kau kan? "

Pagi-pagi ini aku harus layan si Hani, banyak soalan yang dia lontarkan kepada aku. Pening kepala dibuatnya.

"Ya.. Ni kali ke sepuluh kau tanya aku tahu tak? " aku menggeleng kepala dan menghembus nafas, penat.

Hani sengih sebelum mendekatkan tubuhnya dan berbisik.

"Nak tahu tak? " soalnya membuat aku terus nak tahu.

Aku terus mengangguk. Ada gossip baru ke?

"Aku rasa.. Aku suka kan Hazim lah. " ayat dia terus membuat aku senyum lebar. Dah agak dah! Dari awal lagi aku sudah perasan! Tak lama lagi ada juga yang kahwin kan?

"Ha! Bagus lah tu, aku pun rasa Hazim dah jatuh cinta dengan kau. Tunggu apa lagi? Suruh lah dia masuk meminang kau nanti. " aku gurau sebelum tergelak kecil kerana betapa merahnya muka Hani.

Hani terus menjeling ke arahku. Malu dan marah di mukanya. Marah-marah pun suka juga kan? Haha.

Baru sahaja nak membuka mulut untuk mengusik Hani ada tangan memegang kedua bahuku. Tak perlu teka pun aku sudah tahu itu Iskandar.

"Jom balik. " suara garau nya tepat di sebelah telinga kananku. Rasa pelik aje.

Aku terus memusingkan badan untuk melihat ke arah dia, muka kacak itu aku tatap. Terdapat senyum di muka dia, kenapa happy sangat ni?

"Awal lagi, lagi pun saya nak keluar dengan Hani lepas ni. " ujarku.

Iskandar menggelengkan kepalanya. Sebelum mengambil tanganku.

"Tak boleh. Abang nak bawak awak ke suatu tempat.. " bisiknya.

Aku mengangkat kening, dia nak bawak aku kemana? Pergi jalan-jalan kut?

Hani memandang ke arah kami berdua sebelum tatap ke arah aku. Matanya seperti berkata 'sampai hati kau Lia'.

"Esok-esok lah ya, Hani? Aku kena ikut suami aku ni. Tak mahu jadi isteri deharka pulak. " ujarku.

Aku sengih sebelum mengikut Iskandar keluar dari kantin kampus.

DR. ISWhere stories live. Discover now