SETELAH enam minggu di hospital, akhirnya dapat juga keluar. Dapat juga lari daripada doktor Iskandar itu. Lega rasanya!. Haha.
Aku terus meletak baju-baju aku yang bersepah-sepah di atas katil hospital ke dalam bag. Pintu bilik dibuka, tentulah dia yang masuk. Doktor Iskandar, aku terus mengeluh dan menganggap dia tiada di situ.
"Happy ya? " tanya Iskandar sebelum berjalan ke arah aku.
Tapi aku tidak menjawab sebelum bangun dan mengangkat bag yang sudah aku kemas.
Dia cuma senyum sebelum mengambil bag itu dari genggaman aku. Aku terus mengangkat kening, dah kenapa dia ni? Acah-acah gentleman pulak?
Ni mesti cuba pikat aku kan?. Apa yang aku merepek pulak ni? Ya Allah. Semakin lama semakin tak betul akal ni, lepas daripada jatuh tangga.
"Biar saya tolong awak, awak tu masih dalam pemulihan. Jangan buat kerja banyak sangat. " tegur Iskandar sebelum berjalan keluar.
Aku tatap ke arah dia sebelum mengikuti dia dari belakang. Pekerja di hospital itu terus melihat ke arah aku dengan muka yang terkejut, tak percaya dengan mulut yang ternganga.
Dah kenapa semua orang ni? Dah macam nampak hantu pulak. Aku ni manusia, bukannya hantu pun!
Aku terus mengikut Iskandar dari belakang sebelum masuk ke dalam lift. Cuma kami berdua di dalam lift tu. Agak tegang dan awkward juga suasana dalam tu.
"Umur Encik berapa?.. " soal aku secara tiba-tiba.
Iskandar terus menoleh pandangannya ke arah aku dengan muka dia yang serius.
"28 tahun. Why are you asking? " soal Iskandar balik kepada aku.
Aku cuma menjongket kan bahu, saja je mahu tahu. Umur aku dengan dia memang sangat berbeza. Jarak umur kami hampir 5 tahun bezanya.
Tapi bagi aku okey aje, tak ada lah teruk sangat macam cerita yang aku baca dekat sosial media. Suami berumur 50, isteri pulak 23. Tak ke pelik tu?
"Just curious.. Tapi awak nampak muda lagi kut. " ujar aku sambil mendongak kepala untuk melihat muka dia yang kacak itu.
"Genetik, mungkin. "
Jawab Iskandar sangat ringkas.
Ting!!
Bunyi lift, petanda yang kami sudah tiba di tempat parking kereta. Pintu lift terus terbuka, tanpa fikir panjang aku terus berjalan keluar.
Boleh terus nampak kereta ayah yang sedang menunggu aku di tempat parking kereta berdekatan. Aku senyum dan terus berlari ke arah ayah.
"Ya Allah, jangan berlari! " tegur Iskandar.
Aku tidak perdulikan langsung dan terus memeluk ayah. Ayah cuma menggelengkan kepala sambil mengusap kepala aku.
Iskandar terus berhenti di depan kami sambil mengambil nafas, penat dia kejar aku. Haha.
"Lia rindukan ayah, kenapa ayah tak datang sini untuk jumpa Lia? Mana ibu? "
Banyak soalan yang aku lontarkan ke ayah. Ayah terus terdiam sebelum menghela nafas.
Apa yang jadi waktu aku di hospital? Ada apa-apa ke? Rasa tidak sedap hati pula... Tolonglah jangan jadi apa-apa dekat ibu.
"Lepas saja kamu keluar dengan kawan-kawan kamu tu, ayah dengan ibu terus pergi bilik Maya untuk tengok dia. Rasa pelik juga kenapa dia tak bangun lagi. " ayah berhenti sejenak sebelum mengambil nafas lagi.
"Buka aje pintu, terus mengucap ibu dengan ayah.. Sebab nampak Maya dengan lelaki dalam satu bilik, satu katil.. Cuma tertutup dengan selimut sahaja.. Ibu kamu terus menangis dan pengsan.. " cerita ayah.
YOU ARE READING
DR. IS
RomanceMempunyai kembar bukannya senang, muka yang hampir sama membuat semua orang susah untuk membezakan mereka. Tetapi disebabkan perangai yang berbeza, senang untuk bezakan mereka. Lahir dengan kembar bukan pilihan Dahlia, kalau boleh dipilih dia tak ma...