BAB 5

89 6 0
                                    

SETELAH hari yang aku dapat tahu tentang Maya. Aku tidak langsung bercakap dengan Maya kerana sibuk menjaga Ibu.

Ayah kan bekerja, siapa lagi yang mahu menjaga Ibu kalau bukan aku kan? Nak harapkan Maya memang tak lah dia akan jaga. Ibu sendiri pun tak mahu jumpa Maya.

Sedih dan kecewa. Harap-harap Maya akan sedar kesilapan dia dan meminta maaf dekat ibu dengan ayah.

Aku senyum sambil menyuap ibu bubur yang tidak panas dan tidak terlalu sejuk itu. Bahagia sangat tengok Ibu dah mula ada selera makan.

"Mesti sedapkan bubur yang Lia buat, ibu? Banyak dah ni ibu makan. " gurau aku sebelum tergelak kecil.

Ibu hanya senyum.

"Sedap sangat.. Lagi-lagi anak ibu sendiri yang suapkan ibu.. " ujar ibu dengan senyuman yang sangat lembut.

Aku senyum sebelum terdengar bunyi telefon bimbit berbunyi. Terus mencapai telefon bimbit di atas laci sebelah katil ibu sebelum mengangkat telefon itu.

"Ya saya, saya anak kepada Encik Abdullah.. Kenapa ya?.. " tanya aku, muka muka gelisah.

Kenapa tiba-tiba sahaja hospital menelefon? Aku mula rasa risau, ada apa-apa jadi dekat ayah? Ya Allah, tolonglah jangan jadi apa-apa.. Sudah banyak yang terjadi sekarang..

...

Terus terjatuh telefon bimbit yang aku pegang selepas mendengar ayat mereka.  Ayah terlibat dalam kemalangan jalan raya.. Dan mereka tidak dapat menyelamatkan dia.

Rasa hati ni terkoyak rabak, sedih. Air mata terus mengalir ke pipi dengan deras. Ibu yang di sebelahku pun terus sebak.. Menangis.

Aku tidak menyalahkan sesiapa. Tapi kenapa Ayah yang pergi dulu? Sedih sangat.

"Ibu.. " sebut ku dengan perlahan sebelum mengelap air mata di pipi ibu dengan lembut.

"Jangan sedih-sedih, Lia dekat sini.. " tegur aku dengan lembut walaupun dirisendiri nak menangis sekuat-kuatnya.

KEESOKAN harinya, hari kebumian ayah. Aku berdiri di depan kubur ayah. Tertulis di situ nama ayah.

                Abdullah Bin Samad
                        1972 - 202?

Aku memegang erat tangan aku sendiri yang bergetar. Menahan diri daripada menangis. Maya cuma berdiri di sebelah aku dengan tatapan kosong ke kubur ayah. Aku cuma menggunakan jubah hitam dan tudung shawl yang menutup dada dan rambut di kepala.

Tiada mood dan masa untuk bergaya, asalkan dapat menutup aurat dengan sempurna.

Sebelum pergi, aku cium batu nisan ayah yang masih baharu itu. Setitik air mata gugur. Sedih sangat..

"Lia pergi dulu ya Ayah? Assalamualaikum.. "

Dengan itu aku terus berjalan keluar daripada kawasan kubur. Tetapi waktu itulah aku berlanggar dengan seseorang..

Aku menjerit kecil dan hampir jatuh tetapi nasib baik seseorang itu memegang tangan aku. Terbuka luas mata aku, tanpa fikir panjang aku terus menarik kembali tanganku.

"Maafkan saya.. " ujar aku sebelum memandang ke orang di depan aku itu.

Iskandar!? Terbuka luas mata aku. Selepas satu bulan tidak jumpa dia, sekarang aku berjumpa dia kembali? Apa lah nasibku.

"Mata awak merah dan bengkak. Kenapa ni? " tanya dia.

Aku menarik nafas dalam sebelum menghembus. Aku tahu dia nampak aku baru keluar dari kubur kan?

DR. ISWhere stories live. Discover now