BAB 3

94 13 0
                                    

"APA encik cakap? Saya memang sudah Islam sejak dari lahir lagi! " marah aku.

Ni kalau bagi penumbuk, sedap ni!.

"Oh? I'm sorry then, my fault. " ujar lelaki itu.

Aku cuma menjeling tajam ke dia, nasib baik dia mintak maaf. Kalau tak, dah lama aku teranjang sampai ke planet pluto. Aku cuma mengangguk tanda terima maaf dia itu.

Akak Nur, yang sedang menjaga tempat pembayaran terus berdehem sambil menatap ke arah kami berdua.

"Dah habis bergaduh sebab barisan ke? Panjang dah barisan ni, akak rasa. " kata akak Nur sambil menggelengkan kepala.

Aku cuma tersengih. Tiba-tiba saja muncul rasa malu. Lelaki yang di depan aku terus menoleh ke hadapan dan membayar pesanan dia sebelum berjalan keluar.

Biar lah dia, aku dah malas nak bergaduh dah. Tak fikir panjang aku pun terus bayar apa yang aku, Hani dan Hazim pesan.

TAK cukup makan bersama-sama, kami berdua terus pergi ke tempat beli-belah yang terdekat. Untuk apa? Untuk berbelanja lah.

Kalau bab berbelanja ni, aku undur ke belakang, Hani pulak ke hadapan. Aku tak suka sangat berbelanja, yang aku beli cuma novel dan baju baharu. Itu pun tak terlalu banyak.

"Banyak betul kau beli. " ujar aku sambil melihat ke semua bag belanja Hani yang Hazim tengah bawa.

Hani cuma senyum dan menjongket kan bahunya.

"Barang-barang tu semua comel-comel.. Tak boleh lah kalau tak beli! Nanti aku boleh letak dalam bilik aku, biar lebih comel. " jawab Hani sambil member senyum polos dia itu.

Tak pelik lah kalau Hani ni suka benda yang comel, walaupun tak sepadan dengan perangai dia.

Aku menggelengkan kepala sebelum sambung berjalan dan diikuti Hazim dengan Hani dari belakang. Baru sahaja dan sampai ke tangga.

Paakk!!

Aku terus jatuh dari tangga disebabkan apa? Disebabkan aku terpijak kain yang aku gunakan sendiri. Terus tidak sedarkan diri lepas jatuh, tapi aku masih boleh dengar suara Hazim dan Hani yang mesti tengah panik itu.

"Ya Allah! Lia! " jerit Hani sambil turun tangga dengan cepat untuk ke sisi aku.

"Ya Allah! " jerit Hazim lepas Hani dan terus ikut Hani.

"Cepat-cepat! Telefon ambulans! " jerit Hani lagi sekali.

Hazim terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar gm dan menghubungi 999.


ESOKNYA, aku terus bangun dari pengsan yang cukup lama itu. Berdenyut-denyut rasa kepala aku ni, rasa macam dah nak meletup.

Aku terus melihat sekeliling sebelum menarik selimut putih itu dari kaki. Terbuka luas mata aku, dah berbalut kaki aku? Terseliuh ke apa ni?

"Dah bangun dah? "

Tiba-tiba suara garau muncul dari arah pintu masuk bilik hospital aku. Aku terus menoleh ke arah pintu.

Terbuka luas lebih lagi mata aku dibuatnya. Mamat semalam!?

Dia terus berjalan ke arah katil yang aku sedang duduk sebelum mengeluarkan buku catatan dia.

"Masih sakit? Kaki? Kepala? " tanya dia lagi.

Tapi aku tak jawab, aku terus menatap ke nametag yang dia sedang gunakan. Tertulis dekat situ nama dia Iskandar.

"Iskandar... " Tiba-tiba sahaja keluar nama dia dari mulut aku.

Terus aku tampar pipi aku sendiri, Apa yang kau buat ni Dahlia!? Malu betul!

DR. ISWhere stories live. Discover now