"NAK pergi mana dulu? "
Tanya Sharul sambil berjalan di hadapan aku dan Ibu. Aku mengenggam tangan ibu sambil melihat sekeliling.
Dah lama tak pergi ke pusat beli-belah ni. Sejuk aje dalam ni, beza dengan kawasan luar.
"Saya rasa nak cari baju baru lah.. Untuk pakai pergi ke kampus. " ujarku.
Sharul mengangguk tanda setuju dengan pilihan aku. Kami bertiga terus melangkah ke arah kedai baju itu. Tempat paling aku suka!
Masuk sahaja di dalam kedai, aku terus melihat sekeliling. Manakala ibu pergi ke section baju jubah.
Hampir 20 minit juga kami di situ.. Lepas sahaja bayar, aku keluar dari kedai dengan ibu. Tetapi Sharul tiada di depan kedai.
Mana dia ni? Dia tinggalkan aku sebab lama sangat ke?. Aku terus melihat sekeliling. Mana tahu dia sedang duduk kan? Sebab penat menunggu.
Tapi tiada juga.. Dahi aku terus berkerut sebelum sambung berjalan mencari Sharul. Selama 1 jam mencari tiada juga. Aku terus menghela nafas pasrah.
Sedih, kecewa dan marah semua di dalam hati sekarang ni. Kenapa dia tak bagi tahu aku dulu sebelum balik?
"Lia.. Kenapa ni? Mana Sharul? " soal ibu.
Aku terus menoleh ke muka ibu dan memasang senyuman.
"Tak ada apa-apa lah ibu.. Sharul dia dah balik tu.. Mungkin ada urusan keluarga ke. " jawabku untuk menyedapkan hati ibu dengan diri sendiri.
Aku senyum lagi sekali sebelum menoleh kepala ke arah lain. Macam mana nak balik ni?
Sharul.. Kalau aku jumpa dia ni, memang penampar aku bagi!
Baru sahaja mahu sambung berjalan untuk keluar dari pusat beli-belah itu aku terus nampak Hazim yang sedang berjalan menuju ke arah kami. Rasa lega hati.
"Lia. Biar aku hantar kau dengan Ibu kau balik. " ujar Hazim dengan spontan sebelum membawa aku dan Ibu ke arah parking kereta.
Tiba-tiba aje dia muncul kan? Tapi siapa kesah? Asalkan ada juga yang mahu menolong kami ni.
SAMPAI sahaja di rumah, aku terus membawa Ibu ke dalam bilik untuk dia berehat.
Hari lahir aku tahun ni? Hari lahir yang paling menyakitkan hati sedikit.. Tapi tak apa lah, asalkan ada ibu di sisi aku.
Aku terus berjalan ke luar rumah, Hazim sedang berdiri di sebelah keretanya dengan muka yang sangat-sangat.. Serius? Marah?
Seram pula bila di tenung lama-lama.
"Kenapa ni, Hazim? Apasai serius sangat muka kau ni? " soalku.
"Tak, tadi aku nampak.. " Hazim terus terdiam sejenak.
"Aku nampak Sharul dengan.. Maya berborak.. Berduaan.. Kau tak pelik ke? " Hazim terus menatap ke mukaku.
Aku terus terdiam. Maya? Dengan Sharul?.
"Kau jangan tipu aku Hazim. Jangan cakap dua orang tu keluar dari mall tu sama-sama? " aku tanya dengan nada yang kecewa dan tidak percaya.
Hazim diam dan menghela nafas. Dia tidak menjawab tetapi aku tahu jawapannya.
"Aku dah agak dah! Jantan tu memang tak boleh dipercaya! " suara Hazim semakin lama semakin kuat.
Aku menyilang lengan di dada dan menghela nafas. Tidak ada kata-kata yang aku boleh keluarkan sekarang untuk membela Sharul. Kalau sudah terang menerang dia curang. Dia sanggup tinggalkan aku dan Ibu di mall semata-mata untuk keluar dengan Maya?
"Yang Maya di pun satu! Gatal betul! " ujar Hazim sekali lagi.
Baru aje sebut nama Maya, kereta Maya memasuki pagar rumah. Dia terus keluar dari kereta dan melihat ke arah kami berdua dengan pandangan sombong ia itu.
"Ee.. Kenapa jantan ni dekat sini Lia? Aku dah kata aku tak suka dia datang sini kan? " gedik suara dia!
Hazim mengangkat sebelah kening dan tergelak kecil, jelas betul itu gelak sinisnya.
"Yalah, saja nak tanya kabar... Macam mana? Best tak keluar dengan jantan? Entah-entah pergi hotel kan? " sindir Hazim.
Terbuka luas terus mata Maya, merah muka Maya dibuatnya. Aku tersenyum sedikit sebelum memasang muka serius kembali.
"Sudah lah tu Hazim, kau balik lah dulu. Aku dah penat ni. " ujarku.
Hazim mengangguk sebelum memasuki keretanya dan pergi dari rumah. Maya mendengus kasar sebelum berjalan masuk ke rumah. Tinggal lah aku berseorangan dekat luar rumah itu.
Tidak tahu nak buat apa lagi. Tahun ini banyak benda yang terjadi. Kehilangan ayah, kembar sendiri merampas kekasih aku dan.. Berjumpa dengan Iskandar.
Apa lah nasib aku ni kan?
"AKU dah kata, dia tu tak boleh dipercayai kan? Kau yang degil sangat! " marah Hani.
Aku mengeluh, ayat itu dah banyak kali aku dengar hari ini. Muka Hani memang sangat menyeramkan hari ni lepas aku cerita tentang Sharul dan Maya di mall.
"Ada pulak dia pergi tinggalkan aku dengan Ibu dekat mall tu? Nasib baik Hazim ada. "
"Dia tu memang mintak selipar aku ni dekat muka dia kut!, " Hani marah sekali lagi.
Comel aje bila dia marah. Aku menatap muka Hani dan tiba-tiba tersenyum. Rasa bahagia tiba-tiba saja datang. Masih ada yang risau dan sayangkan aku selain ibu.
"Supaya kau tak sedih lagi, malam ni aku nak belanja kau makan dekat restoran favorite kau. Nak? Lagi pun semalam kan aku busy... So tak sempat nak wish. " ujar Hani.
Senyuman di muka terus lebar. Belanja? Memang aku tak akan tak setuju!
"Boleh aje. " jawabku ringkas.
"Nanti aku ajak Hazim dengan Lucas tau? Bahaya kalau kita perempuan aje. " kata Hana.
Aku mengangguk tanda setuju. Biarlah mereka berdua mengikut, asalkan ada lah jugak yang menjaga kan?
YOU ARE READING
DR. IS
RomanceMempunyai kembar bukannya senang, muka yang hampir sama membuat semua orang susah untuk membezakan mereka. Tetapi disebabkan perangai yang berbeza, senang untuk bezakan mereka. Lahir dengan kembar bukan pilihan Dahlia, kalau boleh dipilih dia tak ma...