BAB 9

62 4 0
                                    

ISKANDAR! Terus terbuka luas mataku. Macam mana dia boleh datang sini? Dah agak dah ni, sah-sah dia stalk aku!

Iskandar terus berjalan ke arah aku dan Maya, tiada langsung rasa takut ke dia ni? Tak pasal-pasal leher aku kena gunting dengan si Maya nanti.

Tapi bila tengok muka dia ni, serius, tidak langsung ada muka takut.

Maya terus mendekatkan gunting itu hingga hujung gunting itu sentuh leherku. Nafas rasa terus berhenti. Gila tak takut? Rasa dah nak pengsan!

"Aku kena panggil ustaz ke? "

Tiba-tiba Iskandar bersuara sambil berjalan perlahan ke arah aku dan Maya.

"Aku rasa kau kena rasuk, Maya. " sambung Iskandar.

"Sanggup ya? Kau buat benda ni dekat kembar kau sendiri? " tegas suara Iskandar sebelum mengenggam lengan Maya dan tangan kirinya terus menarik aku ke belakangnya.

Aku terus bersembunyi di belakang Iskandar, dah macam adik dan abang.

Entahlah, rasa selamat bila bersembunyi di belakang Iskandar ni. Badannya yang besar membuat aku rasa sangat selamat.

Tanpa aku sedar aku sedang menggenggam baju si Iskandar. Tiba-tiba sahaja tangan aku bergerak.

"You're crazy.. Unbelievable. "

Singkat sahaja ayat Iskandar itu, tapi.. Boleh buat si Maya itu terus terdiam sebelum menjatuhkan gunting yang dipegang.


"AKU suruh kau telefon polis ataupun jabatan Agama Islam! Bukannya Iskandar.. Yang pelik nya, mana kau dapat nombor dia? Kau dua orang saling tukar nombor ya? " ujarku.

Hani yang duduk di depanku terus terdiam, seperti sedang memikirkan jawapan yang sesuai.

Kejadian semalam.. Amat mengecewakan, nasib baik aku cepat-cepat ketuk pintu. Diorang tak sempat nak membuat benda haram itu aku sudah ganggu. Padan muka!

Tapi yang aku pelik, macam mana Hani dapat nombor Iskandar? Dua orang tu mesti ada sesuatu kan?

Hani senyum paksa sebelum menghela nafas.

"Aku bagi tahu kau ni, jangan tiba-tiba kau pergi dekat dia jerit-jerit pula, ya? " ujar Hani.

Aku cuma mengangguk, penting sangat ke? Lagipun dia ingat aku ni apa? Aku tak suka sangat nak menjerit kalau tiada sebab yang penting. Aku mengangkat kening, curious..

"So, Iskandar.. Minta nombor aku-" baru sahaja dia mula cakap aku terus memotong katanya.

"Hah! Kantoi! " aku jerit.

Hani terus memberi tatapan amaran kali pertama supaya aku diam dan beri dia waktu untuk bercakap dulu. Aku tersengih sebelum mengangguk lagi sekali.

"Dia minta nombor aku, kita orang tak ada apa-apa.. The reason is.. Dia suruh aku jaga kau dan cerita semua benda yang terjadi dekat kau. Dia suruh aku update tentang kau.. " ujar Hani.

"Dia minta nombor aku ni waktu kau terseliuh masa tu. " sambung Hani.

Dahiku terus berkerut. Tak ada kerja lain ke mamat Iskandar tu? Sibuk sangat hal aku ni kenapa?

"Ha.. Kau jangan bagi tahu dia yang aku bagi tahu ni. " amaran keras daripada Hani.

Aku terdiam sebelum mengangguk. Aku tak janji Hani, sebab aku rasa geram pula dengan Iskandar ni. Aku cuma memasang senyum paksa.

Lepas kelas habis, aku akan terus pergi ke Hospital. Nak aje aku cincang halus daging dia.

APA yang aku katakan tadi, memang betul. Sekarang aku sampai di hospital. Tepat depan pintu bilik Iskandar. Jauh juga perjalan. Banyak juga soalan yang aku tanya kepada nurse di hospital ni.

Selalu salah masuk lorong aku ni, nasib baik masih ada orang baik yang menolong aku ni. Macam budak-budak tersesat di hospital.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum mengetuk pintu bilik yang jelas tertulis nama Iskandar di pintu itu.

"Come in.. " suara garau nya dapat didengari walaupun pintu bilik itu tebal gila.

Aku terus membuka pintu, mulut terus dibuka. Sudah mula membebel aku masuk-masuk bilik dia ini.

"Doktor kenapa eh? " soalku tiba-tiba.

Iskandar mengangkat kepala dari kertas yang ia sedang menanda dan mengangkat kening.

"Apa maksud awak? " soalnya pula.

"Doktor jangan nak acah-acah tak tahu eh.. Encik mintak nombor Hani sebab nak tahu tentang saya eh? " kuat suara aku.

Iskandar terus memberi smirk seksinya itu. Eh eh.. Dia ni.. Aku tengah serius ni!.

"Yes, why? " soalnya lagi sekali.

Aku terus menjeling tajam ke dia.

"Saya tak suka, tahu tak? " semakin kuat suaraku.

Iskandar bagun dari kerusi empuk nya itu dan berjalan ke arah aku.

"Perlahankan suara awak tu, kuat sangat.. " tegur Iskandar.

Aku terus melangkah ke belakang, untuk menjaga jarak antara aku dengan dia. Tak ingin lah aku nak dekat dengan mamat ni!

"Saya nak Doktor stop buat macam tu. Saya sangat-sangat tak suka. " aku bagi amaran kepada dia.

Iskandar menjongket kan bahu sebelum senyum. Boleh pula dia senyum dalam waktu seperti ini ya?

"Alright.. Kalau itu yang awak mintak. Saya akan stop.. Tapi tunggu lah nanti. " dia berbisik sebelum berjalan ke luar dari bilik.

Apa maksud dia tu?.. Jangan kata, dia mahu culik aku pula?

Arggh!! Jangan nak merepek lah kau ni Dahlia! Tak ada maknanya dia nak culik aku ni.

DR. ISWhere stories live. Discover now