• bab 1 •

22 3 0
                                    


Bibir tak lekang dari menarik senyuman apabila melihat beberapa orang budak kecil yang bermain dengan riang sesekali aku ketawa apabila melihat tingkah-laku nakal rakan-rakan nya

Bahagia , ye itu lah yang aku rasakan, tidak ada lagi penderitaan tak ada lagi mulut orang yang membicarakan aku dan tidak ada lagi orang yang menindas aku semua nya berjalan dengan sesuai harapan...harapan untuk merasa bahagia

" Tengok apa anak ibu ni "
Ujur puan Tahlia ' ibu ' ye itu lah panggilan yang puan Tahlia guna kan mula-mula mesti lah aku berasa segan hendak memanggil nya dengan panggilan ibu kerana aku dan puan Tahlia tidak ada hubungan darah walaupun setitik

Tapi jauh dari sudut hati aku gembira.. Gembira kerana mendapat sosok seorang ibu walaupun bukan ibu kandung tetapi aku tetap bahagia

" Tu.. Tengok budak-budak  bermain seronok pula Hana rasa " Ujur Ku sambil mata memang ke arah puan Tahlia.. Meskipun sudah berusia masih dapat dilihat wajah cantik nya
Ayu sahaja

" Ouhh, eh sebelum ibu lupa esok kita pergi pasar ye, ibu nak beli barang basah sikit " Tanpa menunggu lama aku terus menyetujuinya yelah tak kan aku mahu menolak pula betul tak?

Lama aku mendiamkan diri, Tiba-tiba terdetik untuk menanyakan sesuatu

" Ibu.. Hana nak tanya satu soalan boleh? " Ujur ku setelah melihat puan Tahlia menganguk aku mengukir kan senyuman kecil

" Kenapa.. Ibu sanggup bawak Hana masuk dalam keluarga ibu? " soalan itu sudah terlalu lama mengangu fikiran Ku dan aku rasa ini adalah masa yang tepat untuk aku bertanya

"... Hana betul-betul nak tahu? " Soal puan Tahlia, aku diam sejenak namun lama kelamaan kepala turun menganguk menandakan iya

" .. Sebenarnya kalau Hana nak tahu dulu ibu ada seorang anak perempua.. Tapi qada dan qodar allah siapa yang tahu.. Sebaik sahaja arwah umur 4 tahun dia.. Meninggal dunia sebab penyakit..masa tu ibu sedih sangat ibu rasa kehilangan sebab dia sahaja yang ibu ada...

... Tapi setelah bertahun-tahun lamanya akhirnya ibu redo dan ibu berdoa pada Allah agar suatu hari nanti akan ada seseorang yang datang dan mengobati luka dan Rindu ibu pada arwah...

.. Dan Allah makbul kan doa ibu, Allah hadir kan hana untuk ibu walaupun kita tak pernah berjumpa sebelum ni ...Hana tak kira lah siapa pun kamu ibu tak kisah sebab ibu dah anggap kamu sebagai anak ibu..anak ibu yang berharga "

Entah mengapa setelah mendengar luahan air mata yang dari takdi ditahan laju sahaja mengalir keluar tuhan... Jika ini mimpi aku harap aku tidur selama-lamanya dan jangan kejukkan aku dari mimpi ini

" Tapi macam mana kalau Hana kecewakan ibu macam mana kalau Hana malu kan ibu? Ibu percaya pada Hana ke ?dan yang paling penting Kita... Baru je kenal beberapa minggu bu... Hana orang asing yang ibu sendiri tak tahu dari mana tapi Kenapa ibu boleh percaya kan Hana? " Bertubi-tubi aku menanyakan soalan, pelik... Pelik kenapa ibu mahu menerima Ku

Walhal... Keluarga sendiri pun tak sebaik begini pada Ku tapi kenapa.. Kenapa orang asing yang aku tak pernah jumpa sebelum ni dengan tak teragak-agak nak terima aku tanpa sebarang imbalan... Pelik sangat lah pelik untuk aku faham

" Tak.. Ibu percaya yang Hana bukan orang macam tu dan ibu percaya Hana tak akan kecewa kan ibu.. Dan Hana bukan orang asing Hana anak ibu.. Anak yang akan ibu jaga dan yang ibu akan sayang selama-lamanya

Dengan tidak teragak-agak aku memeluk tubuh puan Tahlia dengan seerat-eratny dapat aku rasa puan Tahlia membalas pelukan itu

Aku rindu pelukan hangat ini... Sungguh aku sangat Rindu

" Ibu... Hana pun sayang ibu jadi jangan tinggal kan Hana ye , ibu ye? " Tuhan... Terima kasih atas kebahagiaan ini

" Ye, ibu janji " Ujur puan Tahlia lembut ... Hangatnya pelukan ini tak akan aku lupakan....

     

   " Ibu Hana pergi kerja dulu tau" Badan di rendah kan sedikit mahu menyalam tangan puan Tahlia, tak terasa kini sudah hampir sebulan aku disini dan Semuanya masih sama tidak Ada hal yang tak diingini berlaku semuanya sempurna

" Yelah, hati-hati bawak kereta petang nanti jangan lupa teman kan ibu pergi  rumah kawan sekejap , ye " Ujur puan Tahlia bersama pesan

" Ye ibu , Hana teman kan ibu punya " Kaki melangkah menuju ke arah kereta , sempat aku melambai ke arah puan Tahlia sebelum badan sepenuhnya berada di dalam kereta

  Tak lama kemudian kereta dengan perlahan-lahan keluar dari parkin rumah dan menuju ke arah jalan raya
Radio di pasang sekadar untuk menghilangkan rasa sunyi yang melanda..

" Awal kau sampai " Tegur Dahlia, Dahlia dia adalah seorang guru tadika sama macam aku dia seorang yang ceria dan sangat perhatian tapi kadang kala sedikit menjengkelkan kerana sikap yang suka mengusik dan sikap mulut tak bertapis nya itu

" Saja datang awal sikit hari ni  " Balas Ku sambil mengemas beberapa kertas yang berselerak di atas meja huh kenapa tiba-tiba rasa banyak sangat kertas ni? Aku rasa kemarin tak lah sebanyak ini

" Petang nanti jangan lupa tau teman aku pergi cari barang tunang " Alamak! Lupa lah pula Dahlia suruh teman kan dia cari barang tunang petang ni sudah lah ibu punya suruh teman kan dia juga

" Kau dengar tak ni, jangan kata kau lupa pula siap kau Aku kerjakan
nanti "
Aku mengaru kepala yang tidak terasa gatal hehe, memang aku lupa pun!Sorry Dahlia!

" Eh mana ada aku lupa kau ni tak baik tuduh aku "ujur Ku ,  gila ke nak kata aku lupa memang habis lah aku kene nanti kalau Mak rimau ni marah

" Bukan tuduh tapi fakta, kau tu kan memang cepat sangat lupa maklum lah orang makan nasi kau makan semut itu yang cepat sangat lupa tu! "

  " Ishh dah lah baik kau pergi depan budak-budak dah sampai dah tu "
Halau Ku, Huh penat sungguh melayan mulut murai si Dahlia ni macam mana lah si aryan boleh tahan? 



••••••••••


  

MR NELAYAN ( Og ) Where stories live. Discover now