" Hanaa, Jom lah teman aku pergi lumut! Tak kesian ke dekat aku ni? Kau je harapan aku sekarang " Pujuk Dahlia penuh desakan
" Tak nak lah aku, jauh lah dekat perak Kut dari aku ikut kau baik aku duduk rumah boleh lah jugak aku bertepek dengan mak aku ni tak, kalau aku ikut kau jadi nyamuk Aja lah aku nanti jawabnya " Balas Ku, mata pula tak lepas dari memandang ke arah Airin yang sibuk bermain dengan pasir pantai
" Tak ada maknanya! Tolong lah hanaa, sampai hati kau nak suruh aku pergi sorang-sorang kau teman kan lah aku boleh Ye Hana? " Dahlia cuba memujuk
" Kau tu yang sibuk sangat nak pergi dah kenapa? Macam lah keluarga si Aryan tu tak datang sambut dia balik , lagi pun kau kan berpegang teguh sangat dengan kata-kata orang tua apa orang cakap darah manis? " Soal Ku pada Dahlia
" Alah kau ni, tolong lah Hana biar pi lah darah manis ke tak ke apa ke, kau teman kan lah aku, tak lama pun 3 hari je " Ujur Dahlia bersama mata yang di kelip kan beberapa kali
Apa? Ingat comel lah tu? Huh ! Kau terima ajalah Hana oit! Kalau kau tolak pun bukannya si Dahlia ni nak berputus asa, tak apa Hana 3 hari je kau kena pergi!
" .... Yelah, yelah aku ikut kau pergi lumut, tapi kau kena belanja coklat bukan 1 bukan 2 tapi kali ni aku nak ermmm 10 ! " Balas Ku setelah lama mempertimbangkan jawapan
" Mak Ai! 10 ? Banyak naw, Ah apa-apa jelah janji kau ikut dengan aku tempat tinggal semua tu kau jangan risau sebab aku dah urusankan semuanya heheh "
Nampak sangat kalau aku tolak takdi Minah ni akan paksa pergi jugak! Kan aku dah cakap! Si Dahlia ni memang jenis suka memaksa!
" Suka hati kau lah, baik aku pergi dekat si Airin dari melayan kau ni buat sakit kepala aku je , dah lah bincang apa-apa last minit kalau nak pergi dekat tak apalah juga ini tak sekali Noh dekat lumut, perak nuh " Ujur Ku dan bangun dari duduk, kaki melangkah menuju ke arah Airin yang masih ralit membina istana pasir
" Oit! Ishhh kau ni tunggu lah aku , Aku pun nak pergi jugak! " Ujur Dahlia pula, dan turut bangun dan mengikut langkah Ku yang menghampiri Airin
" Kau ni! Laju betul jalan " Ucap dahlia apabila sampai di tempat aku dan Airin berada, lah! Dia yang lambat nak salah kan orang pulak!
" Kau yang lambat nak salah kan aku pulak dah kenpa? " Balas Ku apabila si salahkan
" Akak! Istana Airin dah siap! Cantik tak? " Suara Airin yang agak kuat itu serta merta memberhentikan pergaduhan kecil antara aku dan dahlia
Mata aku dan Dahlia tepat memandang istana pasir yang .... Boleh dikatakan tak macam istana? Erra, entah lah dapat aku melihat Dhalia yang cuba menahan tawanya
" Cantik, pandai Airin buat " Puji Ku, sebelah lah tangan Ku pula dengan laju mencuit lengan Dahlia, bukan apa tak memasal si Dahlia ni ketawakan istana pasir jadi tak jadi Airin, mahu menangis budak jenuh nak dipujuk oit!
" Ehem, ha'a cantik betul Airin buat! Ni kalau masuk pertandingan mesti dapat nombor satu punya " Dahlia berdehem seketika sebelum memberi pujian yang...iklas tak iklas? Mungkin
" Ha?! Nombor satu? Betul ke? Hehe, Airin dah agak dah! Istana pasir Airin ni lah yang paaaaling cantikk! " Ujur Airin berbangga dengan hasil binaan Istana pasir nya
" Lebar betul senyumnya ni mesti sebab abang dah nak balik kan " Teka seorang gadis yang baru memasuki dapur
" Mesti lah, baru je semalam abang kamu tu talifon Mak dia kata lagi tiga hari dia balik " Balas puan Kamariah apabila mendengar tekaan anak perempuan nya
" Hemm, kalau abang je mesti semangat kalau Fatin? Hemm tak ada maknanya , nampak sangat Mak lebih sayang kan abang daripada Fatin tak apa nanti Fatin tak balik tahu lah Mak nanti " Usik Fatin
" Eh apa pulak macam tu, Mak sayang semua Mak sayang kamu abang pun Mak sayang juga, kamu dua orang kan anak Mak jadi tak ada makna nya istilah pilih kasih dekat sini lagi satu tak payah nak drama sangat tak nak balik cuba lah buat ha masa tu kita tengok siap pujuk siapa, Mak yang pujuk Fatin atau Fatin yang pujuk Mak " Selorong puan Kamariah sambil memandang anak perempuan nya itu
" Yelah Mak Fatin mengaku kalah ye? Hemm jap Mak macam tertinggal sesuatu je habis ayah? Mak sayang tak? Kenapa mak tak sebut ayah sekali " Usik Fatin lagi, maklum lah dia ni duduk jauh sekali boleh balik rumah apalagi menyekat ajalah kerjanya!
" Ewah, ewah nurul Fatin Humaira kamu nampak ni apa? Saja je kan nak menyakat Mak! " Marah puan Kamariah sambil menunjukkan sudip besi nya di tangan
" Errr, alah Mak ni malu-malu pulak cakap lahh tak kan dengan Fatin pun malu Kut " Usik Fatin lagi bersama senyuman nakal dibibir
" Eh kamu ni! Bertuah punya budak! Memang nak kena dengan Mak ni ! " Sebaik sahaja Fatin melihat puan Kamariah yang mahu berganjak
Laju sahaja kakinya berlari keluar dari bahagian dapur, puan Kamariah hanya melihat anak bongsu nya yang sudah berlaku itu
" Ha nak pergi mana tu? Ha kamu main-main lagi dengan Mak Fatin, memang bukan setakat sudip ni Aja yang terbang dekat kamu nanti sekali dengan kuali Mak bagi " Ujur puan Kamariah agak kuat dari dapur
" Gurau je makk! " Jerit Fatin dari ruang tamu dapat didengar tawanya
Sesekali puan Kamariah menggeling kan kepala, suka sangat si bongsu tu mengusik dirinya! Bertuah punya budak!" Allah, si Fatin lah ni! Habis terbantut kerja aku ! " Marah puan Kamariah lagi apabila teringat akan kerja nya di dapur
•••••••••••
YOU ARE READING
MR NELAYAN ( Og )
RomanceM.Farhan Malek | Nur hanah nuraisya Slow update ~ Seorang gadis yang mencari kebahagiaan dengan cara keluar dari tempat yang terus menerus memberi luka pada dirinya " Ibu dah anggap kamu sebagai anak ibu... Anak ibu yang akan ibu sayang selama-lama...