" Hana kenapa ni? Ibu tengok termenung aja dari takdi...Ke kamu teringat dekat nenek lagi? ... Kalau kamu rindu pergi lah jumpa nenek kamu ibu ok je sehari dua sorang-sorang dekat sini " Sebaik sahaja mendengar suara puan Thalia yang menegur terus sahaja aku kembali semula ke rialiti
Haish! Hebat betul Mamat tu dah nak dekat dua hari tapi aku masih lagi fikir kan dia, aku dah cakap confirm dia ada guna-guna kan aku ni!
" Tak ada lah ibu , bukan pasal nenek....Hana... Hana err" Ha sudah alasan apa pulak yang aku kena bagi ni!
" Habis kalau bukan pasal nenek pasal apa? Tak pernah lagi kamu termenung jauh macam tu kalau bukan fikir pasal nenek " Balas puan Thalia terdengar ada kecurigaan dalam nada bicaranya
Fikir Hana! Fikir! Tak kan lah kau nak bagi tahu sebab kau termenung aalah sebab kau fikir kan lelaki kut! Tak ke terkejut ibu nanti! Sudah lah lelaki yang baru pertama kali kau jumpa!
" Ha... Hana fikir pasal dhalia, ha betul pasal dhalia ye lah tak lama lagi kan dia nak kahwin mesti dia kene ikut husband dia " Nasib kau lah dhalia kene petik dengan aku!
" Betul ke tak ni Pasal dhalia je Hana fikir? Betul ke tak tipu ? Tak baik tipu ibu tau tapi kalau betul lah Hana fikir pasal dhalia, tak usah lah Hana risau kalau si dahlia tu pindah sekalipun mesti lah dia akan selalu juga balik ke sini " Aku hanya diam mendengar
Ishh ambik kau Hana! Tipu lah lagi kan dah rasa bersalah , maaf ibu bukan Hana sengaja tak nak bagi tahu tapi Hana malu lah nak cakap !
" Nak kahwin dah si dahlia tu ye... Cepat betul masa berlalu padahal dulu masa ibu jumpa si dahlia tu kecil lagi tapi sekarang dah nak jadi bini orang dah pun " Sambung puan Thalia sambil mengimbau kenangan
" ... Ibu " Puan Thalia memandang ke arah Ku apabila mendengar aku memanggil dirinya
" Ye anak ibu, kenapa? " Tanya puna Thalia lembut bibir pun melengkung satu senyuman kecil
" Hana sayang ibu " Ujur Ku secara tiba-tiba, sayang... Ye mesti lah dah rasa sayang aku pada ibu tak akan berkurang walaupun sedikit
Orang yang jaga aku setelah aku dibuang... Dibuang oleh keluarga sendiri? Luca kadang-kadang bila teringat macam mana lah orang luar macam ibu boleh terdetik hati nak jaga aku sedang kan keluarga aku sendiri buang aku macam sampah
" Amboi ni mesti saja nak lari dari topik lah ni " Usik puan Thalia
Aku hanya ketawa kecil" Mana adalah, saja Hana nak cakap macam tu tapi... Sampai hati ibu tak jawab balik ke ibu dah tak sayang kan Hana dah? " Usik Ku pula
" Eh kesitu pulak budak ni! , Hana kan satu-satunya anak ibu jadi mana boleh tak sayang " Aku ketawa perlahan apabila mendengar kata-kata yang puan Thalia ucapkan
Kan aku dah cakap ibu ni ada aja ayat manis dia!
" Eleh ye ke, kalau macam tu cuba ibu tunjuk banyak mana rasa sayang ibu dekat Hana " Usik Ku lagi
" Sebanyak bintang yang ada dekat langit malam tu, banyak tu lah sayang ibu pada Hana " Amboi sah ibu terlebih makan gula! Sebab tu manis aja ayat nya!
" Usihh kalau macam tu Hana pun sayang kan ibu sebanyak mana bintang yang ada dekat langit tu jugaklah " Lagi dan lagi kami memecahkan ketawa bersama
Sekarang fikiran Ku sudah penuh semula tentang ibu, tak ada lagi memikirkan yang lain semua nya tentang ibu
" Sampai hati kamu tak bagi tahu mama yang kamu dah nak kena naik kapal semula " Terdengar suara tidak puas hati dari puan Kamariah bertuah punya anak! Esok nak pergi hari ni baru bagi tahu!
" Bukan farhan sengaja tak nak bagi tahu awal tapi- " Belum sempat farhan mahu menghabiskan ayat nya laju sahaja mulut puan Kamariah mencela
" Tapi apa? Kamu takut mak tak bagi? Kalau mak tak bagi sekali pun kamu tetap akan pergi betul tak? Huh memang padan lah kamu anak beranak tak habis-habis dengan laut apa yang ada dekat sana?"
Ujur puan Kamariah mencela percakapan farhan" Dah awak nak sabit kan saya sekali dah kenapa? Si anak yang hendak pergi si bapak pun kene tempis nya ? Hemmm" Balas tuan faisal apabila mendengar nama nya juga turut disebut
" Kamu pun satu biar lah si farhan ni pergi lagi pun bukan nya dia pergi dekat tempat yang tidak elok , lagi pun dah itu kan kerja dia " Sambung tuan faisal lagi bagi membela anak lelaki nya itu
" Saya bukan tak nak bagi dia pergi tapi.... Awak pun tahu kan apa yang jadi dulu si farhan ni-"
" Itu lah yang dinamakan risiko , lagi pun dia sendiri yang pilihan kerjaya ni saya tak paksa awak pun tak paksa kita sebagai orang tua berdoa jelah semoga tak ada benda yang tak elok terjadi , lagi pun tak kira lah dia kerja apa pun tak kan lari nya dari risiko " Ujur tuan faisal
Paun Kamariah hanya diam, tidak membantah apa yang dikatakan suami nya itu , nak membantah macam mana dah itu memang fakta
Tapi hati ibu mana yang senang apabila harus melepaskan anak nya ke tempat yang penuh dengan risiko dan risiko itu bermain dengan nyawa
" Ma, kali ni farhan pergi sekejap aja... Satu bulan lepas tu farhan balik semula ke darat " Ujur farhan mahu menenang kan si ibu
" ... Mak tak usah lah risau macam ayah cakap setiap perkerjaan ada risiko nya dan risiko untuk kerja macam farhan ni adalah nyawa tapi mama tak usah lah risau insyaallah tak akan ada benda yang buruk berlaku nanti ..." Sambung farhan lagi
" ....."
Puan Kamariah masih lagi diam farhan pula masih setia menunggu jawapan dari ibunya
" ... Huh... Baik lah kalau mak halang sekalipun bukan kamu nak dengar " Ujur puan Kamariah setelah lama mendiam kan diri
" Terima kasih, mak "
•••••••••••••••••
YOU ARE READING
MR NELAYAN ( Og )
RomanceM.Farhan Malek | Nur hanah nuraisya Slow update ~ Seorang gadis yang mencari kebahagiaan dengan cara keluar dari tempat yang terus menerus memberi luka pada dirinya " Ibu dah anggap kamu sebagai anak ibu... Anak ibu yang akan ibu sayang selama-lama...