• bab 14 •

6 2 0
                                    

Pintu bilik di buka menampakkan puan Tahlia  yang sibuk melipat pakaian, aku kaku seketika di hadapan pintu .... Entah lah berat lah pula hati Ku ini mahu meninggalkan puan Tahlia walupun tempoh yang tak begitu lama

" Ibu... Sibuk lagi erk? " Tanya Ku sekadar basa basi, kaki pula di atur kemas menuju ke arah puan Tahlia yang elok bersila di lantai

" Tak lah sibuk mana, kenapa? Hana nak sesuatu ke? " Tanya puan Tahlia lembut, semua pakaian di tolak ke tepi dapat dilihat senyuman halus di bibir puan Tahlia

Aku mengangguk seketika apabila puan di tanya, Ye memamg aku nak sesuatu pun... Aku nak.. Bermanja, biar lah mengada ke apa ke ada aku kisah? Lagi pun bukan selalu!

" Hana nak.. Ibu " Ujur Ku lalu ketawa kecil begitu juga dengan puan Tahlia apabila mendengar permintaan Ku

" Yelah, sini " Balas puan Tahlia , aku mengambil tempat di tepi Puan Tahlia dan memeluk tubuhnya dengan sedikit erat

" Sekolah macam mana? Semua ok ke? " Tanya puan Tahlia, aku diam seketika sebelum menjawab

" Ok, alhamdulillah tak ada masalah... Tapi , ibu betul ke tak apa ni duduk sorang - sorang? Hana risau lah " Balas Ku jujur, jauh dalam sudut hati rasa was-was untuk pergi masih lagi ada bukan apa aku... Risau kan ibu

Sudah lah ibu sejak kebelakangan ni asik jatuh je nasib baik tak teruk!

" Betul, kamu ni macam lah ibu ni budak-budak, umur dah nak masuk empat puluh lebih dah sayang oit " Balas Puan Tahlia apabila mendengar soalan Ku

" Hana pergi lah...teman kan Dahlia kesian  dia kalau pergi sorang sorang , nanti dah sampai perak Hana call lah ibu ,Ye? " Tanya puan Tahlia pula
Aku masih lagi diam tetapi lama-kelamaan aku memganguk juga

" .. Mestilah, nanti sampai je sana Hana terus Call ibu " Balas Ku pula, kepala masih lagi disandarkan di bahu puan Tahlia

" Hay, manja betuk anak ibu sorang ni sebab tu lah ibu surah cari calon cepat sikit nanti... Kalau esok lusa ibu dah tak ada boleh lah kamu bermanja dengan suami kamu pulak ni tak asik dengan ibu je " Usik puan Tahlia

Tapi entah mengapa usikan itu .... Aku tak berapa nak suka ' kalau esok lusa ibu dah tak ada ' ? Kenapa kena bercakap sesuatu yang aku tak suka..

" Apa ibu ni, tak nak lah cakap pasal ada tak ada ni Hana tak suka " Cebik Ku, dapat didengar ketawa halus puan Tahlia di telinga Ku

" Ibu cakap Aja, dah kalau sampai masa nya... Kita nak buat macam mana betul tak? Ajal maut semua di tangan Allah, tua ke muda ke tak kisah lah semuanya akan akan pergi juga nanti " Aku diam mendengar

Ye, memang lah hidup mati semua di tangan Tuhan tapi... Aku masih tak mampu lagi, tak mampu untuk kehilangan orang yang aku sayang satu-satunya orang yang dapat aku bermanja, yang dapat aku mengadu selepas Dahlia dan... Nenek

" ... "

" Hana, suka ke tak suka ke kalau dah terjadi kita sebagai manusia kena redo, hana ingat tak pasal... Arwah anak ibu? " Tanya puan Tahlia secara tiba-tiba

Aku hanya mengangguk tanda ingat, entah lah mahu berbicara pun aku malas...hilang segala mood tika ini

" .. Ibu pernah cakap kan dulu, ibu sedih sangat sebab dia tinggal kan ibu dulu awal-awal tu memang lah susah untuk terima tapi lama kelamaan rasa iklas akan datang juga sama ada cepat atau lambat... Ibu cakap macam ni bukan untuk susah kan hati Hana, ibu tahu Hana tak suka cakap pasal ni tapi ibu takut nanti kalau ditakdirkan ibu pergi dulu ibu...nak Hana supaya tak sedih, supaya Hana tak rasa kehilangan ibu tak nak Hana rasa sama macam ibu rasa dulu" Terang puan Tahlia lembut

Air liur di telan kesat... Kenapa perlu bangkit kan sesuatu yang aku tak suka? Yang mengingatkan aku pada..ibu kandung aku? Ye, memang tak salah tapi perit nya untuk kehilangan sekali lagi orang yang kita sayang hanya Allah yang tahu.. Aku tak mampu lagi untuk kali ini

Jadi ...Tuhan, tolong lah pinjamkan sosok seorang ibu ini buat ku lebih lama lagi dari sebelum ini

" ..... "

" Hana-"

" Ibu, Hana mengantuk lah... Hana masuk bilik dulu Ye? " Potong Ku, sudah lah aku tak mahu bercakap tentang hal ini sekarang.. Huh habis sudah mood Ku ingin bermanja dengan ibu arghh! Menyesal masuk bilik ibu ! Habis hilang segala mood baik!

" Yelah.. Maaf ibu ambil masa untuk Hana tidur, pergi lah " Dapat dilihat riak wajah bingung di muka Puan Thalia namun dia menjawab juga soalan Ku

Aku perlahan-lahan bangun dan berganjak keluar dari bilik, dedaun pintu bilik puan Thalia ditutup...rapat














   "Tahu lah bakal isteri nak datang Jemput balik darat nanti tapi simpan simpan lah senyuman kau tu, risau kita orang tengok dah macam kerang busuk ! " Perli Arman , apabila melihat Aryan yang tidak habis-habis mengukirkan senyuman

" Alah, orang tengah mabuk cinta memang macam tu " Usik Karl pula, yang lain hanya ketawa apabila mendengar usikan dari karl

" Diam lah macam lah tak pernah di fasa ' mabuk cinta ' eh engkau kan single! Lupa lah pulak  " Balas Aryan, Arman dan Karl saling berpandangan seketika

" Main kasar nampak ha, tak apa duduk lah dekat ' fasa mabuk cinta ' kau tu aku nak tengok jauh mana senyuman kau tu bertahan " Bidas Arman pula

" Tak baik! Apa sekarang ni kau berdoa yang aku gaduh dengan tunang aku ke apa ni? Sampai hati kau " Ujur Aryan penuh dengan nada suara yang berdrama

" Ha nampak tak manusia yang suka mengambil kesimpulan yang sangat terburu-buru tu? Mana kau tahu aku berdoa macam tu?kalau aku tak ada niat pun macam mana? Tak baik fitnah aku tau! " Balas Arman , Karl pula diam melihat drama tak berbayar di hadapannya sekarang

" Korang memekak pasal apa dekat sini? Korang punya suara macam nak suruh satu kawasan ni dengar kau tahu tak? " Sampuk ilham

" Opocot mak kau !" Latah Karl apabila diterjah secara tiba-tiba, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je muncul si Farhan ni!

" kau ni ilham terkejut aku! Amboi, tang kita orang datang tiba-tiba bukan main segala ceramah kau bagi tapi kalau kau yang muncul tiba-tiba macam akak Ponti, boleh pulak ! " Sambung Karl

" Cehh... Bukan selalu pun, macam lah kau tak pernah  " Bidas  ilham , mempertahankan diri

" Sudah, sama je korang berdua tak payah nak gaduh-gaduh " Sampuk farhan pula yang ada di tepi ilham

" Suka hati kau je nak sama kan aku denga-" Belum sempat ilham hendak menghabiskan ayatnya terdengar suara Aryan yang memotong

" Sejak bila korang berdua sampai ? " Tanya Aryan apabila perasaan yang kini Farhan dan ilham ikut turut bersama dengan yang lain

" Baru je " Balas Farhan pendek , badan di Sandarkan di palang,mata pula mengimbas setiap kawasan yang dipenuhi oleh air laut itu

" Korang cakap pasal apa takdi? " Tanya ilham berminat ingin mengetahui apa yang sedang mereka bicarakan , bukan main shok lagi bercakap nya mesti ada benda best ni!

" Ada orang tu cik tunang nak mari bila balik darat nanti, dia punya senyuman tu sampai ke telinga! Orang tengah mabuk cinta lah nak dikatakan " Ejek Arman, nampak snagat masih tak berpuas hati dengan si Aryan!

" Kalau cakap pasal mabuk cinta! Bukan aku sorang Aja tu ha! Si Farhan pun sama lah! " Ujir Aryan tidak berpuas hati, asik aku je yang kena !

Semua mata memandang ke arah Farhan, sesekali mereka saling berpandangan antara satu sama lain, tidak percaya dengan apa yang Aryan katakan...

••••••••••••••

~ habis lah Farhan , wahaha~

   

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 6 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MR NELAYAN ( Og ) Where stories live. Discover now