"Kenapa mak tak halang? Tak yang paling penting mana dia sekarang? Mak tahu tak dia Ada dekat mana sekarang ni?" Tanya di jejaka dengan jada yang agak gelisah
" Tak , kamu pun tahu kan yang mak ni tak suka dengan budak tu jadi untuk apa mak ambil tahu tentang dia? Biar lah dia dekat luar sana tu hidup ke tak hidup ke tak Ada kena mengena dengan kita lagi pun dia sendiri yang nak keluar dari rumah ni tak ada siapa pun paksa " Teran mak lang panjang lebar
Sesekali si jejaka mengusut kan rambut nya dengan tangan jelas terpancar riak wajah tidak puas hati dengan jawapan si ibu
" Tak kan lah sikit pun mak tak tahu? Dia tak ada text Mak ke? Atau datang semula dekat sini? Tak kan tak ada? "
Lagi dan lagi si jejaka menanyaDapat dilihat kerutan kecil di dahi maklang menandakan tidak faham dengan perangai anak nya yang tiba-tiba sahaja mengambil peduli tentang hanah
Dah kenapa orang dalam rumah ni? Hanah! Kau buat apa hah! Kenapa semua orang dalam rumah ni kisah sangat pasal kau? Aku tak faham! Dari ke orang tua tu sampai ke anak aku semua nya sibuk tanya tentang kau!
Detik hati maklang" irman! Boleh tak kamu jangan tanya atau ambil tahu pun tentang budak tu! Boleh tak kamu anggap aja dia tu tak pernah wujud! Atau kalau susah sangat anggap jelah yang dia tu dah mati! " Marah maklang apabila tahap kesabarannya semakin menipis
" Tak boleh! Irman tak boleh anggap dia tak pernah wujud ataupun dah mati! Mak jangan jadi hipokrit! Macam mana Mak boleh cakap macam ni dekat orang yang pernah Mak jaga dulu ? Mak tak rasa bersalah ke buat Hana macam tu? " Bantah irman apabila mendengar ujuran dari ibunya
" Tak! Kenapa?kamu nak buat apa nak benci Mak kamu yang mentantang kamu macam minyak yang penuh ni? Kamu jangan jadi biadab irman! Jangan jadi biadab hanya di sebabkan perempuan tu! " Sekali lagi amarah maklang mencanak keluar
Hanah! Kalau Kau ada menyusahkan aku! Kalau kau tak ada pun masih sama! Menyusahkan aku jugak! Memang budak pembawa malang! Habis huru hara keluarga aku kau buat!
Serta merta irman terdiam, Ye memamg dia sedang marah pada ibunya sekarang tetapi dia tak boleh berlebihan kerana di hadapan dia sekarang adalah ibunya sendiri bukan orang lain
" Irman tak bermaksud macam tu tapi, irman tak faham kenapa mak sanggup buat Hana macam tu " Ujur irman apabila merasa tempat itu menjadi sunyi, jelas ibunya menatap dia dengan pandang yang penuh dengan amarah
" Apa lagi yang kamu tak faham? Memang sah, sah lah sebab Mak tak suka budak tu! Mak tak faham kenapa kamu dengan nenek kamu tu suka sangat nak pertahan kan dia! , apa yang hebat sangat budak tu? Dia tu cuma tahu malu kan keluarga je! Jadi untuk apa pertahanankan dia? " Soal maklang pada irman
" Tapi dia tetap keluarga kita, irman dah anggap Hana macam adik sendiri dah jadi mesti lah irman terkilan bila irman dapat tahu... Yang dia dah tinggal kan rumah ni irman risau benda tak elok jadi dekat dia " Jelas irman panjang lebar
Macam mana kalau Hana kena kacau dengan orang jahat yang ada dekat luar sana? Dia dekat mana? Dekat mana dia tinggal sepanjang dia keluar dari rumah ni? Semua soalan itu bermain di fikiran irman sekarang
" Tak ada yang perlu kamu risau kan, pandai lah budak tu jaga diri siapa suruh nak keluar sangat dari rumah ni biar dia rasa hidup mendiri lagi pun selama ni dia tu tahu menyusahkan aja atau macam ni ajalah...
.......macam mak cakap kamu abaikan jelah budak tu dia hidup ke tak hidup ke kamu jangan fikir sebab dia dah tak ada kena mengena dengan keluarga kita lagi "Ujur maklang dengan nada yang sedikit tenang berbeza dengan takdi
"Sudah kamu pergi masuk ke bilik lagi pun kamu baru je sampai, mak dah tak nak dengar kamu cakap pasal budak tu " Sambung maklang lagi
" ... Baik... Mak " Ujur irman jelas tidak suka dengan ucapan si ibu, maklang memerhati anak tunggal nya itu berlaku naik ke atas dengan penuh teliti sebelum berpaling ke lain
" Tak cukup dengan orang tua tu kau heret nya anak aku sekali Ye hanah nuraisya, aku akan pastikan kau tak akan bahagia kau kena bayar rasa sakit hati yang pernah Mak kesayangan kau tu tinggal dekat aku "
Tangan mula membentuk penumbuk, rasa jengkel terus menerus datang menghampiri, marah , benci, dendam semua nya seakan-akan satu tika ini
" ... Huh, menyusahkan kenapa kau tak bawak je sekali anak malang kau tu ikut pergi mampus dengan kau ? Kau tak tahu ke betapa bahagia nya aku bila aku dapat tahu kau dah mati, aku ingat kan budak tu pun mati sekali rupa nya liat betul nyawa dia macam mana boleh terlepas pun aku tak tahu lah....
.... Tapi tak apa, sedikit demi sedikit dia pun akan rasa benda sama jugak sama ada cepat atau lambat aja, hanah kau jangan nak salah kan maklang kau ni tapi salah kan Mak kesayangan kau yang tak guna tu " Gumam maklang lagi
Kepala di pusing menghadap ke arah pintu, diam sejenak mata nya bertembung dengan mata nek Jah yang berdiri di sana
" ... Sudah ira, jangan ikut kan hati yang penuh dengan dendam padah jadi nya nanti, sesal sekarang lebih baik dari sesal di kemudian hari "
" Mak, tak payah sibuk dengan apa yang ira nak buat Mak tu dah tua, jadi tak usah sibuk masuk campur duduk ajalah dekat rumah ni tak pun dekat masjid tu buat tambah amal orang kata, yelah kadang manusia ni nampak aja baik tapi sebenarnya tak pun " Ujur maklnag sinis
" Lagi satu, Mak dengan ira tak ada beza pun sebenarnya betul tak? Tapi yelah tiba-tiba hidayah datang dekat Mak, tiba jadi baik padahal.... Dulu Mak pun sama benci juga dekat Mak budak tu betul tak?...
... Mungkin , dah nak jumpa ajal kan? Sebab tu tiba-tiba berubah kalau tak,silap hari bulan Mak lebih kejam dari ira betul tak? ... Tak apa lah, Mak banyak kan sikit ibadah tu Ye "Ujur maklang dan turut berlalu pergi jelas puas dengan reaksi nek Jah yang susah untuk di tafsirkan itu
" Kamu bercakap tak padang ke hadapan ira.... Tak ambil iktibar dari orang yang kau cakap serupa macam kau ni " Perlahan sahaja ayat itu dituturkan dan..
..Ruang tamu terus di huni sunyi apabila hanya tinggal nek Jah yang bersendirian di situ
•••••••••••••
~ apa agak² yang jadi dulu-dulu? Hehehe ~
YOU ARE READING
MR NELAYAN ( Og )
RomanceM.Farhan Malek | Nur hanah nuraisya Slow update ~ Seorang gadis yang mencari kebahagiaan dengan cara keluar dari tempat yang terus menerus memberi luka pada dirinya " Ibu dah anggap kamu sebagai anak ibu... Anak ibu yang akan ibu sayang selama-lama...