• bab 12 •

7 2 0
                                    

   " Bahagia betul aku tengok kau sejak dua menjak ni, dah kenapa? Kenapa sampuk erk? " Ujur Ku dan menapak duduk di sebelah dahlia

" Kau ni, mesti lah aku kena bahagia, kena Senyum-senyum selalu tak lama lagi kan aku dah nak kahwin , ni hati ni rasa tak sabar betul! " Balas dahlia bersama senyuman yang masih lekang di bibir

" Untung lah tak lama lagi dah nak jadi isteri orang, dapat pulak yang caring bahagia selalu lah kau nanti dengan si Aryan tu " Sambung Ku, turut tersenyum

Untung nya lah hai si Dahlia ni, dapat keluarga baik , bakal suami baik, orang-orang sekeliling yang baik semuanya baik lah senang cita cuma aku jelah yang sendu sikit nasib lah ada yang sudi pungut

" Hehe, rezeki kau pun kalau dah ada yang hati berkenang jangan lah tunggu lama sangat nanti kena ambik dengan orang baru tahu " Huh? Berkenang? Dengan siapa? Aku ni balik kerja duduk rumah makan , tido, bangun dan begitu lah dengan hari-hari seterusnya mana ada masa nak berkenalan dengan orang

" Tak ada maknanya, kau pun tahu kan aku ni bukannya suka sangat bergaul dengan orang " Balas Ku, si Dahlia ni macam tak tahu pulak rutin harian aku

" Alah kau ni, masa majlis tunang aku hari tu tak kan takda Kut kawan-kawan Aryan yang kau berkenang, penat aku suruh si Aryan tu bawak kawan-kawan dia datang majlis tu walau pun diaorang sibuk tauu! " Renget Dahlia , si Hana ni buat penat aku je pujuk si Aryan tu suruh heret kawan-kawan dia datang! Last last tak ada sorang pun dia berkenaan hampeh betul!

" ..... " Aku diam seketika, kawan-kawan Aryan? Entah mengapa ada satu nama yang bermain di fikiran sekarang... Farhan

" Cik tak apa-apa? "

Sama seperti sebelum ini mengingat sahaja tentang si dia terus jantung aku berdebar dengan laju  , tak kan lah aku jatuh cinta dengan dia pulak! Tak masuk akal betul! Baru berjumpa sekali langsung suka? Amboi, tak ni godaan makhluk Allah yang lain sahaja ni tak ada makna nya cinta!

Tapi, kenapa aku selalu berdebar kalau teringat pasal dia? Entah - entah Betul tekaan aku! Sah dia ada guna-guna kan aku! Tapi tak masuk akal lah pulak, muka se alim dia nak buat benda salah macam tu

Tapi bak kata orang putih ' don't just the cover ' boleh jadi nampak je muka baik Cam tu tapi sebenarnya Astaghfirullh perangai!

" Woi! Kau ni suka sangat kan menglamun ! " Marah Dahlia apabila melihat aku yang hanya diam dari takdi

" Astaghfirullh! Dahlia! Terkejut aku jangan lah jerkah macam tu! Buat nya aku ada sakit jantung tak ke inalillah aku hari ni? " Marah Ku pula, si Dahlia ni! Suka betul jerkah aku macam tu!

" Dah kau suka sangat menglamun, entah - entah jodoh kau pun suka menglamun itu yang kau pun sama naik suka mengalumunya bak kata orang dulu-dulu jodoh ni cerminan diri ha gitu " Cerminan diri? Minta minta lah jangan! Tak nak  lah aku!, biar lah aku aja ada keluarga tak semegah jangan lah jodoh aku pun sama tak semegah keluarga nya

" Banyak lah kau punya jodoh cerminan diri, dah lah orang cakap pasal kau dengan si Aryan yang kau nak selit kan aku dah kenapa " Tanya Ku mahu mengalihkan topik

" Tak lah mana tahu kau nak ikut jejak aku pulak lepas ni " Balas Dahlia santai, aku diam sejak jejak apa pulak? Kalau ikut jejak mulut Murai di Dahlia ni maaf cakap, tak nak aku!

" Aku? Ikut jejak kau? Jejak apa? " Tanya Ku pula , dapat didengar hembusan nafas malas si dhalia sebelum menjawab pertanyaan Ku

" Jejak apa lagi? Ikut jejak aku baik pelamin jugak lah! Kau ni lambat betul nak menangkap nya! " Balas Dahlia dengan nada sedikit memarahi

" Huh? Kau ni sama je macam ibu tak ada makna nya tu macam Angan-angan kau tahu tak? " Angan-angan? Ye memang pun! Kalau hati ni berkenan sekalipun dekat seseorang tak ada makna nya orang tu suka kan aku balik!

Lagi pun aku ni sedar diri juga lah, banyak kekurangan lelaki mana je boleh terima ? Betul tak?

" Tak pe, aku nak tengok Aja nanti mana lah tahu tiba-tiba ada hamba Allah ni datang lepas tu cair kan hati kau tu masa tu tak ada lagi nama angan-angan tapi bertukar menjadi kenyataan " Balas Dhalia penuh yakin

" ... Memang dah ada pun hamba Allah yang kau cakap tu tapi... Tak apa lah aku sedar diri entah entah dia pun dah ada girlfriend tak nak lah aku, kalau nak bersaing pun aku tak mampu jugak " Balas Ku perlahan mata pula mata pula melihat ke jari-jari yang saling berpaut

" Ha? Apa kau cakap? Aku tak dengar lah slow sangat! Kau cakap macam tak nak cakap! Tahu tak! " Lagi sekali Dahlia memarahi Ku, mungkin kerana kesal kerana tidak mendengar apa yang aku ucapkan

" Tak ada apa lah, aku cakap tu semua dalam mimpi kau jelah kali terjadi pun! Sebab aku 100℅ percaya semua tu tak akan terjadi! " Tipu Ku, gila! Tak nak lah aku cakap benda yang betul penat aku menjawab nya nanti

Lagi pun, perasaan ni aku sendiri tak yakin betul ke ini sebab yang di nama kan cinta? Macam mustahil sangat baru berjumpa Kut!

Tapi tak kisah lah rasa suka atau apa aku akan buang perasaan ni lagi pun aku 100℅ yakin! Yang aku tak akan berjumpa lagi dengan dia!

" Elah, ha cakap lah banyak sikit macam tu meh sini aku berdoa biar apa yang kau cakap tu berlawanan, dari mustahil jadi tak mustahil! Ha masa tu kita tengok doa aku ni termakbul ke tak! " Balas Dahlia

" Suka hati kau lah! Aku tetap dengan keputusan aku! " Ujur Ku melawan apa yang Dahlia harap kan, mengalah jelah Dahlia! Tinggi sangat angan-angan kau untuk nampak aku kahwin tu! , Sudah- sudah lah berharap sebab itu semua mustahil!

M. U. S. T. A. H. I. L.!

Mus-ta-hil

mustahil!



••••••••••••

~ cuba kira berapa banyak kata mustahil yang ada dalam bab ni? "


~kata² untuk hari Jumaat minggu ini ialah :
فَاصبِر إِنّوَعدَاللّهِ حَقٌّ:

maka bersabarlah kamu , sesungguhnya janji Allah itu benar
[40.55] ~


MR NELAYAN ( Og ) Where stories live. Discover now