CHAPTER TWO

41 6 0
                                    

Sejak pertemuan di perpustakaan tersebut, Felicia selalu mengikuti setiap langkah yang diambil oleh Giovanni di koridor sekolah. Kadangkala, Felicia akan mengintip disebalik pintu kelas Giovanni, hanya kerana ingin memerhatikan wajah tampan tersebut yang tidak beremosi.

Giovanni diminati oleh ribuan pelajar wanita. Di sekolah ini mahupun di sekolah lain. Setiap hari, Giovanni akan mendapatkan surat cinta berwarna-warni ataupun bungkusan hadiah yang diisi dengan coklat mahal. Adakalanya, Giovanni akan mendapatkan beberapa kuntum mawar daripada para pelajar perempuan.

Bukan hanya perempuan sahaja, malah, Giovanni turut mempunyai ratusan peminat lelaki. Tua ataupun muda, masing-masing menyukai Giovanni. Malah, ada beberapa lelaki yang meluahkan perasaan cinta kepada Giovanni di kawasan belakang sekolah tetapi Giovanni selalu menolaknya.

Adakala, peminat-peminat Giovanni, tidak peduli lelaki mahupun perempuan, masing-masing akan berebut untuk memikat jejaka tampan tersebut. Malah, mereka sanggup melakukan beberapa isyarat badan yang menggoda, ayat-ayat manis dan senyuman nakal. Mereka turut memakai pakaian yang ketat dan menghiasi wajah dengan solekan semata-mata untuk menarik perhatian Giovanni.

Kadangkala, mereka turut akan melakukan kelakuan drastik seperti menarik tangan Giovanni secara tiba-tiba, duduk di hadapan Giovanni semasa istirahat atau di dalam kelas, sengaja melanggar tubuh Giovanni dan macam-macam lagi supaya Giovanni memberikan perhatian kepada mereka walaupun pandangan yang diberikan oleh jejaka tampan tersebut dipenuhi dengan kejengkelan dan kebencian.

Sepanjang enam bulan, Felicia hanya memerhatikan Giovanni daripada jauh. Dia tidak berani untuk menghampiri Giovanni. Apatah lagi ingin berbicara dengan jejaka tampan tersebut. Dia tidak mempunyai keberanian untuk melakukan itu.

Kadangkala, Felicia dan Giovanni tidak sengaja berlanggaran pandangan. Tautan mata mereka selalu terputus kerana peminat-peminat Giovanni yang mengganggu jejaka tampan tersebut. Dan Felicia hanya memandang dari jauh sahaja dengan penuh kecemburuan apabila beberapa tangan asing menyentuh tubuh jejaka tampan tersebut.

Hari demi hari, perasaannya kepada Giovanni semakin memekar indah. Mencengkam permukaan hatinya dengan erat sehingga susah mahu menepisnya. Setiap kali melihat Giovanni daripada jauh, Felicia akan tersipu malu sendirian, lebih-lebih lagi ketika memerhatikan Giovanni yang sedang membaca buku di perpustakaan.

Walaupun Giovanni tidak pernah menyedari kewujudannya, tetapi, dia tidak peduli mengenai hal itu. Lagipun, hanya melihat Giovanni daripada jauh sahaja sudah membuatkannya sangat-sangat puas. Cinta yang memekar di hatinya untuk jejaka tampan tersebut disimpan dengan baik di dalam hatinya, memendam sendirian tanpa diberitahu kepada sesiapa pun. Ini hanya rahsia miliknya seorang.

Kadangkala, Felicia turut akan melamun, membayangkan jika dia dapat berbicara dengan Giovanni mengenai sesuatu yang manis. Melakukan sesuatu yang romantis dan macam-macam lagi. Tetapi, itu hanyalah khayalannya sahaja. Bukan realiti membuatkannya sedikit berasa kecewa.

Suatu hari, sekolah sangat-sangat bising dengan gosip bahwa Giovanni mempunyai kekasih. Salah seorang daripada ribuan peminat Giovanni melihat seorang perempuan meluahkan perasaan cinta kepada Giovanni di atas sebuah jambatan. Dan Giovanni tidak menolak luahan cinta perempuan itu. Malah, Giovanni menerima bunga dan hadiah yang diberikan oleh perempuan itu.

Mendengarkan gosip tersebut membuatkan sekeping hati milik Felicia pecah berkecai. Rapuh. Dia berasa sangat-sangat sedih apabila mengetahui bahwa seseorang yang amat dicintainya sudah memiliki kekasih membuatkannya sangat-sangat kecewa dengan perkhabaran tersebut. Malah, ribuan peminat Giovanni turut merasai sesuatu yang sama.

Gosip mengenai Giovanni dan kekasih wanita itu semakin menjadi liar. Malah, ada beberapa gambar mereka dimasukkan di media sosial yang menyatakan bahwa mereka keluar berdua-duaan di macam-macam tempat.

Felicia mencuba untuk menghilangkan Giovanni daripada kehidupannya. Dia turut mencuba untuk membuang perasaan cintanya terhadap jejaka tampan tersebut yang sudah melukai sekeping hatinya.

Dia mula fokus terhadap pelajaran. Selalu mengulangkaji subjek-subjek yang diajar oleh guru semata-mata untuk melupakan Giovanni. Kadangkala, jika terlihat Giovanni di koridor, Felicia akan menundukkan pandangannya ataupun akan kembali berputar ke belakang supaya tidak berselisih dengan jejaka tampan tersebut.

Kadangkala, Felicia akan duduk sendirian di taman sekolah sambil mendengar lagu menggunakan earphone kerana mencuba untuk menenangkan fikirannya yang bercelaru. Sangat susah ingin menghindari daripada bertemu dengan Giovanni memandangkan mereka berada di sekolah yang sama. Ini sungguh sukar sekali.

Beberapa bulan kemudian, Felicia masuk umur empat belas tahun dan mendapat duduk di kelas yang tinggi, dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang pintar dan aktif. Setiap peperiksaan, Felicia akan mendapatkan markah penuh yang membuatkannya menjadi kesayangan para guru di sekolah dan dikagumi oleh para pelajar.

Selain mengulangkaji pelajaran, Felicia turut menyibukkan dirinya dengan mengajar teman-teman sekelasnya yang tidak mengerti beberapa subjek-subjek yang tertentu. Kebanyakkannya seperti fizik, kimia, sejarah dan matematik. Dan subjek yang paling disukai oleh Felicia adalah sains. Dia turut mempunyai cita-cita iaitu ingin menjadi seorang doktor bila sudah dewasa nanti.

Felicia disukai oleh orang ramai. Selain pintar, dia turut baik dan sopan. Seorang yang jujur dan polos. Naif. Seorang yang penurut dan pendiam. Kadangkala, dia turut dibuli oleh beberapa senior yang tidak puas hati dengan kepintarannya tapi masalah itu selalu diselesaikan oleh pihak sekolah kerana mendapatkan laporan daripada teman sekelasnya.

Walaupun begitu, Felicia seseorang yang kurang mengukirkan senyuman di bibir. Walaupun bicaranya sangat lembut dan penuh sopan-santun tetapi dia sangat sulit untuk memberikan senyuman kepada sesiapa. Wajahnya kebanyakkannya dipenuhi oleh ekpresi keliru, kosong dan tenang. Bibirnya selalu terbentuk garis horizontal yang datar. Felicia turut tidak pernah memancarkan ekpresi sedih mahupun gembira. Wajahnya sentiasa tenang dan hening ; menyejukkan pandangan sesiapa yang melihatnya.

Suatu hari, di bulan Januari, pada waktu petang yang sepi, Felicia melangkah masuk ke dalam perpustakaan dengan tas ransel di bahunya bersama timbunan buku-buku di dalam pelukannya. Dia meletakkan barang-barangnya di atas meja dan menyangkutkan tali tas di sandaran kerusi sebelum merapati rak-rak buku yang tinggi sehingga hampir menyentuh siling.

Felicia memilih-milih buku untuk dibaca. Dari satu rak ke satu rak yang lain. Rak yang diperbuat daripada kayu tersebut dipenuhi oleh macam-macam buku.

Sejak Felicia fokus terhadap persekolahan dan lingkungan barunya, Felicia sudah lama tidak mendengar gosip mengenai Giovanni dan kekasih wanita itu. Mungkin mereka sudah berbahagia dan berencana untuk menikah. Selama beberapa bulan ini, dia langsung tidak mendengar teman-teman sekelasnya menggosipkan mengenai jejaka tampan tersebut. Dia turut sudah tidak bertemu dengan Giovanni membuatkannya tertanya-tanya sendirian, apakah Giovanni sudah pindah sekolah ?

Anatomi dan Fisiologi.

Jumpa !

Felicia gembira apabila dia menemukan buku yang dicarinya sejak dari tadi. Buku itu hanya bersebelahan dengan sebuah buku tebal yang berkaitan dengan perniagaan.

Felicia sedikit mengjingkitkan kedua kakinya memandangkan buku tersebut berada di ketinggian yang melebihi daripadanya. Tangannya tergawang-gawang di udara. Hujung jari telunjuk mencuba menarik-narik bucu buku tersebut daripada rak.

Tiba-tiba, tanpa sengaja, Felicia melanggar satu tangan yang sedang mengambil buku perniagaan yang bersebelahan dengan buku Anatomi dan Fisiologi membuatkan Felicia terperanjat kecil. Dia pantas menoleh ke arah samping, di sebelah kanannya, mahu memohon maaf kepada sang empu milik tangan kerana sudah melanggar tanpa sengaja.

Tapi, sesuatu yang dilihatnya saat ini amat memeranjatkannya membuatkan degupan jantungnya melaju, menekan dadanya. Dia berasa sedikit sesak apabila kembali merasai degupan jantung ini yang mati sejak beberapa bulan yang lepas.

Saliva mengalir dengan kelat di kerongkong. Sangat sulit sekali untuk membasahinya yang sedang kekeringan. Bagaikan ada sesuatu gumpalan bersaiz besar yang tersekat di tengah-tengah jalan hinggakan dia kesusahan untuk menelan air liurnya sendiri.

Felicia tidak menyangka bahwa kali kedua pertemuan mereka akan berlaku di perpustakaan... lagi !

KISS ME, DARLING Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang