Bunyi loceng dari pintu kafe itu yang nyaring membuatkan jejaka tampan tersebut menolehkan pandangannya daripada memerhatikan lautan manusia yang sedang berjalan melintasi di hadapannya.
Apabila melihat Felicia dan Nick keluar dari kafe itu, cepat-cepat, Giovanni menamatkan panggilan tersebut.
" Kita berbicara lain kali ya, Prince. Aku mempunyai sedikit urusan untuk diselesaikan sekarang ini. "
" Okey. Jumpa di rumah nanti. "
Panggilan ditamatkan oleh Princeton selepas mengucapkan selamat tinggal. Dia menutup telefon bimbitnya lalu telefon itu diselitkan di dalam poket seluarnya.
Giovanni berdiri dengan tegak dan dia berjalan ke arah Felicia dan Nick.
Sekelumit perasaan cemburu menjalar di sekeping hatinya apabila melihat kerapatan Felicia dan Nick ketika berjalan. Bahu mereka saling bersentuhan dan mereka kelihatan berbicara dengan sangat mesra.
Apa yang mereka bicarakan ?
Dia ingin tahu.
Giovanni mencuba untuk mendengarkan pembicaraan diantara Felicia dan Nick tapi dia tidak mendengarkan apa-apa. Hanya gemerisik dedaunan sahaja yang saling bergeselan dengan ranting pohon.
Entah mengapa, Giovanni merasakan keresahan yang tidak nyaman apabila melihat Felicia melambaikan tangan kepada Nick. Apatah lagi melihat Nick mengusap pipi tembam milik Felicia membuatkannya merasa jengkel.
Kenapa Nick menyentuh Felicia ?
Apakah mereka sepasang kekasih ?
" Bye, Nick. See ya.. "
Nick hanya senyum nipis sambil mengangguk, membalas ucapan selamat tinggal yang diucapkan oleh Felicia. Dia turut membalas lambaian tangan Felicia dan dia pergi dari situ.
Sebelum Nick meninggalkan Felicia, dia sempat melirik ke arah Giovanni yang turut sedang menatapnya dengan pandangan yang tidak puas hati.
Walaupun Nick menyedari pandangan Giovanni kepadanya yang dipenuhi oleh api kecemburuan yang kental tetapi Nick tidak mempedulikan itu.
Dia tidak takut sama sekali.
Nick berpaling dari situ, berjalan ke arah kiri untuk menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh daripada kafe itu.
Felicia berjalan dalam langkah yang lambat sambil meramas-ramas tangannya. Gugup. Dia mencuba untuk menenangkan dirinya dengan menarik nafas dan menghembuskannya. Dia melakukan perkara itu berulang-ulang kali sehinggalah dia berdiri di hadapan Giovanni, baru dia menghentikan perbuatannya itu.
Giovanni membawa kesemua helaian-helaian rambut hitamnya ke belakang. Dia tersenyum hambar, samar-samar, mencuba untuk menenangkan dirinya.
Apabila wajah ayu itu mula menatapnya, senyuman hambar yang terukir di bibir terus mati begitu sahaja, digantikan dengan ekpresi datar yang hening.
" Hai. " sapa Giovanni.
" Hai. " Felicia menggenggam buku-buku yang berada di dalam dakapannya dengan erat, mencuba untuk menyalurkan kegugupan kepada barang yang tidak bernyawa.
" Jadinya, kita pergi sekarang ? " Giovanni tanya dengan sedikit perasaan ragu-ragu. Dia menoleh sekilas ke arah keretanya yang berada di belakangnya lalu dia kembali menatap ke arah Felicia.
Felicia menelengkan kepalanya ke arah kanan, memandang kereta mewah itu yang berwarna hitam. Dia mengerutkan dahinya, sedikit kebingungan apabila melihat ada bayang-bayang seseorang yang sedang duduk di bahagian tempat pemandu.
KAMU SEDANG MEMBACA
KISS ME, DARLING
RomanceIni kisah tentang pertemuan cinta pertama di sekolah menengah selepas berpisah selama 11 tahun. Cinta yang sudah lama menghilang, kembali berkembang dengan mekar apabila dipertemukan kembali ketika dewasa. " Felix. His aura is made of poetry, flowe...