Bebola mata kelabu kehitaman itu menatap ke arah langit malam yang hening membuatkannya berasa sedikit kesepian. Jantungnya berdegup dengan perlahan dan memberikannya suatu perasaan yang bercelaru kerana perasaan bersalah kepada seseorang yang menelefonnya satu jam yang lalu.
Keluhan dihembuskan dengan kasar sekali bersama tangan seputih kertas yang mencampak telefon bimbit ke atas sofa.
Pemuda berwajah jelita itu membawa kesemua helaian rambutnya ke belakang.
Fikirannya kusut saat ini. Perasaan bersalah menyelubungi jiwanya apabila seseorang yang ditelefonnya itu langsung tidak menjawab panggilannya membuatkannya keresahan.
Kedua tangannya saling bertaut antara satu sama lain. Meramas-ramas kecil.
Daly berjalan di ruang tamu. Mundar-mandir, dipenuhi oleh kegusaran. Dia menggaru lehernya yang tidak gatal.
Apakah Princeton memarahinya kerana dia memungkiri janji untuk bertemu ?
Dia takut jika Princeton merajuk dengannya kerana perkara ini. Bukan niatnya ingin melanggar janji tetapi dia mempunyai pekerjaan yang perlu dilakukan.
Lukisan yang sudah selesai dilakar dan perlu dihantar pada keesokan harinya sudah rosak kerana dia menumpahkan secawan air kopi membuatkan lukisannya menjadi berantakan dan dia perlu kembali melakarkan sketsa itu.
Itu membuatkannya sangat-sangat tertekan sehingga dia melupakan janjinya bersama dengan Princeton.
Bagaimana ini ?
Dia berasa amat pening sekali.
Semasa Daly berjalan mundar-mandir di ruang tamu, berhadapan dengan sofa dan meja kopi, tiba-tiba, ada sepasang tangan kekar berkulit kecoklatan memeluk pinggangnya dengan erat dari belakang membuatkan Daly terperanjat kecil.
Tidak perlu menoleh, Daly sudah tahu siapa itu. Itu adalah kekasihnya, Jack William. Dia dan Jack sudah menjadi pasangan kekasih selama dua tahun dan hubungan mereka sangat harmoni dan tenang tanpa mempunyai gangguan.
" Kenapa ini ? " tanya Jack dengan halus. Dia meletakkan dagunya di bahu sang kekasih dengan manja.
" Tidak ada apa-apa. " balas Daly dengan senyuman hambar. Dia mengusap lengan Jack dengan lembut.
" Benarkah ? " tanya Jack. Nada suaranya sedikit tidak percaya. Dia menenggelamkan wajahnya di tengkuk Daly, menghirup haruman strawberi yang pekat.
" Hm. " Daly bergumam singkat.
" Ada sesuatu yang berlaku ? " tanya Jack lagi. Sedikit tidak berpuas hati. Dia mula mengucup ceruk leher putih itu yang mulus dan bersih.
Daly memejamkan matanya. Dia mula mendongakkan kepalanya ke atas, memberikan ruangan yang luas untuk bibir tipis Jack menjelajahi lehernya.
" Hmm.. " gumam Daly, ringkas.
Daly mula tidak fokus dengan apa yang ditanyakan oleh Jack memandangkan dia semakin hanyut dengan belaian yang diberikan oleh Jack. Dadanya berasa sesak tetapi ini sungguh menyenangkan sekali.
Perlahan-perlahan, Daly memusingkan badannya ke belakang dan berdiri berhadapan dengan kekasihnya. Menatap wajah kacak tersebut dengan penuh kasih sayang yang membara.
Jack merangkul pinggang Daly. Menarik tubuh kurus itu. Merapati badannya. Dia menunduk, mengucup bahagian tulang selangka milik pemuda jelita itu dan menggigit kecil membuatkan Daly sedikit mengerang kesakitan.
Daly merangkul leher sang kekasih dengan nafas yang sedikit memburu. Mengucup hujung bibir Jack, memberikan ciuman rama-rama yang lembut.
Tangan berwarna coklat bersaiz besar dan lebar menarik kepala bersurai hitam itu lalu dia mengucup bibir plum milik Daly dengan sedikit agresif, menyalurkan hasrat seksual yang ditahan sedari tadi.
KAMU SEDANG MEMBACA
KISS ME, DARLING
RomansaIni kisah tentang pertemuan cinta pertama di sekolah menengah selepas berpisah selama 11 tahun. Cinta yang sudah lama menghilang, kembali berkembang dengan mekar apabila dipertemukan kembali ketika dewasa. " Felix. His aura is made of poetry, flowe...