Ruangan menjamu selera itu didominasi oleh keheningan. Tidak ada suara sama sekali. Hanya kedengaran bunyi garfu dan sudu besi yang berlanggaran dengan pinggan kaca bercorak bunga mawar.
Dinding-dinding diwarnakan dengan warna merah gelap. Lantai dilapisi dengan karpet tipis berwarna merah pucat bersama sebuah meja panjang di tengah-tengah ruangan. Meja panjang tersebut dihiasi dengan beberapa batang lilin dan satu bekas besi berwarna perak yang dipenuhi dengan buah-buahan.
Botol-botol alkohol tersusun kemas di atas permukaan meja yang dilapisi satu kain renda berwarna putih gading. Sepanjang meja tersebut dihiasi dengan dua belas kerusi mewah Inggeris yang dilapikkan dengan kusyen berwarna kuning pucat bermotifkan bunga orkid putih.
Hanya tiga kerusi sahaja yang digunakan di meja tersebut. Manakala, kerusi yang lain hanya kaku tanpa diduduki oleh sesiapa.
Jessica, ibu kepada Giovanni dan Princeton, berdeham kecil, memecahkan suasana sunyi yang menyelubungi mereka.
Mendengar dehaman itu, Giovanni mengalihkan pandangannya. Dia mengabaikan makanan di hadapannya dan memberikan sepenuh fokus kepada ibu yang duduk di hujung meja. Manakala, Princeton tidak memgangkat kepalanya. Hanya diam sambil menatap makanan dengan pandangan yang kosong.
Jessica menggenggam kedua tangannya. Dia menatap wajah tampan Giovanni dengan penuh kasih sayang.
" Bagaimana dengan kerja hari ini ? Apakah baik ? " tanya Jessica dengan lembut.
Giovanni hanya mengangguk. Dia meletakkan sudu dan garfunya.
" Sangat lancar, mama. Klien dari Sepanyol bersetuju untuk bekerjasama dengan kita untuk membina sebuah bangunan hotel. " beritahu Giovanni dengan halus.
" Bagus sekali, Gio. Ini anak mama. Lakukan yang terbaik untuk syarikat kita. Mama sangat-sangat bergantung kepadamu, nak. Mama sangat menyayangi kamu, sayang. " ucap Jessica.
Giovanni hanya mengangguk sahaja.
Dia memandang ke arah Princeton yang hanya mendiamkan diri. Princeton sedang menggulung-gulung pasta di garfu tetapi langsung tidak memasukkannya ke dalam mulut membuatkannya bingung.
" Prince. Kenapa kamu tidak makan ? Apakah tidak sedap ? " tanya Giovanni. Dia menyedari dari permulaan makan malam hingga sekarang, Princeton langsung tidak menyuapkan makanan ke dalam mulut. Hanya meminum air sahaja.
Mendengar pertanyaan itu membuatkan Princeton terkejut kecil. Dia terus memanggungkan kepalanya dan mengukirkan senyuman hambar. Dia melepaskan garfu dan sudu daripada genggaman tangannya.
" Aku tidak mempunyai nafsu makan. "
" Makan sahaja. Jangan membazir ! " kata Jessica dengan garang. Nada suaranya menjadi tinggi dan penuh dengan ketegasan. Di bebola matanya diseliputi oleh kemarahan yang membuak-buak.
" Aku tidak mempunyai nafsu makan. Aku tidak mahu memakannya ! " balas Princeton dengan suara yang turut tinggi.
" Kamu berani melawanku ! "
" Jika aku berani melawanmu, apa yang kamu ingin lakukan terhadapku ? " tanya Princeton, bagaikan mencabar. Wajahnya yang manis menjadi bengis dengan perasaan amarah yang membara tinggi.
Jessica mendengus kasar. Dia menunjukkan pasta tersebut dengan kening yang berkerut-kerut.
" Makan itu !! "
" Aku tidak mahu. "
Jessica tidak puas hati apabila anaknya kembali membalasnya. Dia mencapai garfu dan memutarkan pasta di sana. Lalu, dia menghulurkan makanan itu ke mulut Princeton. Memarahi Princeton agar membuka mulut. Mendesak untuk memakan makanan tersebut.
KAMU SEDANG MEMBACA
KISS ME, DARLING
RomanceIni kisah tentang pertemuan cinta pertama di sekolah menengah selepas berpisah selama 11 tahun. Cinta yang sudah lama menghilang, kembali berkembang dengan mekar apabila dipertemukan kembali ketika dewasa. " Felix. His aura is made of poetry, flowe...