CHAPTER THREE

45 8 0
                                    

Tangan seputih kertas bersaiz lebar dan berjemari panjang tersebut menghulurkan buku tebal Anatomi dan Fisiologi kepada pemuda ayu itu.

Felicia sedikit ragu-ragu ingin mencapai buku tebal itu. Dia melipat bibir ke dalam. Tangannya bergerak-gerak kecil tetapi tidak diangkat untuk mengambil buku itu dari huluran tangan jejaka tampan tersebut.

Giovanni mengjungkitkan keningnya. Keliru. Dia memandang pemuda ayu itu yang rendah separas bahunya. Wajah pemuda di hadapannya ini sangat bersih dan suci. Tenang dan feminin tapi dingin. Pandangan mata coklat gelap kehijauan itu menunjukkan satu kilatan penuh keheningan dengan tatapan kosong yang diberikan ke lantai.

Pemuda itu langsung tidak bergerak. Hanya menatap lantai tanpa memandangnya.

Apakah dia mengelamun ?

Giovanni kebingungan.

Dia menjeling ke arah pin nama yang tersemat kemas di poket seragam sekolah di bahagian dada kiri. Melihat sebaris nama yang terukir di permukaan hitam.

Felicia Nicolas

Oh.

" Hai. Felicia ? " panggil Giovanni.

Mendengar suara garau nan berat tersebut memanggil namanya membuatkan Felicia terperanjat besar. Wajahnya terdongak dengan ekpresi penuh keterkejutan. Dia memandang wajah tampan tersebut dengan pandangan yang tidak berkelip.

Giovanni mengerutkan dahinya. Keliru.
Kenapa pemuda itu memandangnya seperti itu ? Apakah ada sesuatu di wajahnya ? Ataupun apa ?

Ini sedikit mengerikan...

Giovanni menelan saliva. Dia mencuba untuk menunjukkan sikap normal walaupun dia berasa sangat-sangat canggung saat ini. Dia mengusap-usap tengkuknya sambil menghulurkan buku tebal tersebut kepada pemuda ayu itu.

" Ini. Apakah kamu tidak mahukannya ? "

Felicia memandang buku tebal yang dihulurkan oleh Giovanni kepadanya. Dia sedikit menelengkan kepala ke kanan. Matanya terkelip-kelip. Bingung.

" Hai. Giovanni. Panggil sahaja aku Felix. " Felicia kembali membalas sapaan manis tersebut. Lantunan suaranya lembut bagaikan bunyi biola yang halus.

Giovanni mengerdipkan mata. Sekilas, hujung bibirnya sedikit ternaik, melakarkan sebuah senyuman nipis yang samar apabila mendengar pemuda itu menyebut namanya dengan nada yang halus dan manis bak madu.

" Bagaimana buku ini boleh dekat kamu ? " tanya Felicia. Dia memandang ke arah rak lalu kembali menatap buku tersebut.

" Tadi aku melihat kamu ingin mengambil buku ini tetapi tidak sampai. Jadinya, aku mengambilkannya untukmu. " beritahu Giovanni dengan datar. Wajahnya serius.

" Oh. " Felicia mencapai buku tersebut dan mendakap ke dada, " Terima kasih. "

" My pleasure. "

Felicia mengangguk. Dia menguis-nguis bucu buku tebal tersebut. Sedikit berasa janggal apabila berhadapan dengan jejaka tampan tersebut. Dia tidak tahu mahu mengatakan apa. Dia hanya bisa diam aje.

Walaupun jiwanya menjerit-jerit penuh kegembiraan kerana dapat berbicara dengan Giovanni tetapi dia tidak tahu mahu memberikan reaksi apa, apatah lagi ingin memberikan topik perbualan. Dia amat tidak mahir dengan itu. Mungkin disebabkan inilah, dia tidak mempunyai ramai kawan kerana dia seseorang yang sangat-sangat membosankan.

Giovanni turut diam. Dia menyelusupkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Memandang pemuda itu dari atas hingga ke bawah dan dari bawah hingga ke atas. Dia melakukan hal tersebut berulang-ulang kali sehinggalah dia bosan.

KISS ME, DARLING Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang