BAB 5

89 5 0
                                    

SETELAH sudah lama berbual-bual, Dato' Mahfuz meminta diri untuk pulang kerana dia melihat Soffea seperti sudah mula kebosanan menunggunya dan Hizir untuk selesai berbual. Hizir juga turut kasihan melihat Soffea yang penat menunggu mereka selesai berborak.

"Aku balik dululah Hizir. Kesian aku tengok Soffea ni," Soffea yang mendengar namanya disebut terus memandang papanya.

"Okey baguslah macam tu sebab aku tengok Soffea pun dah bosan sangat tu," Hizir turut berpendapat seperti Dato' Mahfuz.

"Awal-awal dah support Soffea. Pandai kau eh cuba ambil hati anak perempuan aku," Dato' Mahfuz sengaja mengusik Hizir.

"Apa? Betul apa Soffea dah penat. Tak ada nak support sapa-sapa kat sini," Hizir membela dirinya.

"Papa jomlah kita balik. Fea dah penat ni," pujuk Soffea dengan suara yang dibuat lemah. Cair pula Hizir mendengarnya tetapi dia cuba mengawal riak wajahnya dengan membuat serius.

"Ya jom kita balik. Hizir aku dengan Soffea balik dulu," beritahu Dato' Mahfuz. Hizir mengangguk.

"MACAM mana tadi bang?" soal Datin Kalsom apabila Dato' Mahfuz baru sahaja melangkah memasuki ke dalam rumah. Tak menyempat betul. Dato' Mahfuz hanya mampu bersabar dengan karenah dan sikap teruja Datin Kalsom.

"Fea mana?" soal Dato' Mahfuz tanpa menjawab soalan daripada Datin Kalsom dan Datin Kalsom hanya memberikan isyarat mata menunjukkan Soffea sudah naik ke atas. Dato' Mahfuz menganggukkan kepalanya. Tangan isterinya ditarik lembut untuk mengikutinya duduk di sofa kerana ingin berbual tentang apa yang berlaku tadi.

"Ha cepatlah bang," Datin Kalsom mendesak suaminya.

"Sabarlah kejap, saya baru je duduk ni," jawab Dato' Mahfuz. Sengaja dia melambatkan masa untuk bercerita. Mahu mengusik Datin Kalsom.

Datin Kalsom mencebik. Dato' Mahfuz mula bercerita tentang hal yang terjadi semasa pertemuannya dengan Hizir bersama dengan Soffea selepas dia mengambil nafas panjang.

"Okey, tak ada masalah setakat ni. Hizir pun macam okey," ujar Dato' Mahfuz setelah habis bercerita.

"Fea macam mana pula? Okey ke tak tu?" tanya Datin Kalsom mengenai anak perempuannya pula.

"Hizir macam mana pula? Okey tak dia dengan Soffea tadi?"

"Abang tengok Hizir tu okey dengan Soffea. Macam dia mula suka dekat anak kita tu," jawab Dato' Mahfuz dengan senyuman terukir di bibirnya.

"BABE, kau ni biar betul?" soal Nadya kawab baik Soffea. Masuk sahaja ke bilik, Soffea terus membuka komputer ribanya dan menghubungi kawan baiknya, Nadya dan Fatin melalui skype.

"Betul lah. Takkan aku nak tipu kau orang pulak. Papa ajak aku teman dia main golf, pastu boleh pula dia ajak kawan dia datang jugak. Dah tua pula tu but still look young and handsome too. Ingatkan masih muda lagi." beritahu Soffea kepada dua orang sahabatnya itu. Nadya dan Fatin tersengih apabila mendengar pujian daripada Soffea tentang rupa mengenai Hizir. Soffea tidak menyedari bahawa sebentar tadi dia baru sahaja memuji Hizir.

"Handsome tak Tuan Hizir Kamil tu?" soal Fatin yang dari tadi hanya diamkan diri sahaja.

"Bolehlah daripada tak ada apa," jawab Soffea dengan malas.

"Macam mana lelaki tu?" soal Nadya pula dan Soffea hanya tersenyum. Tidak mendengar apa yang sedang dikatakan oleh Nadya. Fikirannya hanya teringat tentang peristiwa sebentar tadi.

"Ni mesti berangankan lelaki tua tu kan? Baik kau mengaku cepat Soffea." soal Fatin dengan tekaan yang betul. Mana tidaknya sejak bertemu di Golf Club Soffea seringkali terfikirkan Hizir tanpa sengaja. Mungkin Soffea sudah mula jatuh cinta Hizir.

"Mana adalah. Kau ni pandai-pandai jelah Fatin." Soffea menidakkan padahal dalam hati dan fikirannya bukan main teringatkan lagi Hizir.

"Siapa nama lelaki tu?" soal Nadya yang ingin tahu. Padahal Soffea sudah memberitahu nama Hizir tadi. Bagi Nadya dan Fatin, jarang ada lelaki yang akan dapat memikat Soffea. Dia tahu Soffea ni memang sukar untuk menyukai mana-mana lelaki. Tidak kira tua muda dan tampan atau tidak serta kaya atau miskin.

"Tuan Hizir Kamil bin Tuan Razlan. Eh, kan tadi aku dah bagitahulah," jawab Soffea dengan geram. Bukan dia tidak tahu apa yang bakal Nadya lakukan nanti. Pasti mencari perihal kehidupan Hizir di laman sosial sebentar nanti.

"Wei seriously hot gila aku tengok Tuan Hizir ni." kata Nadya setelah berjaya mencari Hizir di laman sosial.

"Aalah Fea, hot pakcik ni. Rugi wei kalau kau buat tak tahu je. Entah-entah ramai perempuan yang dekat luar tu nak dekat dia. Dahlah Tuan Hizir tu handsome, kaya-raya pastu ada darah campuran pulak tu. Kalau kau dengan dia kahwin mesti anak kau orang nanti ada darah Melayu dan Turki. Silap-silap nanti anak kau akan ada mata biru macam Tuan Hizir tu," kata Fatin dengan harapan Soffea akan terpengaruh. Mahu memancing hati Soffea untuk menerima Hizir dengan sepenuh hati.




Hai pembaca Tuan Hizir Kamil!

Korang dah tahu kan yang saya dah jadikan Tuan Hizir Kamil dalam bentuk Ebook.

Saya akan publish semula Tuan Hizir Kamil tetapi bukan semua bab yang akan saya publish. Mungkin saya akan letak sehingga bab 5 dan selebihnya maybe saya letak teaser.

Jadi untuk yang berminat nak baca Tuan Hizir Kamil, korang boleh beli ebook Tuan Hizir Kamil. Untuk versi Ebook saya ada buat pertambahan bab sedikit.

Korang boleh dapatkan link WhatsApp dekat

Korang boleh pm Qandra dekat WhatsApp tau

TUAN HIZIR KAMILWhere stories live. Discover now