BAB 3

5.7K 240 4
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, Hizir telah sampai di Golf Club. Orang berniaga sepertinya perlu menepati masa agar tidak mendapat kerugian yang banyak. Dari dalam kereta Hizir mengamati sekeliling. Jamil masih lagi berada di tempat duduk pemandu. Jamil juga sedang melihat keadaan sekeliling sambil menunggu arahan daripada Hizir.

"Kalau aku tak kahwin okey ke?" tanya Hizir kepada Jamil secara tiba-tiba. Jamil mati kutu. Soalan maut daripada Hizir. Jamil menenangkan dirinya sebelum menjawab soalan daripada Hizir.

"Tuan, setiap orang Allah dah ciptakan ada pasangan cuma cepat atau lambat. Saya yakin suatu hari nanti Tuan akan jumpa jodoh Tuan tapi kita tak tahu lagi bila akan sampai jodoh Tuan," jawab Jamil dengan berhati-hati. Dia tidak mahu menyinggung perasaan Hizir.

"Tapi kau tahu kan aku ni busy. Meeting sana sini. Ada masa ke untuk aku luangkan masa dengan keluarga nanti," ujar Hizir dengan perasaan risau sekiranya dia tetap menjadi seorang yang kuat bekerja walaupun setelah berkahwin nanti. Terlalu lama dia hidup sendiri tanpa ada seorang wanita yang bergelar isteri kepadanya.

"Saya yakin Tuan nanti bila Tuan ada keluarga, Tuan pasti akan ada masa untuk keluarga. Tuan perlu bijak susun waktu Tuan untuk bersama keluarga. Tuan, ada orang sebelum berkeluarga, dia memang sibuk tapi bila dia dah kahwin mesti dia akan cari waktunya untuk bersama keluarga walaupun dia sibuk macam mana sekali pun. Saya yakin tuan akan jadi suami dan ayah yang terbaik nanti," tutur Jamil dan kelihatan seperti Hizir berfikir dengan apa yang dikatakan oleh Jamil. Hizir berharap apa yang dikatakan oleh Jamil itu ada betulnya suatu hari nanti. Hizir mengangguk sebelum menghela nafas.

"Yelah. Aku turun dulu. Kau bawak set golf aku tu nanti," pinta Hizir sebelum keluar daripada kereta. Tanpa disedarinya, Hizir terlanggar dengan seseorang tanpa disedarinya.

"Aduh! Sakitlah. Jalan tengok mana?" ujar Soffea dengan geram. Mana tidaknya tiba-tiba sahaja dia terlanggar dengan seseorang. Kesal dia dibuatnya. Soffea masih lagi tidak melihat siapa yang dilanggarnya.

"Eh, dia yang jalan tak tengok depan, kita pula yang dipersalahkan?" bebel Hizir. Tiba-tiba sahaja dia dipersalahkan oleh seorang perempuan yang melanggarnya.

"Sorry okay. You yang salah bukannya I pun." Soffea masih lagi tidak mahu mengalah walaupun dia sebenarnya yang salah. Tetapi dalam diam Soffea sedang mengagumi lelaki yang berada di hadapannya kini.

"So, you nak salahkan I lah?" tanya Hizir dengan tidakpuas hati. Untung kawasan tempat letak kereta tersebut tidak ada orang kalautidak memang mereka akan menjadi tontonan orang ramai dan berkemungkinan akanviral.

"Apa ni yang bising-bising Fea? Nasib baik tak ada orang lalu sini," beritahu Dato' Mahfuz yang muncul tiba-tiba di sebelah Soffea. Soffea mencebik.

"Tak ni papa, lelaki tua ni langgar Fea pastu tak nak mengaku pula," Soffea mengadu pada Dato' Mahfuz dan lelaki berpangkat Dato' itu hanya menggelengkan kepalanya. Tahu sangat sikap Soffea apabila berjalan sambil melihat telefon.

"Fea, papa tahu anak papa ni bila jalan sambil tengok telefon mesti tak tengok sekeliling dah," giliran Dato' Mahfuz untuk membebel pula. Soffea tersengih seperti kerang busuk.

"Sorry lah papa." Ucap Soffea sambil menundukkan wajahnya. Malu kerana dia menyalahkan orang lain walhal dia yang salah sebenarnya.

"Hizir maafkan anak aku ni. Biasalah perempuan bila membebel ada saja yang dia salahkan." Kata Dato' Mahfuz apabila dia selesai membebel pada Soffea.

"Yang tu aku setuju. Perempuan ni kalau dah membebel memang tak boleh nak stop so kita sebagai lelaki kena dengar perempuan bebel sampai dia habis dan kita diam jelah." Hizir juga tidak mahu kalah mengenakan Soffea.

TUAN HIZIR KAMILWhere stories live. Discover now