Pagi-pagi lagi, Ameera keluar bersama teman lelaki barunya. Entah ini lelaki mana pula yang dia jumpa. Mereka memandu ke beberapa tempat kegemaran Ameera, dan sepanjang hari lelaki itu melayan segala kehendak Ameera dengan penuh sabar.
Ameera tersenyum puas setiap kali beg-beg belian bertambah di tangannya, menikmati perhatian dan kemewahan yang diberikan.
Namun, pulangnya dia ke rumah terasa seperti ditarik kembali ke realiti. Setibanya di hadapan rumah, Ameera melihat ibunya, Puan Hanisah, berdiri tegak di muka pintu dengan wajah yang tegas, seolah-olah telah menunggunya sejak pagi. Suasana sunyi pagi itu menambahkan sedikit debar dalam hati Ameera.
"Eh, ibu? Kenapa ibu ada di luar pagi-pagi ni?" soal Ameera dengan nada sedikit gugup.
Puan Hanisah memandangnya dengan pandangan yang tajam, membuatkan Ameera terasa sedikit kecil.
"Keluar dengan siapa pagi-pagi ni? Kenapa tak beritahu ibu?" tanya Puan Hanisah, langsung pada intinya.
Ameera cuba tersenyum dan menghilangkan rasa bersalahnya dengan nada selamba. "Oh, ni kawan Ameera je, ibu. Dia belanja Ameera. Tengok ni," katanya sambil menunjukkan beg-beg shopping yang dibawanya.
Puan Hanisah menggeleng perlahan, kelihatan risau. "Banyaknya beli barang. Nanti duit habis, macam mana?"
"Takpe ibu, Raz kan ada. Dia sayang Ameera," jawab Ameera, dengan yakin masih mengharapkan duit Raz sedangkan dia dan Raz tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi.
Tanpa membantah lagi, Puan Hanisah menghela nafas dan membiarkan anaknya masuk ke rumah. Ameera segera naik ke bilik, rasa seronok di hatinya kembali mendidih. Dia mencampakkan beg-beg belian ke atas katil dengan rasa puas.
"Apa nak kisah, duit dia, bukan duit aku," bisik hatinya sambil tersenyum sinis.
Namun, senyuman itu pudar apabila mesejnya kepada Raz tidak berbalas. "Onetick." Hatinya terasa bengang. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa Raz takkan berani untuk block atau mengabaikannya.
"Raz, kau takkan berani buat macam tu dekat aku," katanya, suaranya bergetar sedikit dengan rasa marah dan cemburu.
Dia membuka Instagram untuk melihat jika ada petunjuk lain.
Tangan seorang perempuan muncul dalam Insta Story Raz. Hatinya membuak dengan perasaan benci yang meluap-luap.
"Tak guna! Kau ingat aku ni bodoh?" katanya, menekan suara.
Tanpa berfikir panjang, dia melihat dirinya di cermin. Dirinya yang selama ini penuh yakin kini dilihatnya dengan api dendam. Dengan perasaan berkecamuk, dia menolak semua barang di atas meja solek hingga jatuh berselerak.
"Aku takkan biarkan kau dengan mana-mana perempuan lain, Raz. Tunggu!"
Akhirnya, Ameera mencapai gambar Raz yang tersimpan di atas meja, memandangnya dengan renungan penuh tekad. Dengan senyuman sinis di bibir, dia berbisik, "I know you need me, sayang."
Ameera hanya berperasan sahaja. Sedangkan Raz tidak perlukan dia pun. Namun, perasaan cemburu dan rasa tidak puas hati itu terus menghantui dirinya. Dia tahu Raz berubah kerana kesalahannya mungkin. Tapi jangan harap dia akan melepaskan Raz pada orang lain.
"Aku rasa aku perlukan seseorang yang boleh aku jadikan spy. Aku takkan biarkan dia lari macam tu saja." Ameera mengeluh, kemudian berkata dengan nada yang penuh tekad.
"Aku nak call someone untuk cari Raz, dan aku boleh jumpa dengan kesayangan aku. Argh!" katanya sambil terbaring di atas katil.
Matanya kemudian tertumpu pada telefon bimbitnya yang terletak di meja sisi. Tanpa membuang masa, dia mencapai telefon tersebut dan menghubungi seseorang yang dia percayai. Seseorang yang telah lama dikenalnya, yang kini menjadi mata-matanya. Seseorang yang tidak akan teragak-agak untuk melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendaknya.
YOU ARE READING
Raz Haykarl
RomanceRaz Haykarl & Naura Adliena " Untuk kali keberapa saya nak beri peluang dekat awak Ameera? Saya nak endkan relationship kita. Saya dah penat. Awak tak pernah berubah." - Raz Haykarl " Saya janji saya akan berubah Raz. Saya janji." - Alleya Ameera ...