Sepanjang perjalanan pulang, Naura Afriena diam tanpa sepatah kata hingga akhirnya tertidur. Raz hanya mengerling sesekali, melihat wajah Naura yang lena.
Setibanya di hadapan pagar besar rumah Naura, Raz memberhentikan keretanya di luar. Dia merenung wajah Naura, berfikir sejenak sama ada hendak mengejutkannya atau tidak.
"Naura... bangun, dah sampai," kejut Raz lembut.
Sekali dikejutkan, Naura tersentak lalu segera membuka pintu dan keluar dari kereta tanpa sepatah kata. Raz terpaku seketika melihat tindakannya yang tergesa-gesa itu.
Raz mematikan enjin, keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pintu utama.
"Assalamualaikum..." sapa Raz perlahan.
"Waalaikumsalam... Eh, Raz!" Nariz, abang Naura, menjawab sambil melambai. Namun, dia kehairanan melihat Naura terus masuk ke dalam rumah tanpa menoleh.
"Kenapa ni?" tanya Nariz, terkejut melihat keadaan adik perempuannya.
Naura ditahan oleh Nariz. diam, tidak berkata apa-apa.
"Adik abang, kenapa ni?" soalnya lagi, masih bimbang.
Naura hanya menggeleng, tetap membisu.
Nariz tidak mahu memaksa, lalu menyuruh Naura naik ke bilik untuk berehat. "Naik atas, mandi dan rehat dulu, ya?"
Naura mengangguk dan melangkah menuju ke biliknya.
Nariz memandang Raz semula, penuh tanda tanya.
"Kenapa dengan Naura? Ada apa-apa jadi lagi ke?" Nariz menyoal, masih mahukan jawapan.
"Ameera lempang dia.." Perlahan suaranya cuba menerangkan situasi tadi.
"Aku minta maaf.." Ujar Raz, Nadanya penuh dengan rasa serbasalah. Kalau lah dia tahu lebih awal, tidaklah Naura diperlakukan seperti itu.
Nariz hanya mengeluh. Baginya, segala sakit yang Naura rasa akan tetap turut dia rasai.
"Aku minta maaf sebab aku tak sempat lindung dia.." Katanya lagi.
Nariz berdengus kecil lalu menepuk perlahan belakang Raz, tanda 'tak mengapa'. Tapi Raz masih kelihatan serba salah.
"Tak apalah. Masuklah dulu, alang-alang kau dah sampai. Boleh kita lepak sekejap." kata Nariz, mempelawa Raz masuk ke rumah.
"Tapi aku..."belum sempat Raz menghabiskan kata-katanya, Nariz terus memotong.
"Tak apa, masuklah. Boleh duduk borak. Lagipun dah lama kita tak lepak sama-sama." kata Nariz, tersenyum tipis.
Tanpa banyak kata, Raz melangkah masuk. Dia menuju ke sofa, lalu melabuhkan dirinya dengan sedikit kekok.
"Kejap, aku ambilkan air untuk kau" kata Nariz, sebelum dia melangkah ke dapur.
Selepas lima minit, Nariz kembali dengan membawa dua cawan, lalu menyerahkan satu kepada Raz. Dia duduk di sebelah, memandang Raz yang masih kelihatan berat hati.
"Aku... aku minta maaf, Nariz." kata Raz, suaranya rendah.
"Kau tak perlu minta maaf, Raz. Betul, tak apa."
Raz menunduk seketika, menarik nafas panjang. "Aku kesian dekat dia."
Nariz tersenyum pahit. "Aku pun kesian dekat adik aku. Macam-macam dia kena hadap... dengan Zayder tak guna tu datang buat hal."
Raz mengerutkan kening. "Zayder? Bekas teman lelaki dia? Datang buat apa?"
"Aku tak tahu apa dia nak dari Naura, tapi semalam dia ikut Naura balik dari pejabat dan ceroboh masuk rumah. Nasib baik aku sempat sampai. Kalau tak, entah rosak adik aku dia kerjakan." cerita Nariz, nada suaranya mencerminkan kemarahan yang cuba dikawal.
YOU ARE READING
Raz Haykarl
RomanceRaz Haykarl & Naura Adliena " Untuk kali keberapa saya nak beri peluang dekat awak Ameera? Saya nak endkan relationship kita. Saya dah penat. Awak tak pernah berubah." - Raz Haykarl " Saya janji saya akan berubah Raz. Saya janji." - Alleya Ameera ...