Kami mulakan dengan pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 7 hingga 8 ahli setiap satu dan yang menjadi mangsa ketua bagi setiap kumpulan ialah mereka -mereka yang dah besar panjang ni. Haih, aku jadi ketua? Nak layan budak budak inipun aku tak reti. Diaorang bukan main aktif lagi tarik-tarik lengan aku kesana kemari, melekat kat aku. Macam aku ni baik sangat ngan diaorang. Kenal pon tak sampai sejam. Aku jeling budak sebelah aku ni. Sibuk nak mengendeng kat badan aku. Ingat aku bantal?
"aisyah nak apa,asyik melekat kat akak ni?" haih, budaknya baru umur tujuh tahun tapi mulut dia kalah aku. Berceloteh sepanjang waktu. Kenal dia pon sebab tetiba je loncat kat aku waktu duk khusyuk sembang ngan iklil tadi. Menjerit gila aku ingat kucing mana tetiba mengiau kat situ.haih,malunya jangan sebutlah. Allah je tahu.
"ala aisyah nak main ngan akaklah, sayang akak," dan aku mulalah kegelian kat situ, walaupun dia masih seorang budak.
"pergilah main ngan akak -akak yang lain. Hah, tu. Pergi kacau kak iklil tu,"
"taknak! Aisyah nak ngan akak," lagi kuat dia peluk aku. Ya allah tersekat nafas aku. Lagi malu bila nampak 'abang-abang' tadi tu geleng -geleng kepala tengok gelagat aku. Kau ingat aku suka?!
"Aisyah!lepaskan akak.taknak kawan karang baru tahu,"
"TAKNAK!" Ya allah lagi kuat dia pekik kat telinga aku. Dicekiknya aku sampai kak fatin kena pujuk si aisyah ni. Menangis tak berlagu aku dibuatnya.apa kehe budak ni?
Ni lagi sorang Aishah kat kumpulan aku. Darjah 5, suka bagi soalan cipumas kat aku. apa ko ingat aku ni kaunter pertanyaan?
"akak, kenapa bulu mata akak pendek?" soalan yang buat aku tak suka kat dia ni. Tahulah bulu mata awak tu panjang melentik.hmppp
"akak, kenapa kita kena kahwin nanti bila besar?"
"akak, apa bestnya dapat baby ni?" Eh budak ni. Tahulah awak rimas sebab ada banyak adik and awak tu sulong. Tapi takyahlah tanya aku yang anak tunggal ni. haih!
"akak, aishah ada seribu satu soalan yang akan aishah tanya setiap hari kat akak. Ada banyak aisyah nak tanya,"
"akak, kenapa akak tinggi?" aku suka soalan tu. Haha
Jadi gila aku layan budak-budak ni. Haihhhh
___
Aktiviti pertama yang paling biasa orang akan buat ialah ice breaking. Kitaorang diberi kertas mah-jong untuk setiap kumpulan dan dikehendaki tulis nama kumpulan, ahlinya,logo dan matlamat. Ha~ ni yang aku suka ni lukis-lukis. Enjoy sikit.
Kami pilih sudut yang depannya ada aircond. Memang nyamannya duk kat bahagian situ. Aman damai rasanya.
"okay, nak nama kumpulan apa?" aku tanya diaorang. Aku pon clueless tak tahu nak bagi nama apa.ni program agama, takkan nak bagi nama kumpulan yang macam 'The Divas'. Kat sekolah boleh lah kot buat camtu. Erk? Ye ker...
"jom buat Power Rangers!" NOWAY AISYAH!
"Ala, aku nak Powerpuffgirls!" pulak dah si haziqah ni.
"Bukan kena ambil nama tokoh dalam islam ke akak?" aku pandang dhuya semacam.
"yeke? Sapa bagitahu?" aku tak dengar pon. Ke aku tak focus tadi?
"tu, tadi kan kak hanis ada bagitahu," ada ek?
"hmm ikut jelah. Akak lagi rela yang tu daripada semua yang ada girls girls kat belakang tu,"
Aku gelak je tengok budak- budak ni mengeluh. Keluhan budak-budak selalunya melebih-lebih.
Ligat kepala otak ni fikir siapa tokoh islam yang sesuai. Mestilah ambil yang perempuan kan? Hmm
"Okay, apa kata kita ambil saiditina Aisyah,setuju?"
YOU ARE READING
HaTi GeDiKs
SpiritualHidup Amalin kasar,bagi dia lancar tetapi hati dia berliku, muncul pula pemuda -pemudi di kem, membuat Amalin mencari kembali nur untuk hatinya, bersama dengan perasaan jiwa remaja yang usah ditafsir. dibawa kembali untuk rawatan. Hati : kau suka di...