bab 7

366 7 6
                                    

Kejap quran tu aku junjung ke atas, kejap aku bawa dekat, betul betul depan mata. Mulut terkumat kamit baca kuat kuat, satu persatu huruf huruf alquran. Waa..Laa.qad ataina..luqmanalhik..mata..anisy..qurlillah..

Fuh... rasa macam lidah ni kena belit.tu lah kau. Tinggal quran lagi! Patutlah hati ni cepat rosak, takda cahayalah katakan. Agaknya lepas ni aku memang betul betul kena baca quran setiap hari bagi hati aku kena Clorox dengan ayat ayat suci bagi putih bersih, lagi murni gitu.

"pocong manalah yang ponteng kelas pepagi ni.haih tak berkat betul dunia aku sekarang ni," aku toleh kearah suara tu bila dengar perkataan 'pocong' . Tak lain tak bukan orang tu jugalah yang sibuk halang mata aku nak tengok keindahan ciptaan tuhan yang lagi best daripada dia.ergh..

"entah pocong mana tah," aku jawab endah tak endah. Ketukan pintu masjid dari si dia buat aku rasa panas. Entah kenapa ada satu aura negatif pasal dia yang membuatkan aku rasa benci tengok dia. Dia ni ada membela ke atau ada orang santau aku suruh benci dia?Apakah?

"apa dia?!" kalau ikutkan hatini,nak je jerit suruh stop ketuk pintu masjid ni. Macam nak robohkan dah tengok gaya dia. Tu bukan ketuk namanya, tpi dah macam ala ala pukul drum!

"apasal ponteng?" aku macam nak bagi cili je kat dia. Yang sibuk nak tahu tu pasai apa?

"main tuduh je tahu kerja dia" aku bebel sambil buat mimic muka 'I DON'T CARE'. Siap gaya muka yang gerak macam huruf 's' ala ala anita sarawak.

"Habistu kalau tak ponteng ni apa? Kenapa tak duduk dalam kumpulan?" gaya dia macam mak tanya anak 'KENAPA TAK PI SEKOLAH?!' gitu ko.

Aku bingkas bangun pergi kat dia, betul -betul depan dia. Terundur kebelakang dia dibuatnya. Tahu takut.hmppp. Aku kalau nak goda ko sekarang ni pun boleh tahu, bagi timbul fitnah ke, biar orang lain tak suka kau. Sapa suruh buat aku benci kat kau? Tapi aku taklah seteruk tu. Don't worry okay, cik abang Jund oi. Pfftt.

"dengar sini ya, kalaupun saya ponteng,bukannya saya buat maksiat kat sini. Kalaupun saya ponteng, apa kena mengena berkat atau tak berkat hidup awak tu? Lain kali jangan nak tuduh sebarangan ek , cakap saya ponteng kelas. Fitnah tu lagi teruk daripada membunuh tahu!"

Aku geram betul tau bila cakap dengan orang yang muka stone ni. Aku cakap camtu pon dia boleh relax siap letak tangan dalam jubbah dia tu. Ingat model ke?

"dengar sini ya cik adik, cik abang awak ni nak bagi syarahan free sebentar. Saya tak tuduh or fitnah awak pong. Dah depan mata,nak buat macam mana? lagi satu,berkat tu maksudnya luas. kita tak nampak benda tu tapi boleh rasa.Kalau mata tengok sesuatu, tetiba hati rasa gundah gulana maksud takda berkatnya, kalau rasa benda itu dipermudahkan, ada timbul rasa keikhlasan,maka berkat tu allah sudah turunkan dengan rahmatnya. sama juga macam kes awak tu. kalau rasa hati tak boleh nak baca lancar,tersekat, adalah kurang berkat dari segi caranya. kenalah perbaiki. pahe ke dok?"

aku cubalah juga hadam satu persatu syarahan free dia tu. kira dia ni tengah nasihatkan aku sambil tunjuk cara penyelesaiannnya ke apa? tapi aku still clueless. mana salahnya pon aku tak tahu. Nak marah tapi tak tahu apa silap orang depan aku ni. haih..perut pun dah lapar. Hati pun dah tawar nak bertekak dengan dia.

"lapar," aku bagitahu dia. Muka blur jugalah yang dia bagi.

"hah?" mata aku ni bukan main gatal nak buat 'mata di atas, tangan dibahu ' tapi ditahan.

"bila waktu rehat ek? Nak check lah kat bawah ada apa. Bye," dan aku berlalu pergi sebab perut ni dah buunyi lain macam minta diisi. Baru aku sedar aku tak makan sarapan tadi.hayyoo...

...

Rehat

"'harini siapa lambat habis basuh dulang okay?" best betul jadi ketua, arah bebudak ni buat kerja . haih indahnya hidup.

"semalam aku ngan hana dah basuh. Lepas ni orang lainlah pula," rungut aisyah pada kawan-kawan. Yang lain semua muka macam nak mengelat. Pemalas betul budak zaman sekarang. Yang ketua nipun sama je 2x5. Eh?

"yela, akak basuh cawan. Yang lain gilir - gilir basuh dulang. Pastu esok tukar giliran. Yang pasti semua kena basuh.faham?"

"FAHAM~" bagus anak buah aku ni. Ish,ish.. sapalah ketua dia. Ahakss.

Gediknya.

Sampai giliran, aku ambil talam. Nasi isi sendiri nak banyak mana. Setiap orang akan dapat satu lauk. Kalau dapat ayam kecil jangan merungut. Kalau dapat ayam besar kongsi ramai-ramai. Kalau dah habis,nak tambah boleh. Tapi jangan tamak. Siapa yang kumpulan tak dapat habiskan makanan kena denda bersihkan kawasan rehat. Tu lah hidup kat kem ni, makan pon dalam talam.

Kami pilih tempat bawah kipas ada angin lalu. Kawasan rehat ini luas. Masing masing makan atas lantai. Satu talam kongsi 7-8 orang. Memang sempit, kadang-kadang nasi pon dapat cukup -cukup. Tapi sebenarnya nikmat sangat. Nimat berkongsi.

Tapi tak bestnya bila snowball, alang, dengan mok suka curi ayam kitaorang. Dah halang pon, diaorang still boleh ambil. Meow ,meow merayu minta makanan. Patutlah semua badan berlemak,montel -montel. Asyik makan,tidur,makan tidur je kerjanya. Dalam ramai- ramai ni, aisyah sorang jelah yang rajin layan kucing kucing masjid ni. Lagi-lagi si snowball. Aku tak kisah pon,asal diaorang tak ambil ayam aku dahlah. PRECIOUS KOT! Nangis tak berlagu nanti kalau aku tak dapat makan!

______________

update pon U_U walaupon nak periksa dah, tapi tahlah.

hadiah sempana 1K readers yahooo~

terima kasih bagi yang selalu membaca,vote dan bagi comment positif. sangat dihargai ;') nak nangis ah.huhu

ada suatu cerita pasal berkat yang diambil dari entri http://kunzalameyh.blogspot.my/2012/03/apa-ada-pada-berkat.html bacalah ya!~

adalah satu riwayat ini dimana pertembungan situasi antara guru dan anak muridnya. ada suatu hari si guru berasa sedih dan muram. si anak murid bertanya mengapa lalu dijawab kerana cincin si isteri terjatuh dalam lubang najis. si murid bertanya dimana tempat itu berlaku dan pada esoknya si murid dengan berlumuran najis pergi ke si guru sambil membawa cincin si isteri gurunya itu. tahulah bahawa anak murid itu pergi mencari dengan bersungguh-sungguh. hati anak murid riang bertemu dengan si guru tetapi berubah apabila si guru menyuruhnya pulang.

apabila pulang, anak murid menyangka akan dimarahi oleh ayahnya, akan tetapi ayahnya suruh mengajar sesiapa sahaja yang mungkin akan datang pada keesokan harinya.

rupanya betul pada esok harinya, anak murid itu sendiri diminta mengajar sebuah kitab yang dirinya sendiri kurang memahami isinya. akan tetapi, ajaibnya si murid dapat mengajar dengan jelas dan seakan-akan fahm isi-isi kitab tersebut.berasa kehairanan, dia pergi berjumpa dengan gurunya semula dan persoalannya dibalas dengan

'saat kamu memberikan aku cincin itu maka aku sudah tahu Allah sudah membuka pintu ilmu seluas-luasnya kepada kamu dan tiada apa yang perlu aku ajarkan kepada kamu.'

di situlah datangnya berkat ilmu daripada seorang guru dengan keredaan allah.

betulkan jika riwayat ini kurang sahih.

kalau dilihat pada zaman sekarang, mahupun diri saya ini... banyak persoalan yang dapat dilahirkan dalam benak fikiran. Berkatkah ilmu yang dimiliki sebelum ini? berkatkah amalan ,ibadah dunia akhirat saya ini? berkatkan perjalanan seorang muslim itu sendiri,jika ada satu titik ,satu zahrah yang menghalang daripada mengecapi kejayaan itu dihalang hanya disebabkan tidak mendapat keberkatan? saya pun banyak buat dosa, pada ayah,ibu, guru,aibkan mereka,kawan, tipu mereka. lagi lagi dengan allah...

terlalu banyak dosa yang telah dibuat antara sedar tak sedar.

paling kurang ucap astanghfiruallah..

paling tepat sujudlah taubat,mohon restu dari pencipta kita.

maafkan saya jika saya hanya tahu menulis tetapi, kadang kala,saya pon tak buat juga.hehe

peace no war ya

assalam :))
P/s: atas tu snowbell ^^

HaTi GeDiKsWhere stories live. Discover now