Aku pandang cermin, cermin pandang aku. Tapi kenapa cermin ni macam tengah sumpah aku?
Apasal buruk kebeno rupa aku ni? aku dah mula tak selesa,rasa panas berpeluh dah ada,kenapa aku kena pergi kem ni?dari tadi asyik betulkan tudung.Dah nak dekat setengah jam! walhal tudung sarung je pon.
"Akak?" aku toleh ke arah suara tu. Macam kenal pon ada.
"Izzah! Buat apa kat sini?" tak sempat izzah nak jawab, aku terus menyampuk, macam dah boleh agak jawapan dia.
"join kem ni juga ek?" dia terus mengangguk. haih, nasib baiklah ada orang yang aku kenal, boleh juga buat geng.
"Izzah ada tudung lain tak?" alahai, aku tertanya salah soalan pula.
"tudung?kenapa?"
"takpalah,tudung akak ok kan? macam ada batulah kat atas kepala ni, panas" alahai lagi, aku mengeluh kat salah orang ni.
"ok jelah akak pakai, cantik je izzah tengok. mula mula memanglah rasa panas,lama-lama ok lah tu. cuba labuhkan sikit tudung ni tutup dada," mulalah si izzah betulkan lagi tudung ni. saja je aku singkatkan, dia pergi labuhkan. haih, aku pon satu,pi ngadu kat ustazah ni. kalau dia offer tudung dia, sah sah lagi labuh daripada tudung kak fatin ni.
"ha, kan cantik.manis je orang tengok," yela tu Izzah oi. Baru tadi ada orang taknak pandang muka aku ni. coyh! macamlah aku nak sangat pandang muka dia tu!
"akak tidur kat sini ke balik?Izzah tidur kat sini," kenapa soalan dia buat aku nak menangis ni weh! aku nak balik!
"kena tidur kat sini juga," aku jeling je wajah ceria si izzah ni, ada geng ler tuuu.
"jom akak, masuk masjid. program dah nak mula ni," tak sempat aku nak fikir alasan, dia dah tarik lengan aku. haih, nasiblah kau amalin!
-
masuk je pintu masjid negeri shah alam, kami labuhkan punggung di belakang saf. laki-laki semua kat depan. laki-laki ker? ni orang panggil budak-budak lelaki bawah umur.haih, riuhnya masjid ni,berkejar sana-sini. aku dah naik rimas tengok bebudak ni main kat masjid. tak tenang langsung jiwa aku ni.
yang bahagian perempuan pon 2x5 je aku tengok. Bertepuk tampar, ketawa mengilai-ngilai bebudak ni bergurau senda. yang aku perasan, bilangan peserta yang umur macam aku ni boleh kira dengan jari je. haih, aku bukannya minat dengan anak -anak kecil ni!
"oit," terasa bagai dicuit orang, aku toleh kebelakang, memang hati ni berbunga riang bila jumpa minah ni >
"MYGOD!IKLIL! you pon join juga ek?"
"taklah, i tak join. I jadi mentor kali ni" amboi, siap angkat kening lagi!
"seriouslah?"
"tak pon," iklil jelir lidah. Potong juga lidah tu karang.
"Izzah pon sama ek?wuuu~ bolehlah buat geng baru," izzah ni pandai senyum je,tapi takpe. Sebab senyuman izzah memang yang paling comel pernah aku tengok. tergoda gitu XD
"takpayah! Izzah geng ngan I je,ngan you pi cari geng sorang-sorang"
"eh,minah gedik ni, sesuka hati dia je ambil Izzah. Lawa tudung, mana curi?"
"ergh, takyah lah nak perli. Kak Fatin punya," Iklil ni kawan sekelas aku dari dulu. Orangnya biasa-biasa saja, budak baik kalau sekali tengok, tapi bila dah lama kawan hampeh jadinya.
Si Izzah ni pulak junior aku, bertudung labuh,pandai jaga aurat. Orangnya kecil molek, pandai jaga diri, bak kata orang perfect muslimah gitu.
hati:
Aku?
Kau? takyah tanyalah. kalau nak bandingkan ngan diorang ni,sapalah engkau? pakai tudung pon tak ikhlas! datang sini pon tak ikhlas! kononlah boleh berubah, sampai bila tah. Tengok- tengok sampai hari kiamat pon camtu!
tersentak aku kau cakap macamtu! apa kau ingat aku ni teruk sangat ke?kau tu yang buat aku jadi lebih teruk! hati yang dah hitam nak rosakkan aku lebih lagi! bila kau nak hilang,hah?
lamunan terhenti tatkala iklil menyiku aku.mengucap panjang aku tutur dalam hati. Perasaan gusar itu memang tak pernah nak hilang. kenapa hati aku ni susah nak faham?
"dah kenapa day dreaming sampai macamtu? handsome sangat ke mentor kita tu sampai dok usha gitu sekali?"
"hah?" usha sapa? aku terus pandang depan bila dengar suara testing mic dari arah sana. dan aku mula mencebik bila nampak dia.
"assalamualaikum semua~ sihat tak adik adik kat depan abang ni?" aku perhati je tengok gaya budak budak ni balas soalan si'abang' ni. semangat dia,sampai bergegar masjid ni.
"SIHATTTTTTT~"
"alhamdulillah,allah sampaikan rezeki adik adik jejak kaki kat masjid ni untuk berjihad dalam program ni. program ni namanya Program Remaja Alkahfi. Adik-adik yang kat depan mata abang-abang,kakak-kakak nilah yang akan jadi peneraju,pembimbing rakan- rakan adik,yang akan selamatkan akidah ummat yang akan datang. bila abang cakap sapa 'remaja alkahfi?' adik-adik cakap, 'SAYA~', boleh?"
"BOLEH~"
"SAPA REMAJA ALKAHFI?"
"SAYA~"
aku dah mula tersengih macam kerang busuk,melihat nasib aku dengan program yang aku rasa macam budak budak ni.AKU NAK BALIKLAH!
"Bagusnya! semangat macam inilah yang kita nak. lepasni, adik adik akan dapat kertas,nanti tulis nama adik-adik kat situ,kemudian tampal kat baju. barulah boleh kenal kawan-kawan yang baru. Abang tengok kat list nama pendaftaran tadi, yang paling kecil adik Amir,4 tahun kan?nanti,abang-abang, kakak-kakak yang dah besar, dah masuk menengah ada tanggungjawab yang besar kena jaga adik- adik kecil kita ni, boleh?"
"BOLEH~" bebudak ni rajin betul jawab soalan dia tu. tak paham betul aku.
"baiklah, nama abang ialah abang Jundullah,panggil je abang jund. Ni sebelah abang ni,abang Lukman dan ustaz azhari. yang kat tepi tu,Kak Fatin dan sebelahnya Kak Hanis. Kak hanis nilah ketua mentor adik adik dengan ustaz azhari. Kamilah yang akan ajar adik-adik,pantau adik-adik sepanjang kem 2 minggu ni. sapa yang tak nakal, buat baik nanti, dia dapat hadiah besar. Sapa nak?"
aku dah jadi longlai hentak kepala kat bahu iklil. Memang matilah aku cuti sekolah kali ni.
___________________
assalamualaikum semua^^
jangan pelik bila ada watak saya dalam cerita saya ni hehe.
memang craving dari dulu nak baca novel yang ada nama iklil, tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa, so buatjelah kat cerita sendiriXD
alhamdulillah, hari still dapat update
esok last ramadhan :/ banyakkan buat ibadat kerana allah. kejarlah pahala kat dunia ni untuk akhirat kerana,kesusahan di dunia ini untuk kesenanganmu di akhirat kelak.
banyakkan pujian ke atas allah, kerana akhirat nnti insyaallah, allah cari kita, rindu kita, kita pon nak tengok pencipta kita dengan pahala yang nikmatnya,
semoga enjoy cerit malam ni walaupon agak childishXS
YOU ARE READING
HaTi GeDiKs
SpiritualHidup Amalin kasar,bagi dia lancar tetapi hati dia berliku, muncul pula pemuda -pemudi di kem, membuat Amalin mencari kembali nur untuk hatinya, bersama dengan perasaan jiwa remaja yang usah ditafsir. dibawa kembali untuk rawatan. Hati : kau suka di...