Iman Amalin

1.3K 28 0
                                    


Dia:

"apa maksud Iman Amalin?"

"entah, malas nak ambil tahu" aku sangat lah takda mood nak berborak dengan mamat ni. Kejap lagi mulalah tu dengan ceramah berjela dia sat lagi.

"Iman itu apa yang ada dalam diri awak, Amalin itu perlakuan amalan awak,  Iman Amalin melambangkan budi pekerti awak." Dia senyum. Aku angkat kening, ' sejak bila guna *awak* ni?'

"oh ye? so? nampak cela sangatke smpai nak hurai maksud nama aku"

"bukan, tapi tak nampak cirinya tu" sindiran yang aku sangat tak suka. hati ni dah mula meruap ruap nak bagi laser kat dia. Aku dah agak dah, dia ni bila mulut manis mesti ada je yang tak kena!

"apa kau ingat orang macam aku ni jahil sangat ke? oh, baru aku perasan! aku dengan kau macam langit dengan bumi. aku ni bumi je kau tu langit. entah langit keberapa tak tahulah. al maklumlah, kau ni orang yang alim alim, budak tahfiz. apa lah nak banding dengan aku ni"

"haah, apalah aku nak banding dengan kau! Sedangkan setiap manusia tu dicipta dengan tanah. Sama rata, tiada yang kurang. Awak tak ada hak untuk menilai ketinggian darjat seseorang itu. Allah lebih tahu"
Dia tarik nafas.

" Awak jangan lupa, yang tetapkan hati itu adalah Allah. Aku tahu, setiap manusia pendidikan yang kita dapat semua berlainan. Mungkin awak ni pendidikan agama rendah, aku ni up sikit,Alhamdulillah. Allah permudahkan. Sebab tu aku bagi nasihat . Aku nak bagi tahu kat awak yang nama baik ni boleh buat awak jadi lebih baik, malah lebih baik dari aku. Aku cuma nak awak berubah dan aku tahu, ianya memakan masa"

"kau lupa satu perkara ni tahu. orang cakap, even kalau pelacur bagi nasihat pon kau kena terima. Tapi kau tak pernah bagi nasihat kat aku dengan cara baik. Bagi aku, kau penuh dengan perasaan berlagak. kalau aku nak berubah, aku akan berubah sendiri,okay!"

"Kalau awak rasa cara aku salah; berlagak, mungkin memang patut aku kena berlagak kalau cakap dengan mulut puaka macam kau ni.Sebab aku sendiri buntu nak smpaikan kata kata ni dari dulu! " Dia mengeluh.

" Iman Amalin, ramai yang tunggu perubahan awak. Kalau bukan sekarang, Insyaallah akan tiba waktunya. Allah lebih tahu ,"

dan aku menghantar dia dengan sumpah seranah yang aku tahan dari tadi sehingga bayangan belakang dia hilang.
Kenapa aku rasa sedih tengok belakang dia?
Kenapa lelaki tu semakin berubah?
Mana kata kata kasar dia yang sebelum ni?
Kenapa dia tak panjangkan pergaduhan seperti sebelum ni?
Aku tak faham!

Hati:

jangan terlalu benci cik kak oi. Nanti kau menyesal sebab suka kat dia.

Kau senyaplah hati. kalau tak sebabkan mainan kau,aku tak jadi serabut macam ni.

sebenarnya diri kau tu yang jadikan hati sebegini.

suara- suara halus yang dari lahir bising menghentam jiwa, hingga 'nur' Iman Amalin ditelan bintik bintik hitam yang merosak diri.

_____________________________________________________

assalamualaikum~

first time buat story macam ni, tipulah tak rasa excited:D

terus terang saya cakap, saya memang tak sukan nak tekan 'shift' atau 'capslock' setiap kalai nak mula ayat baru atau tulis nama. XD

memang habit dari dulu bila type kat lappy ><

enjoy~

p/s: maaf kalau ada typo

salah satu benda yg tak bleh nak ubah dari dulu tapi masih cuba untuk mengubahnya lagi lagi kalau guna phone XD

-

cerita hati gediks merupakan cerita nak kata sebenar tak jugalah sebab watak watak utama itu hanyalah rekaan. tetapi kebanyakan watak sampingan itu wujud, dan situasi sampingan itu memang ada sebab cerita ini berdasarkan pengalaman. intipati isi dan ceramah juga diambil dalam program remaja alkahfi yang memang pernah saya sertai. sebab itulah boleh munculnya cerita ni. hati gediks tu diambil sebab watak hati amalin seakan saya. memang hati saya ni teruk sikit dimakan bisikan syaitan, semoga nur dalam diri tak hilang begitu sahaja. cerita ini hanyalah for fun dan kalau nak comment tu bagilh yang positif sikit, lagi lagi comment dari @keyladdeen_ emang hang suka cari pasai ngan wa XD

peace yo V

HaTi GeDiKsWhere stories live. Discover now