Hari Ketiga
Penat
Masuk je bilik, aku terus rebahkan diri atas cadar yang terbentang. Tekak mula dahagakan air sejuk. Kalau dapat fresh oren ni, YA ALLAH! Nikmatnya!
"Oi, cik kak! Pergi mandi cepat. Dah nak maghrib ni. Karang orang dah berebut duduk saf depan,hang terhegeh-hegeh nak ambil wuduk. Hang tu dah lah mandi berjam-jam macam Puteri Dayang Senandung pergi bersiram,"
Dalam hati ni bising menyumpah si Iklil ni. Membebel je kerja dia. Penat aku dengar ceramah dia. Aku ni memang nasib malang ke apa asyik dapat syarahan free. Bantal empuk dicapai, ditutupnya kedua-dua telinga.
"WOI, BANGUN AKU CAKAP!" Oh my! Mak nenek dah mengamuk, dicampak segala teddy bear Haziqah kat muka aku!
-
Usai aminkan doa, aku terus cabut lari senyap senyap pergi tingkat paling atas masjid; tempat semalam.
Kena aminkan doa dulu,takdalah sombong kat mata allah.
Habis, sombong ngan allah tak nak dengar tazkirah tak mengapa ke? Huhuhu
Aku bukan apa, saja nak cari ketenangan gitu, sekurang- kurangnya kat sini aku duduk seorang. Masih boleh dengar tazkirah yang Ustaz azhari bagi dari corong speaker. Kalau duduk sana, asyik kena pangku kepala Aisyah. Bahu jadi bantal haziqah. Belakang jadi sketch book Sabrina. Haih, bebudak ni! Syaitan lah tu sibuk sapu celak kat mata bagi ngantuk!
Tekak ni dah mula rasa perit,pedih, sakit,panas dan yang seangkatan dengannya. Menggambarkan berapa banyaknya aku menjerit baca alquran dari pagi tadi. Tengok, aku yang macam ini pon bersemangat baca alquran. Huhu ... bersemangatlah sangat walhal kena denda. Haih...
Malunya aku. Bayangkan depan dia tadi, orang tu suruh aku baca surah Al-kahfi.
Aku ulang, SUROH ALKAHFI YANG MENGANDUNGI 110 AYAT TU!
Dan dia suruh aku ulang sebanyak 3 KALI.
AKU ULANG, 3 KALI!
Aku nak mereput je waktu tu. Dahlah dengan terkedek-kedek aku baca. Satu perkataan tak lancar,orang tu suruh ulang balik ayat tu. Nasib badan ... haih, macam manalah aku boleh terkantoi...
_______________________
Assalamualaikum dan maaf.
maaf kerana lama tak update, maaf juga kerana chapter yg pendek ><
harap harap readers sekalian tak lari lah ya,hehe xd
disini, saya nak bagitahu, mungkin chapter pertama; iman amalin akan diubah. ada yang confuse dgn chapter tu sebenarnya dan ada juga yang kata chapter tu agak harsh. jdi di sini saya ingin pendapat anda... hehe
dan mungkin jalan cerita ni mungkin tak sama ataupon lari dri apa yg saya tulis dekat description... saya tulis hanya suka suka dan saya tak plan plot bagi setiap chapter. saya hanya go with the flowXD tak sangka cerita ni boleh dikira berjaya juga bagi saya.hehe
haih..
ok ceramah pulak
rasulullah amat menyarankan kita menjaga tetamu kita, memberi layanan yang terbaik kepadanya.
tetamu ini memberi rahmat kepada kita dan membawa pulang dosa di dalam rumah kita. maka dengan itu, layanan terhadap tetamu sangat penting.
terus terang, kadang kala saya tak suka jika ada tetamu bertandang kerumah. kadang kala, emosi saya tak stabil ketika itu ( alasan je ni xd), malas nak buat air, nak sediakan pinggan mangkuk.. semualah..
mama pula sangat pentingkan tetamu macam saranan rasulullah. tak kiralah penat ke tak, bagitahu last minute ke, mama akan tetapi cari juadah untuk tetamu tu. rajin dengar cerita mereka, dn banyak lagilah. rasanya semua mak macam tu kan?
anak dara sekarang je kot yg malas dia melebih..haha
tibalah suatu harini, ayah saya pulang dlm pukul 9 malm.. dan katanya kawan kwan silatnya akan datang dalam 930. mulalah kelam kabut kemas rumah..tak tahu nak buat apa.. nak bagitahu mama, mama ada migrain, tak nak susahkan. (ecehhhh)
jadi.. saya hidangkan satu jug yg airnya dri nescafe 3 in 1 tu... terukkan? mula mula memanglah tak sedar. sampai je tetamu, terus duduk kat luar rumah berlatih silat. saya perempuan, rasa malas nak hidangkan kat luar. saya suruh pula adik saya yang hidangkan dan terus masuk bilik.. last last bangun pagi, mama tegur napa tak bagitahu ada tetamu datang? ayah pula hanya hidang biskut kosong cicah air.. tak manis sangat. rasa bersalah pula sbb tak hidang makanan yang lebih okay...bukannya takda.. jadi saya berjanji, lepasni, bila cikgu cikgu silat tu datang lagi sekali, saya akan layan tetamu dengan lebih elok lagi dan manis.
tiba tiba... hari ni, petang ni, mama berithu, salah seorg cikgu silat yg datang haritu meninggal dunia subuh tadi. meninggal dalam tidur.. beruntung meninggal hari jumaat ni.. terlepas seksaan azab kubur...insyaallah..
mulalah saya rasa lain macam.. tapi apakan daya..inilah pengajarnnya. yang saya hanya mampu lakukan sekrang ini adalah deangan sedekahkan suroh alfatihah kepadanya..
maaflllah, kerana dah macam blog dah pulak wattpad ni.. tapi saya nak bagitahu. ceriakan tetamu anda. jangan bagi dia rasa aku tak patut datang sini. jangan bagi dia menyesal datang sini, jangan bagi anda menyesal pula dikemudian hari. walaupon penat, tetamu itulah yang mungkin akan bantu awak nanti...semuanya dengan izin allah :)))
YOU ARE READING
HaTi GeDiKs
SpiritualHidup Amalin kasar,bagi dia lancar tetapi hati dia berliku, muncul pula pemuda -pemudi di kem, membuat Amalin mencari kembali nur untuk hatinya, bersama dengan perasaan jiwa remaja yang usah ditafsir. dibawa kembali untuk rawatan. Hati : kau suka di...