Malam
Satu – satu bunyi budak menangis menjadikan tidur aku terbantut. Walapun di sini kami tidur berselerak 20 orang dalam satu bilik,bagi aku tidur dalam keadaan berselimut, air-cond yang dipasang kuat sangat syok untuk dibuai mimpi. Tapi itulah malam pertama aku dah jadi malam berhantu dengar budak- budak ni panggil mama, umi, ibu, ayah, papa, dada, daddy,bla bla mereka dalam berketeriakan. Bila pujuk lagi kuat meraung dia. Yang ibu bapa nipun satu, dah kalau anak anak kecil ni tak boleh nak berpisah takyah lah bayar untuk kem yang disediakan untuk bermalam ! Adoi!
"woi, mokcik! Pi lah panggil kak Hanis datang check bilik ni. Biar kitaorang tenangkan diorang kejap. Janganlah jadi pocong duduk kat dinding tu," pap! Habis muka aku yang aku yang ayu ni dibaling bantal oleh iklil. Sejak bila aku jadi makcik dia pon tak tahu lah. Ergh!
Disebabkan aku yang lagi baik lagi murni ni cehhhh, terpaksa kurelakan untuk pergi mencari kak hanis, melarikan diri daripada situasi 'no entry' tu. Selimut kesayangan aku still melekat kat dirini. Dipakai macam ala ala tudung labuh gabungan jubbah sampai meleret leret ke lantai. Ni sekali orang tengok ni, entah apa lah yang diorang fikir. Hantu bungkus manalah kat masjid malam-malam buta ni barang kali. Dengan terpisat –pisat, mata separuh terbuka aku kerahkan juga cari bilik kak hanis.
Bilik A002 atau bilik A004?
Kiri atau kanan?
Ketuk jelah dua- dua tu amalin oi. Bam bam bam bunyi dia, bukan tok tok tok .
"KAK HANIS! Budak budak tu nak balik rumah!" tiada jawapan. Aku ni salah bilik ke? Dua dua pon tak buka. Masalah, masalah.
Ketuk lagi sekali, tiada jawapan.
Ketuk lagi, masih pintu yang sama tatap wajah aku.
Sekarang aku ada dua pilihan, tunggu sini, atau cari kak hanis dan yang lain?
Aku pilih untuk duduk bersandar depan pintu bilik A002, lelapkan mata yang pedih ni kejap dan ZzzZ.
Dan pintu bilik A004 terbuka...
_
Aku terjaga bila azan subuh berkumandang. Memang kuatlah bunyi dia umpama jam loceng aku. Hai, pergi kem ni, automatik solat kau jadi full time! terpisat pisat aku cari jalan balik pergi tandas perempuan. Agaknya memang aku tersalah bilik kot tadi.
masuk sahaja ruang solat wanita, iklil dan izzah serang aku. cakap aku curi tulang, tak tolong diaorang uruskan budak budak tu. terpaksalah aku cerita dari a to z (macam complicated sangat cerita dia) kat diaorang. rupa rupanya memang betul pon bilik kak hanis A002, tapi dia dah keluar awal- awal telefon parents sebelum aku sampai. hmm.. camtu cerita dia.
dan yang bestnya bila daripada 20 orang satu bilik, tinggal 11 orang sahaja.
aku, kak fatin, iklil, izzah, aisyah, aishah, hana, dhuya, najihah,farahin dan yasmeen.
_
kuliah subuh.
first time dalam hidup aku dengar kuliah subuh. memang tersengguk sengguk aku dengar imam ni bagi ceramah.memang kalau boleh nak je aku bergolek kat sini. tetapi, jelingan kak fatin sangat menakutkan. tak sangka pulak kak fatin ni garang orangnya. tak fasal-fasal nanti kak fatin suruh aku simpulkan ceramah ni balik kat budak budak tu nanti waktu dhuha. TAKNAKKKK!U_U
Rasullulah bersabda, " Ada tujuh puluh ribu dari umatku yang akan masuk syurga tanpa hisab". Lalu orang-orang pun bertanya:
Siapakah mereka wahai Rasullullah?
Rasulullah s.a. w pun menjawab: " Mereka adalah orang yang tidak mencuri dengar, tidak meramalkan nasib buruk, tidak mempunyai dendam dan bertawakal kepada Tuhan mereka"
masuk syurga siapa yang taknak?
pagi pagi ni otak aku dah dikerahkan untuk berfikir secara mendalam.
golongan yang masuk syurga tanpa perlu dihisab.
pertama, orang yang tidak mencuri dengar. katanya, ayat itu bermaksud tidak mencuri dengar tentang agama lain(belajar, menganut). aku ingatkan tadi jangan jadi telinga lintah. tapi both tu memang tak boleh sebenarnya.
kedua tidak meramalkan nasib buruk, tilik nasib. itu khurafat.
ketiga, tiada dendam dan bertawakal. serah sahaja kepada allah asal ada usahanya.
kadang kadang orang asyik cakap tawakal je ,tawakal je. tapi kalau takda usaha, tu bukan tawakal tahu!
aku boleh jadi ustazah lah hehe.
Amru bin Dinar pernah berkata; "Setiap roh orang yang mati berada ditangan malaikat, ia boleh melihat jasadnyaketikadimandikan, dikapankan,bagaimana jasadnya diusung dan dimasukkan ke dalam kubur. Dalam riwayat lain ditambah;dan dikatakan kepadanya Ketika berada diatas katilnya,"dengarlah percakapan orang-orang yang berbicara tentang dirimu sama ada baik atau buruk".
tetiba rasa seram sejuk bila imam sentuh tajuk dimana roh pergi setelah jasad meninggalkannya.
tetapi lagi seram sejuk sampai ke tulang sum sum bila orang tu ambil mic lepas imam habis bagi kuliah.
" roh ini akan kembali kepada allah yang maha besar, sama ada ke syurga ataupun neraka yang wajib kita percayai sebagai muslim. malaikat akan pegang roh untuk lihat secara direct akan apa yang terjadi semasa hari pengebumian kita. kadang kala daripada situ, kita boleh lihat apa sebenarnya sifat peribadi kita semasa hidup, baikkah? burukkah? penuh hasad dengkikah? ataupun penuh dengan keredaan-Nya. semasa kita dibalut oleh kain kafan putih, ingatlah pada waktu itu, yang menjadi perantaraannya hanyalah amalan amalan yang telah dilakukan semasa kita hidup. kalau kita ni jahat, ingat ada ke orang yang baik sangat nak doakan kita hari hari dalam kubur tu? doa untuk dia sendiri pon belum tentu cukup untuk menampungi semua dosa dosa korang yang dah lama hidup . sebab itulah banyakkan amalan sedekah jariah, zikir solattaubat tu jangan lupa, bangun tahajud. ni abang nak cerita kisah malam tadi. semalam, abang rasa berdebar sangat,macam nak kena sampuk. tapi ni masjid,hantu mana pulaklah yang nak ganggu abang yang handsome nikan? itu fakta jangan buat muka,lukman.rasa dup dap dup dap macam ada benda tunggu kat luar bilik abang. ingat roh manalah cari abang. nak mati dah ke abang jund ni kan. buka je pintu... BAM! BAM! BAM! bunyi dia,mengilai ngilai.abang gagahkan juga untuk buka pintu. uishhhh, abang nampak pucong tengah tidur semalam. percaya tak?"
Iklil dengan Izzah dah mula cuit cuit aku, ketawa terkekek kekek macam budak kecil takda gigi. aku ni yang kena tanggung malu WARGH!
_________________
Asslamualaikum~ update pon malam ni keke~
YOU ARE READING
HaTi GeDiKs
SpiritualHidup Amalin kasar,bagi dia lancar tetapi hati dia berliku, muncul pula pemuda -pemudi di kem, membuat Amalin mencari kembali nur untuk hatinya, bersama dengan perasaan jiwa remaja yang usah ditafsir. dibawa kembali untuk rawatan. Hati : kau suka di...