"ARGHHHGHHH!!!"lantang jeritan ku memenuhi dewan sekolah. Secara ajaibnya, aku menjadi perhatian semua. Jeritan aku tidak terkawal dan aku mula hilang kewarasan tetapi aku sedar apa yang aku buat seolah olah ada sesuatu yang mengawal tubuh aku.
Aku meronta dan mula menjadi agresif. Secara aotumatik, air mata aku dah tak mengalir lagi hanyalah mata aku yang membulat dan suara yang garau. Kawan kawan aku cuba untuk menenangkan aku sambil membaca ayat kursi tapi tidak memberi kesan.
Aku mula tidak terkawal dan kawan aku pantas bangun lalu mencari orang yang handal. Selang berapa minit, datang seorang pakcik dikenali sebagai pak guard menolong aku dan kawan aku. Dia membaca ayat ayat quran lalu menarik dan mengeluarkan entiti tersebut dari badan aku. Aku mula sedar dan merasa sesuatu yang keluar dari badan aku.
"Adik, jaga kawan elok elok" kata pakcik tu sebelum beredar. Kawan aku terus mengusap belakang aku sambil memujuk diri aku untuk kekal bertenang. Aku hanya mengangguk lalu sambung membacakan ayat qursi diikuti kawan kawan aku.
Air mata aku mengalir deras sebaik sahaja entiti itu keluar dari badan aku. Aku rasa sangat letih dan tak berdaya. Ketika itu, ibu saudara aku sampai di sekolah untuk mengambil anaknya yang terkena tempias akibat kes itu.
"Aleya... Aleya... Aleya" kata ibu saudara aku dari jauh melihatku yang kelihatan tidak berdaya.
Aku tidak menoleh hanya memandang lantai sahaja.
"Aleya!.."kata ibu saudaraku lalu menarik bahu aku . Aku baru tersedar dan menoleh.
"Oh maklang"kata aku lalu senyum hambar.
"Nanti maklang call mama eh... Duk sini diam diam"kata ibu saudaraku lalu cepat mendail nombor.
Aku hanya mengangguk dan pandang ke lantai seperti tiada apa apa. Kawan aku hanya bertegur sapa dengan ibu saudaraku.
Aku duduk sambil memandang slide in door dengan kawan ku yang masih berusaha menenangkan aku. Aku hanya mengikut dan tiba tiba aku melihat entiti tadi di hadapan aku. Aku terkejut lalu terus pandang ke bawah.
Kawan aku pelik lalu bertanya.
"Weyy , kenapa ni? Okay tak? " cemas kawan aku apabila melihat air mataku semakin deras mengalir.
Aku hanya menggeleng dan semakin terkumat kamit membaca ayat kursi.
Kawan aku suruh memandangnya yang duduk dihadapanku untuk tidak merasa takut. Aku hanya menggeleng dan entah kenapa mulut aku seperti tidak boleh berkata apa tentang entiti yang memerhatikan aku.
"Aleya tengok aku... Jangan macam ni"katanya memujuk.
Aku pon memandangnya tapi entah kenapa anak mataku lari memandang entiti tersebut. Aku hanya diam dan membaca ayat kursi.
Kawanku mengusap belakang aku dan tenangkan aku berkali kali. Ketika itu, datang seorang lelaki merangkap warden asrama membuka playlist ayat ruqyah lalu meletakkan disebelah telinga kananku. Entah kenapa aku merasa panas seperti terbakar dan perasaan marah mula membiak.
Aku terus menjerit dan menjadi agresif. Kawan kawan aku terkejut melihat aku seperti orang lain.
"PANAS LAA SIALL"jerit aku dengan muka yang marah. Aku terus menjerit dan mengilai sekuatnya.
Warden aku seperti tidak kisah terus meletakkan playlist tersebut di samping telingaku. Aku hanya mampu menjerit dan hilang kewarasan. Tetapi alangkah peliknya, aku tidak merasa panas lagi di telingaku. Aku seperti tidak percaya
"Kau ingat dengan bukak bende macam tu, aku biarkan je ke? Kau tengoklah nnti.. anak bini kau semua aku bunuh" kata aku sambil senyum memnyeringai.
Aku hanya gelak dan menjerit dengan kuat sampai lah giliran aku untuk diubati.
"Payah budak ni eh"kata ustaz itu lalu mula membacakan ayat ayat quran.
Dia memulakannya dengan hujung ibu jari aku. Ketika itu, aku merasakan sakit yang melampau seperti dada terseput diantara dua dinding.
Tapi entiti yang ada dalam diri aku ini seorang yang sangat degil dan kuat.
"Uishh tak nak keluar jugak" kata ustaz tu lalu mula menargetkan area leher aku.
Ustaz itu mula terkumat kamit membaca ayat quran sambil memegang area bawah belakang kepala aku. Aku rasa seperti badan aku seperti ditarik dengan tali secara paksa dan aku rasa badan aku seperti dibakar hidup hidup.
"Setakat tu je kau boleh buat" kata aku dengan sindir. Automatik aku tidak rasa sakit lagi dan rasa seperti biasa.
Ustaz tu pon mula memikirkan cara yang lain untuk mengusir entiti itu keluar. Aku menggunakan peluang itu dengan memaksa dan menolak kewujudan entiti tersebut. Aku cuba mengusir dia dari mengawal diri aku tapi apakan daya aku tidak mampu berbuat apa seolah aku di dalam gelas kaca yang bertutup. Aku boleh lihat, boleh bernafas dan boleh dengar tapi aku tidak mampu untuk menggerakkan tubuhku dan mulut aku mengikut apa yang aku mahu.
Sewaktu itu, sudah ramai mengerumuni aku dan tidak silap lebih dari 10 orang memegangku kerana aku menjadi sangat agresif. Dan seolah dia dapat membaca fikiran aku...
"Mayra~"kataku lalu menoleh kearah kanan aku dengan senyum menyeramkan. Humaira yang berada di sampingku terdiam kaku lalu matanya mula terbeliak. Ustaz dengan pantas menyuruhnya untuk ke belakang.
Entiti tersebut marah lalu memanggil satu satu nama kawan kawan aku yang membelakangi aku. Alangkah ajaibnya, semua itu berada di belakang aku. Ustaz mula merasakan yang entiti tersebut berbahaya dan mula mengambil sejadah
Dengan pantas, ustaz terus membalut mataku dan pandangan ku jadi gelap.
Aku cuba untuk membuka balutan tersebut dengan menggoyangkan kepala aku secara agresif.
"Kau, anak, bini kau akan mati kat tangan tuan aku... Itu aku tuntut"kata aku semakin menggila lalu ketawa.
"Siapa tuan kau?"tanya ustaz tu.
"DAJJALLLL!!"jerit aku sehingga satu dewan terdiam. Aku mula ketawa dengan kuat.
Ustaz hanya menggeleng dan menghela nafas panjang.
Ketika itu lah, balutan di kepala aku longgar dan jatuh dileher aku. Pandangan aku yang gelap kini terang semula. Aku mula memandang dihadapan aku. Aku memandang ustaz dan melihat dua insan dibelakang ustaz tersebut.
Mak abah kata aku dalam hati.
"Abah~.."kata entiti itu sambil memandang ayah aku lalu memandang ibu aku yang sudah pucat lesi mukanya melihat aku.
"Mak~.. kau nak anak kau kan?"kata entiti tu senyum memandang ibu aku.
"ANAK KAU DAH MAMMPOSSS!!" Jeritku sambil ketawa besar. Aku lihat muka ibu aku terus berubah menjadi risau.
Ustaz dengan pantas terus membaca ayat quran disebabkan kehadiran ibu bapa aku.
"Kau ada urusan yang belum selesai kan? Apa kata aku pindahkan kau masuk dalam badan budak sana tu.... Aku tepuk jee belakang badan budak ni... Kau pegi sana" kata ustaz tu cuba membuat deal.
Entah kenapa entiti tersebut seperti mendengar kata lalu mengangguk dengan apa yang ustaz itu kata. Tepuk sahaja belakang badan aku, aku merasa seperti ada satu jasad yang sangat berat dan besar seolah keluar dari badan aku. Aku mula sedar dan mampu gerakkan badan aku.
"Adik okay tak?"tanya ustaz tu risau.
Aku hanya mengangguk dan disuruh meminum air suam sebelum beredar.
Ibu aku datang mendekat dan membawaku pulang ke rumah. Sewaktu nak beredar aku seolah tidak percaya dengan apa yang aku lihat.
Aku melihat banyak bayang ataupun lebih tepat seperti asap hitam dengan mata yang merah memenuhi dewan sekolah. Yang menarik perhatian aku di hujung area slide in door itu ade satu asap hitam sedang memerhatikan kawasan dewan itu. Aku seolah tidak tahu apakah itu cuba untuk mendekat tapi dihalang.
"Adik, jangan pergi dekat situ... Ade bende tak elok dekat situ"kata orang itu yang merupakan pembantu ustaz tadi.
Aku memandangnya dengan muka tergamam dan terkaku. Apa yang aku nampak ni!!!!
ANDA SEDANG MEMBACA
Ghaib
TerrorPasti semua orang ada kisah yang menyeramkan dalam kehidupan..aku tak menafikan sebab aku pon mengalami situasi tersebut dan ia terjadi kepada diri aku sewaktu aku sekolah menengah. Peristiwa yang menimpa diri aku ni masih segar dalam otak aku keran...
